ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 03, 2024 -Jumaat

 
  CALLIDUSCLOUD MENDEDAHKAN PLATFORM KECERDASAN PENGUBAH ARUS YANG DIPERKUKUH UNTUK PRESTASI JUALAN, PERLAKSANAAN DAN PEMBELAJARAN PELANGGAN

Monday 25/09/2017



Thunderbridge AI³ Menggabungkan Kuasa Kecerdasan Buatan, Integrasi Aplikasi dan Pemahaman Manusia untuk Memberikan Cadangan Kecerdasan yang Diperkukuh Mengikut Konteks dalam seluruh suit Lead to Money

DUBLIN, Calif., 25 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Callidus Software Inc. (NASDAQ:CALD), peneraju global dalam penyelesaian jualanpemasaranpembelajaran, dan pengalaman pelanggan mendedahkan platform terbarunya, Thunderbridge Augmented Intelligence atau Thunderbridge AI³ pada hari ni di CallidusCloud Connections (C3) 2017, persidangan tahunan penggunanya. Penyelesaian baharu itu terdiri daripada tiga elemen: kecerdasan buatan, integrasi aplikasi dan pemahaman manusia.

Platform Thunderbridge Augmented Intelligence adalah lapisan perisian yang menggunakan kaedah pembelajaran mesin pada proses jualan dan pembelajaran untuk memberikan cadangan tindakan demi meningkatkan hasil, keuntungan dan keberkesanan jualan.

Peranan pemahaman dan tingkah laku manusia adalah kunci kepada Thunderbridge AI³. Cadangan disesuaikan mengikut wakil jualan individu, ketua jualan dan pengurus operasi jualan serta spesifik untuk tahap berbeza dalam urusan. Pampasan insentif, latihan dan pembelajaran dianalisis menggunakan enjin Thunderbridge AI dan diambil kira dalam tindakan yang memberikan ROI sebenar dan pantas. Penyelesaian ini mengambil kira semua elemen proses jualan daripada permulaan kepada pendayaan jualan dan pembelajaran, hingga bayar balik pampasan.

Kunci Thunderbridge AI³ adalah perlaksanaan mudah tanpa masa penyediaan yang lama. Thunderbridge AI³ telah disepadukan dengan suit CallidusCloud Lead to Money. Tidak perlu platform data berasingan dan saintis data.

“Sehingga kini, aplikasi kecerdasan buatan diperkenalkan sebagai alat yang memerlukan perlaksanaan berprofil tinggi dan mahal yang perlu diuruskan oleh pelanggan sendiri,” ujar CEO CallidusCloud, Leslie Stretch. “Dengan Thunderbridge AI³, perkara itu tidak berlaku. Kami berpendapat bahawa AI mesti memperkukuh aplikasi sedia ada dan menyerlahkan keupayaan sebenarnya dalam mengautomasikan dan mengoptimumkan perniagaan.”

CallidusCloud telah membina platform baharu di samping produk Thunderbridge Analytics dan fungsi baharu ini telah lama dibangunkan.

Penyelesaian tersebut dibangunkan dengan pengetahuan mendalam CallidusCloud tentang cara proses jualan B2B dijalankan serta tingkah laku dan pemahaman manusia dalam proses tersebut.

“Kecerdasan buatan sepatutnya menjadi sambungan data dan pemahaman manusia, bukan pengganti manusia. Oleh itu, cadangan tindakan boleh ditolak oleh pengguna jika tidak sesuai dengan keadaan,” kata Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Produk CallidusCloud, Giles House. “Kami meningkatkan pemahaman manusia dan menjadikannya lebih bernilai,” tambahnya.

