ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 03, 2024 -Jumaat

 
  HYPERBIT DIUMUMKAN SEBAGAI RAKAN RUNCIT SELURUH DUNIA BAGI L21 LITECOIN MINER

Wednesday 27/09/2017



AsiaNet 70278
 
HONG KONG, 27 Sept., 2017/Medianet International-AsiaNet/ --

Block Aset Limited (http://www.blockassets.io/) yang berdagang sebagai HyperBit (http://www.hyperbitshop.io/), sebuah syarikat yang berpangkalan di Hong Kong untuk pasaran mata wang kripto yang baru muncul, telah dilantik sebagai rakan  pengedaran di seluruh dunia bagi Bewang Electronic Commerce Company Limited (BW) untuk menjual secara eksklusif Litar Bersepadu Spesifik Aplikasi Terpantas Dunia (ASIC) Scrypt Miner bagi Litecoin, L21, kepada pelanggan mereka di seluruh dunia menerusi kedai dalam talian mereka.

Dagangan dalam talian sebagai HyperBit Shop, laman web runcit telah dilancarkan ke seluruh dunia hari ini dan buat kali pertama "pelombong" mata wang kripto akan dapat memesan L21 Miner bagi Litecoin dalam sebarang kuantiti. Pengilang itu, BW sebelum ini telah mengehadkan penjualan L21 kepada syarikat-syarikat perlombongan utama, dengan kuantiti pesanan minimum yang besar diperlukan.

L21 adalah Litecoin ASIC miner terpantas di pasaran, dan dibangun dan dikeluarkan oleh BW, satu daripada syarikat kripto yang terbesar dan terkenal di China. Setiap pelombong menggunakan cip 144 ASIC 28NM untuk menyampaikan lebih banyak kadar hash dan kecekapan daripada mana-mana pelombong Litecoin yang lain di pasaran.

Dilaporkan secara meluas oleh pakar-pakar untuk menjadi pelombong Scrypt yang paling berkuasa di dunia sehingga kini, ini adalah ladang perlombongan komersial yang besar yang digunakan kerana ia mempunyai pulangan pelaburan yang terbaik. Ia boleh didapati dalam 560 MHS, dengan keupayaan untuk menaik taraf hingga frekuensi 600 MHS melalui papan pemukanya.

"Tidak ada sesiapa yang dapat menandingi pulangan pelaburan L21 dan HyperBit sangat gembira untuk menjadi rakan runcit di seluruh dunia bagi Litecoin miner yang terbaik di dunia yang dibuat untuk pelombong yang serius," kata Brett Fawell, Ketua Pegawai Operasi, HyperBit.

Dengan bekas aluminium yang berkualiti tinggi, penyerap haba yang ditempah khas dan dua kipas yang dikawal oleh komputer untuk memastikan ia sejuk, anda akan kagum dengan reka bentuk L21. L21 direka bentuk untuk menjadi berkuasa tetapi kekal menawan. L21 menggunakan gabungan pengaliran dan pendinginan perolakan untuk memastikan Litecoin miner yang paling berkuasa di dunia melakukan yang terbaik.

HyperBit akan menjual L21 kepada pelombong yang paling pintar, dari pelombong hobi kepada pelombong komersial yang menubuhkan ladang dalam kuantiti satu dan ke atas untuk AS$2,690 di www.Hyperbitshop.io.
 
Maklumat mengenai HyperBit

HyperBit berada di barisan hadapan dalam teknologi perlombongan kripto dan bertujuan untuk membina sebuah komuniti yang terbuka dan jujur ​​yang menggendalakan ruang perlombongan kripto; sekali gus membolehkan perisian blockchain dan teknologi perlombongan terbuka kepada semua orang.

Facebook
https://www.facebook.com/hyperbitshop/
 
Twitter
https://twitter.com/hyperbitshop/
 
Instagram
https://www.instagram.com/hyperbitshop/
 
Maklumat media:
Sphere PR
hyperbit@spherepr.com.au
Tel: Australia +61(0)2-9958-0498, UK +44(0)20-8133-3771
 
SUMBER: HyperBit 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.