ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 03, 2024 -Jumaat

 
  TOSHIBA ELECTRONIC DEVICES & STORAGE CORPORATION MENAMBAHKAN BARISAN BAHARU GEGANTI FOTO PENGHANTARAN ISYARAT BERKELAJUAN TINGGI DENGAN TAPAK INDUSTRI PALING KECIL

Monday 25/09/2017



TOKYO, 25 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation (TDSC) hari ini mengumumkan pelancaran dua geganti foto penghantaran isyarat berkelajuan tinggi, "TLP3475S" dan "TLP3440S," yang merealisasikan tapak[1] yang paling kecil di dalam industri. Pengiriman bermula hari ini.

TLP3475S ditempatkan di dalam sebuah pakej S-VSON4 dan mempunyai ciri-ciri rintangan output pada keadaan yang rendah. TLP3440S pula ditempatkan di dalam sebuah pakej S-VSON4T yang baharu, yang mempunyai tapak yang kecil dalam industri terkemuka yang sama seperti S-VSON4 tetapi lebih nipis. TLP3440S mempunyai ciri-ciri rintangan output luar keadaan yang rendah.

Tapak bagi geganti foto yang baharu adalah 22.5% lebih kecil berbanding dengan pakej[2] VSON4 yang sedia ada. Digunakan secara penggabungan, mereka akan membantu mengurangkan saiz papan litar untuk alat penguji[3] PE. Mereka juga boleh digunakan di dalam talian penghantaran isyarat berkelajuan tinggi gigahertz. Tidak seperti geganti foto yang lazim, yang mempunyai suhu operasi maksimum 85°C, TLP3440S dan TLP3475S boleh beroperasi sehingga 110°C, dan dengan itu memudahkan reka bentuk sistem.

Laporan pasaran Gartner terbaharu mengiktiraf Toshiba sebagai pengeluar terkemuka bagi pengganding opto mengikut jualan pada tahun 2015 dan 2016, dengan 23% daripada bahagian pasaran berasaskan jualan pada Tahun Semasa 2016. (Sumber: Gartner, Inc. "Bahagian Pasaran: Peranti dan Aplikasi Semikonduktor di Seluruh Dunia 2016" 30 Mac, 2017)

TDSC akan terus menyampaikan produk yang memenuhi keperluan pelanggan dengan mempromosikan pembangunan sebuah portfolio pengganding foto dan geganti foto yang pelbagai yang disesuaikan dengan trend pasaran.
 
Aplikasi
  Alat penguji semikonduktor (Memori, SoC, LSI)
  Kad-kad penyiasatan
  Penggantian geganti mekanikal
  
Ciri-ciri
  Ruang pemasangan paling kecil dalam industri[1]  Pakej S-VSON4: 2.00x1.45x1.65 mm (jenis)
        Pakej S-VSON4T: 2.00x1.45x1.3 mm (jenis)
  
  Penarafan voltan dan arus:
   Voltan terminal output luar keadaan 40 V, arus pada keadaan 0.12 A,
   Arus pada keadaan (denyut) 0.36 A (TLP3440S)
   Voltan terminal output luar keadaan 60 V, arus pada keadaan 0.4 A,
   Arus pada keadaan (denyut) 1.2 A (TLP3475S)
  Penarafan suhu pengendalian tinggi: Topr (maksimum)=110℃
 
 
Table

Nota:
[1] Setakat 22 September, 2017, kaji selidik TDSC.
[2] Pakej VSON4: 2.45x1.45x1.3 mm (jenis)
[3] Elektronik Pin (PE): Suis untuk pemeriksaan isyarat ke DUT bagi pelbagai alat penguji.

Ikuti pautan di bawah untuk maklumat lanjut mengenai produk baharu dan barisan geganti foto keluaran Toshiba.
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/product/opto/photorelay.html

Pertanyaan Pelanggan:
Jabatan Jualan & Pemasaran Peranti Optoelektronik
Tel: +81-3-3457-3431
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html

Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

Maklumat mengenai Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation (TDSC) menggabungkan kecergasan sebuah syarikat baharu dengan kebijaksanaan pengalaman. Sejak dijual dari Toshiba Corporation untuk menjadi sebuah syarikat baharu pada Julai 2017, kami telah mengambil tempat kami di kalangan syarikat peranti am yang terkemuka, dan menawarkan penyelesaian yang cemerlang kepada pelanggan dan rakan perniagaan kami di dalam semikonduktor diskret, sistem LSI dan HDD.

Seramai 19,000 orang pekerja kami di seluruh dunia berkongsi satu kesungguhan untuk memaksimumkan nilai produk kami, dan memberi penekanan kepada kerjasama erat dengan pelanggan bagi menggalakkan penciptaan bersama nilai dan pasaran baharu. Kami berharap dapat membina di atas jualan tahunan yang kini melebihi 700 bilion yen (AS$6 bilion) dan untuk menyumbang kepada masa hadapan yang lebih baik untuk orang ramai di mana jua.
 
Perolehi maklumat lanjut mengenai kami di https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/company.html

Galeri Foto/Multimedia Boleh Diperolehi di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51688033&lang=en

Hubungi
Pertanyaan Media:
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Chiaki Nagasawa, +81-3-3457-4963
Jabatan Pemasaran Digital
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp
 
Sumber: Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
 
Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20170922005178/en


Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.