Menggunakan Empat Hukum Kecerdasan Diperkukuh
Thunderbridge AI³ dibina dengan empat prinsip atau  “hukum,” yang mencerminkan pendekatan CallidusCloud terhadap Kecerdasan Diperkukuh.
  1. Kecerdasan Diperkukuh mesti meningkatkan prestasi perniagaan secara berterusan
  2. Kecerdasan Diperkukuh mesti meningkatkan prestasi individu
  3. Kecerdasan Diperkukuh mesti mudah disediakan dan digunakan
  4. Kecerdasan Diperkukuh mesti membenarkan manusia untuk menolak cadangan kecuali jika ia bercanggah dengan prinsip #1
Contoh cara prinsip dalam platform ini memangkin perniagaan termasuklah:
  • Wakil jualan menerima cadangan khusus yang disesuaikan, atau mandat, untuk meningkatkan prestasi dan menjana lebih banyak wang. Hal ini termasuk produk, berkas, harga dan tahap diskaun terbaik yang meningkatkan peluang untuk mendapatkan urus niaga di samping mengambil kira margin dan komisen. Perjalanan pembelajaran tertentu boleh dimandatkan atau dicadangkan oleh Thunderbridge AI³ untuk merapatkan jurang prestasi.
  • Ketua jualan atau pengurus operasi jualan boleh meningkatkan prestasi kumpulannya dengan meminda atau mengubah peraturan pampasan berkenaan produk atau berkas. Perubahan ini dicadangkan oleh Thunderbridge AI³. Ketua jualan juga boleh melihat semua urusan yang berlangsung dan dipandu untuk menyelesaikan urusan menjelang hujung suku tahun.
  • Pengurus operasi jualan boleh mengetahui prestasi kumpulan dan mengambil tindakan untuk membetulkan kesilapan seperti bayar balik pampasan berlebihan. Hal ini dibawakan kepada Operasi Jualan oleh Thunderbridge secara proaktif.
Perihal C3
CallidusCloud Connections (C3) 2017 berlangsung pada September 18 hingga 20 2017 di Wynn, Las Vegas. C3 ialah acara terbesar dalam industri yang menyasarkan sesiapa yang berminat untuk memperkuatkan strategi prestasi jualan mereka dan memacu reputasi jualan yang lebih produktif. Dianjurkan oleh CallidusCloud, syarikat pengurusan prestasi jualan yang telah menerima banyak anugerah, C3 menghimpunkan penyelesaian, produk dan individu yang terbaik. Pengunjung C3 memperoleh pemahaman yang membantu organisasi mereka menjimatkan puluhan juta komisen jualan, mencapai produktiviti yang lebih tinggi dan mengurangkan jutaan kos latihan.

Mengenai CallidusCloud 
Callidus Software Inc. (NASDAQ:CALD) menjalankan perniagaan sebagai CallidusCloud®, merupakan peneraju global dalam penyelesaian jualan, pemasaran, pembelajaran dan pengalaman pelanggan berasaskan awan. CallidusCloud membolehkan organisasi mempercepatkan dan memaksimumkan penerajuan mereka kepada prosesan wang dengan suit lengkap bagi penyelesaian yang mengesan petunjuk yang betul, memastikan pengagihan wilayah dan kuota yang sesuai, mengautomatikkan konfigurasi sebut harga, mempercepatkan rundingan kontrak dan menyelaraskan pampasan jualan yang memacu urusan besar dengan lebih cepat. Lebih kurang 5,700 organisasi peneraju dalam semua industri bergantung pada suit CallidusCloud Lead to Money untuk menyelesaikan lebih banyak urus niaga bagi menjana lebih banyak wang dengan lebih cepat.

©2017 Callidus Software Inc. Hak cipta terpelihara. Callidus, Callidus Software, logo Callidus Software, CallidusCloud, logo CallidusCloud, Clicktools, SURVE, syncfrog, TrueComp Manager, ActekSoft, ACom3, iCentera, Webcom, Litmos, logo Litmos, LeadFormix, Rapid Intake, 6FigureJobs, RevSym, OpenDB dan LeadRocket adalah tanda dagangan, tanda perkhidmatan atau tanda dagangan berdaftar bagi Callidus Software Inc. 

SUMBER : Callidus Software

Blog: www.calliduscloud.com/salespulse
LinkedIn: www.linkedin.com/company/calliduscloud
Facebook: www.facebook.com/callidussoftware
Twitter: @calliduscloud@calliduscloudIR
Web: www.calliduscloud.com
Hubungan Akhbar:
Venus Picart
CallidusCloud
(925) 251-2200
vpicart@calliduscloud.com

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.