ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 03, 2024 -Jumaat

 
  PENGARAH AVATAR JAMES CAMERON MELABUR DALAM VERDIENT FOODS DAN INDUSTRI PERTANIAN ORGANIK KANADA

Friday 29/09/2017



Dilancarkan hari ini adalah Verdient Foods Inc. milik Cameron, yang matlamatnya untuk menjadi kilang pemeringkatan protein kacang pea organik yang terbesar di Amerika Utara
 
SASKATOON, Saskatchewan, 29 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pengarah filem yang telah memenangi Oskar James Cameron dan isteri beliau, Suzy Amis Cameron hari ini mengumumkan pembentukan Verdient Foods Inc. Pada 18 September, 2017, Verdient Foods membuka sebuah kilang pemprosesan makanan kekacang baharu di Vanscoy, Saskatchewan, berhampiran dengan bandar raya terbesar di wilayah itu, Saskatoon. Apabila beroperasi sepenuhnya, kilang 160,000 tan metrik itu akan menjadi kemudahan pemeringkatan protein kacang pea organik yang terbesar di Amerika Utara.
 
Pasangan Cameron itu berdedikasikan untuk bekerjasama dengan masyarakat petani Saskatchewan di dalam sebuah program pementoran untuk menyediakan sebuah struktur yang menguntungkan bagi memastikan generasi muda petani Kanada terus terlibat di dalam pertanian organik. James Cameron berkata, "Kami sedang bekerjasama dengan petani Saskatchewan melalui kilang pemprosesan Verdient Foods dan Pusat Makanan Saskatoon untuk mengintegrasikan pengeluaran makanan dengan produk-produk nilai tambah yang baharu."
 
Suzy Amis Cameron menambah: "Selama beberapa tahun, kami mempunyai satu misi untuk membantu dunia makan makanan sihat yang ditanam oleh petani-petani yang telah memilih untuk mengusahakan ladang secara organik. Jim dan saya teruja untuk bekerjasama dengan pakar-pakar Saskatchewan di Pusat Makanan, Universiti Saskatchewan, dan Whitecap Dakota First Nation; kesemuanya telah begitu lama menjadi penyokong kepada misi untuk membawa makanan sihat kepada semua."
 
Verdient Foods mengiktiraf peningkatan permintaan global bagi protein berasaskan tumbuh-tumbuhan organik dan mampan. Operasinya termasuk sebuah kemudahan pemprosesan tanaman kekacang yang serba canggih di Vanscoy, Saskatchewan; pusat bagi kawasan pengeluaran tanaman kekacang Saskatchewan.
 
PMC Management LLC (PMC) adalah syarikat pengendalian bagi Verdient Foods Inc. PMC mewujud dan melaksanakan inisiatif pengurusan strategik dan operasi untuk perniagaan di dalam industri komoditi pertanian, makanan pertanian dan hartanah yang mampan (perindustrian dan tanah pertanian) di seluruh dunia sambil mematuhi kepada nilai-nilai peribadi yang dicari oleh pelanggan-pelanggan mereka yang bernilai tinggi.
 
Bersama-sama dengan pasangan Cameron itu dan PMC adalah Alpha Foods, yang komited untuk membawa makanan yang bersih, mampan, tanpa GMO dan bebas haiwan untuk semua.
 
MAKLUMAT MENGENAI VERDIENT FOODS INC.
 
Tumpuan Verdient Foods adalah pemprosesan nilai tambah protein, kanji dan serat yang diekstrak daripada tanaman kekacang yang dihasilkan oleh Saskatchewan dengan menggunakan proses pemeringkatan kering. Layari www.verdientfoodsinc.com.
 
PMC Management LLC (PMC) adalah syarikat pengendalian untuk Verdient Foods Inc. PMC adalah sebuah pasukan berpengalaman dan berdedikasi yang membangun, menstruktur dan menguruskan perniagaan strategik yang memperoleh pulangan kewangan daripada pelaburan yang didorong oleh nilai dan kesedaran sosial. Layari www.pmcmanagementllc.com.
 
Alpha Foods memahami keperluan dan trend bagi industri makanan, dan membangunkan penyelesaian yang berinovatif kepada sebuah masalah global. Layari www.alphaplantbased.com.
 
MAKLUMAT MENGENAI JAMES CAMERON
 
Encik Cameron adalah seorang pembuat filem Kanada, bapa, dan penjelajah laut dalam. Filem-filem beliau telah menerima pelbagai pencalonan dan Anugerah Academy. Antara projek lain, Encik Cameron kini sedang membuat penggambaran susulan kepada filem Avatar. Untuk maklumat lanjut mengenai filemografi Encik Cameron, lihat http://www.imdb.com/name/nm0000116/.
 
Liputan Sebelumnya:
http://deadline.com/2017/09/avatar-sequel-vegan-james-cameron-invests-in-pea-protein-facility-1202172509/
 
Persidangan Media FOTO
https://www.dropbox.com/sh/fk1wqi7k7rafuqz/AAC2CI3BaevA5_96TLQrDgPAa?dl=0
(Kiri) Perdana Menteri Brad Wall, James Cameron, Suzy Amis Cameron, Greg Yuel, Olivia Yuel
Kredit Foto - Chad Reynold, Golden Media
 
Hubungi
Verdient Foods Inc.
Ross Johnson, 877-947-2496
Ross.johnson@johnsonpublic.com

Sumber: Verdient Foods Inc.
 
Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51690070&lang=en 
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.