ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 03, 2024 -Jumaat

 
  TOSHIBA ELECTRONIC DEVICES & STORAGE CORPORATION MENGELUARKAN IC PEMACU MOSFET SALURAN N DI DALAM PAKEJ KECIL YANG TERKEMUKA DI DALAM INDUSTRI UNTUK APLIKASI MUDAH ALIH DAN PENGGUNA

Thursday 28/09/2017



TOKYO, 28 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation  hari ini mengumumkan pelancaran "TCK401G" (aktif tinggi[1]) dan “TCK402G” (aktif rendah[2]), pemacu MOSFET saluran N yang menyokong sebuah voltan input sehingga 28V, sekali gus menjadikannya sesuai untuk pengecas pantas dan aplikasi lain yang memerlukan bekalan arus yang tinggi. Penghantaran secara besar-besaran bagi IC pemacu MOSFET yang baharu itu bermula hari ini.

TCK401G dan TCK402G yang baharu itu mempunyai pelbagai fungsi terbina dalam, termasuk perlindungan daripada lebihan voltan, mengurangkan arus rempuh masuk dan nyascas output automatik, namun masih ditempatkan di dalam pakej WCSP6E kecil yang terkemuka di dalam industri, yang berukuran 0.8 mm × 1.2 mm × 0.55 mm (tipikal)[3].  

Litar bekalan kuasa berkecekapan tinggi boleh direalisasikan dengan menggunakan satu daripada pemacu dengan sebuah MOSFET saluran N luaran yang mempunyai penarafan voltan maksimum dan rintangan yang sesuai untuk aplikasi sasaran. Sebagai contoh, kombinasi bagi sebuah pemacu MOSFET yang baharu dan MOSFET SSM6K513NU yang rendah pada rintangan adalah sesuai untuk aplikasi mudah alih dan pengguna, kerana ia memungkinkan untuk membina sebuah litar bekalan kuasa berkelas 100-W di dalam sebuah ruang yang kecil. 

Aplikasi
• Peranti mudah alih
• Peralatan pengguna 

Ciri-ciri
Voltan operasi input lebar: VIN_opr =2.7 hingga 28 V
Pakej WCSP6E kecil: 0.8×1.2 mm, t: 0.55 mm (jenis)
Perlindungan lebihan voltan, pengurangan arus rempuh masuk, nyascas output automatik 

Table

Ikuti pautan di bawah untuk maklumat lanjut mengenai barisan IC bekalan kuasa TDSC.
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/product/linear/power-supply.html 

Pertanyaan Pelanggan:
Jabatan Jualan & Pemasaran Peranti Isyarat Kecil
Tel: +81-3-3457-3411
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html

*Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

Maklumat mengenai Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation (TDSC) menggabungkan kecergasan sebuah syarikat baharu dengan kebijaksanaan pengalaman. Sejak dijual dari Toshiba Corporation untuk menjadi sebuah syarikat baharu pada Julai 2017, kami telah mengambil tempat kami di kalangan syarikat peranti am yang terkemuka, dan menawarkan penyelesaian yang cemerlang kepada pelanggan dan rakan perniagaan kami di dalam semikonduktor diskret, sistem LSI dan HDD.

Seramai 19,000 orang pekerja kami di seluruh dunia berkongsi satu kesungguhan untuk memaksimumkan nilai produk kami, dan memberi penekanan kepada kerjasama erat dengan pelanggan bagi menggalakkan penciptaan bersama nilai dan pasaran baharu. Kami berharap dapat membina di atas jualan tahunan yang kini melebihi 700 bilion yen (AS$6 bilion) dan untuk menyumbang kepada masa hadapan yang lebih baik untuk orang ramai di mana jua.
Perolehi maklumat lanjut mengenai kami di https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/company.html

Galeri Foto/Multimedia Boleh Diperolehi di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51691158&lang=en

Hubungi
Pertanyaan Media:
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Chiaki Nagasawa, +81-3-3457-4963
Jabatan Pemasaran Digital
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp
 
Sumber: Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
 
Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:

http://www.businesswire.com/news/home/20170928005497/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA 






 

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.