ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 19, 2024 -Ahad

 
  PERUNCIT BARANGAN SUKAN TERBESAR, DECATHLON MENINGKATKAN KETAMPAKAN PENGEDARAN ARAS BUMI DENGAN LOGINEXT

Friday 29/09/2017



FREMONT, Calif., 29 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Peruncit barangan sukan terbesar di dunia mengikat perjanjian dengan satu daripada syarikat SaaS yang terkemuka di dalam bidang logistik dan pengoptimuman tenaga kerja lapangan. Decathlon bergabung dengan LogiNext untuk memperluaskan kuasa rangkaian pengedarannya yang unggul di dalam pelbagai pasaran yang membangun. Melalui perkongsian ini, ia berhasrat untuk mencipta kembali penguasaan mereka di pasaran Perancis di negara-negara lain. Melalui algoritma pembelajaran mesin yang direka untuk membaca corak lalu lintas dan cuaca daripada maklumat pergerakan penghantaran lampau, LogiNext telah berjaya menyediakan satu set penyelesaian unik untuk Decathlon yang menawarkan ketampakan pergerakan logistik yang luar biasa merentasi geografi.

Bersama-sama dengan ketampakan pergerakan, analisis muatan hab di sekitar pergerakan armada boleh diautomasikan dengan menggunakan enjin perancangan LogiNext. Mengesan kenderaan armada melalui sebuah papan pemuka kawalan berpusat, Decathlon boleh merancang laluan penghantaran mereka dan anggaran masa ketibaan yang disokong oleh analisis lokasi aras bumi tepat masa yang sebenar. Ini akan membantu mereka mengurangkan cerutan, baik yang boleh diramal dan tidak dapat diramalkan, seperti perancangan untuk tenaga kerja bagi memuatkan dan memunggah di sekitar anggaran masa ketibaan yang dikemaskini secara berkala.

Ketua Pegawai Eksekutif LogiNext, Dhruvil Sanghvi, menggariskan visi beliau untuk perkongsian berinovatif itu di antara syarikat beliau dan Decathlon: "Kami kini tahu bahawa pergerakan logistik boleh menjadi satu hambatan besar atau sebuah enjin penyebaran yang lancar, berdasarkan kepada bagaimana anda meningkatkan dan mengekalkan sistem pengurusan penghantaran anda. Decathlon telah membina produknya di seluruh dunia melalui rangkaian produk yang meluas, menyeluruh dan menarik. Kami akan membantu mereka memastikan ketampakan lengkap bagi pengagihan ke outlet runcit mereka."

Maklumat mengenai Decathlon

Decathlon, yang diasaskan pada tahun 1976, telah berkembang sehingga mencecah nilai melebihi €11 bilion pada tahun 2017. Menjangkau merentasi 28 buah negara di seluruh dunia, peruncit sukan itu telah menggabungkan pangkalan mereka yang mantap di Eropah, dan pada masa yang sama berkembang di Asia Selatan dan Asia Tenggara. Ia mempunyai lebih 1100 kedai di seluruh dunia, dan sebuah tenaga kerja yang signifikan yang melebihi 75,000 orang profesional.

Maklumat mengenai LogiNext

LogiNext menawarkan pengoptimuman tenaga kerja, penjejakan tepat masa, pengoptimuman laluan, automasi peruntukan sumber, penjejakan jarak jauh, dan pengurusan atas permintaan kepada lebih 250 pelanggan perusahaan. LogiNext mempunyai produk untuk pengurusan yang menghubungkan pelanggan akhir kepada satu rangkaian komunikasi, pengurusan tenaga kerja lapangan, penjejakan dan pengurusan jarak jauh, pengurusan atas permintaan dan logistik balikan.

LogiNext disokong oleh Alibaba melalui One97 Communication Ltd. yang dibiayainya. LogiNext mengetuai industri pengoptimuman sumber dengan analisis mendalam pakar di dalam pergerakan tenaga kerja dan logistik di seluruh dunia.

Hubungi
LogiNext
Kruthi A
contact@loginextsolutions.com 

Sumber: LogiNext

Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20170928005567/en 


Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

--BERNAMA

 
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.