ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 03, 2024 -Jumaat

 
  CHJ TECH. BEKERJASAMA DENGAN DOSARREST UNTUK MENYEDIAKAN PENYELESAIAN KESELAMATAN INTERNET UNTUK KERAJAAN SINGAPURA

Wednesday 27/09/2017



SINGAPURA, 27 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- CHJ Technologies Singapore mengumumkan pada hari ini bahawa mereka telah dipilih sebagai salah satu daripada 6 vendor yang diluluskan untuk menyediakan perlindungan DDoS berasaskan cloud dan perkhidmatan keselamatan Aplikasi Web bagi kerajaan Singapura untuk 3 tahun seterusnya. Kerajaan Singapura menjangka akan membelanjakan SGD 50 juta untuk memastikan web kerajaan berfungsi walaupun diserang. CHJ adalah pengedar eksklusif perkhidmatan keselamatan Internet DOSarrest di Singapura dan mereka menggunakan penyelesaian DDoS dan WAF untuk memenuhi keperluan keselamatan kerajaan Singapura. 

Linus Choo, Pengarah Urusan CHJ Technologies mengatakan “CHJ Technologies mempunyai rekod pencapaian yang baik dalam menyediakan perkhidmatan keselamatan siber di Singapura. Pernah dianugerahkan kontrak pengurangan DDoS oleh kerajaan Singapura pada tahun 2014, kami berasa gembira dan bangga apabila dianugerahkan untuk kali kedua dalam tender terbaru ini. Kami menganggap pembaharuan perkhidmatan kami ini sebagai bukti terhadap kaliber perkhidmatan yang pasukan kami sediakan dan perkongsian kami dengan DOSarrest.

“Kami sedar akan kepentingan strategik bagi perkhidmatan keselamatan siber, oleh itu kami bersepakat dan bersepadu secara sempurna dengan pelaburan yang dibuat oleh kerajaan kita dalam perlindungan DDoS dan perkhidmatan keselamatan siber yang lain, ini menjadikan lanjutan kerjasama kami dengan kerajaan lebih bernilai. Ini adalah pencapaian yang sangat penting untuk CHJ Technologies dan DOSarrest.”

Mark Teolis, CEO DOSarrest menerangkan “Proses bagi memenuhi semua keperluan spesifikasi keselamatan kerajaan Singapura adalah amat ketat, tetapi akhirnya kami mengalahkan ramai saingan 3 tahun lalu dan kami melakukannya lagi pada tahun ini.” Teolis menambah, “CHJ Tech adalah padanan yang hebat untuk kami, gandingan pekerja mereka di tapak dan sokongan pelanggan bersama teknologi kami adalah sempurna.”

Choo menambah “Kami meneroka peluang lain secara aktif di rantau Asia sebagai rakan kongsi DOSarrest.”

Mengenai Keselamatan Internet DOSarrest: 
DOSarrest yang diasaskan pada tahun 2007 di Vancouver, B.C., Kanada, adalah salah satu daripada hanya beberapa syarikat di seluruh dunia yang mempunyai pengkhususan hanya dalam perkhidmatan perlindungan DDoS berasaskan cloud. Perkhidmatan keselamatan Web tambahan yang ditawarkan ialah Tembok Api Aplikasi Web (WAF) berasaskan awan, Ujian dan Pengoptimuman Kerentanan (VTO), Pertahanan PusatData - GRE dan juga pengimbang muatan global berasaskan awan dan Platform serangan DDoS disimulasikan. 

Untuk maklumat lanjut: DOSarrest.com 

Mengenai CHJ Technologies:
Diasaskan pada tahun 1987 dan beribu pejabat di Singapura, kami telah menjadi salah sebuah daripada penyedia perkhidmatan keselamatan siber terurus peneraju Asia yang paling cepat berkembang. Kepakaran dan barisan produk kami membolehkan organisasi mengenal pasti risiko dan mengurangkannya. Kami berterusan melangkaui jangkaan dengan melindungi aset dan maklumat kritikal pelanggan kami di mana-mana sahaja - di cloud atau di premis.
Untuk maklumat lanjut: http://www.chjtech.com.sg  

SUMBER : DOSarrest Internet Security

Maklumat Hubungan:
Lew Yong-He
+65 6896 7998
sales@chjtech.com.sg 

--BERNAMA 

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.