ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 03, 2024 -Jumaat

 
  TOSHIBA ELECTRONIC DEVICES & STORAGE CORPORATION MENAMBAHKAN IC ALAT KAWALAN MOTOR KIPAS TANPA BERUS TIGA FASA YANG MEMBOLEHKAN PERALIHAN MUDAH KEPADA MOTOR MULTIPOLAR

Friday 29/09/2017



TOKYO, 29 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation  (TDSC) hari ini mengumumkan pelancaran "TB67B054FTG," sebuah IC alat kawalan motor kipas tanpa berus tiga fasa bagi  peralatan rumah, seperti pendingin hawa dan pembersih udara, yang merealisasikan pemacu berkecekapan tinggi dan pengurangan bunyi. Pengeluaran secara besar-besaran akan bermula pada November, 2017.
 
Rotor motor pada hari ini adalah pelbagai polarisasi, memandangkan kecekapan pemacuan motor yang lebih tinggi dan pengurangan bunyi diperlukan untuk motor kipas yang digunakan dalam pendingin hawa, pembersih udara dan peralatan rumah yang lain. Secara konvensional, kawalan motor dijalankan oleh sebuah mikropengawal dan sebuah rotor 8 tiang dan sebuah isyarat kawalan putaran yang menghasilkan 3 denyutan bagi setiap putaran.
 
Produk baharu itu boleh mengawal kelajuan putaran bagi sebuah rotor 12 tiang dengan sebuah sistem mikropengawal yang standard dengan menggunakan isyarat kawalan putaran yang menghasilkan 2 denyutan dalam satu putaran. Beralih daripada rotor 8 tiang kepada 12 tiang mencapai kecekapan pemacuan yang lebih tinggi dan mengurangkan bunyi, namun kawalan putaran bagi rotor 8 tiang juga boleh diterima pakai, yang memendekkan tempoh pembangunan. 
 
Alat kawalan itu ditempatkan di dalam sebuah pakej jenis QFN 32 pin peletakan permukaan yang kecil, yang mempunyai ruang pemasangan 68% lebih kecil daripada pakej jenis SSOP 30 pin yang digunakan secara meluas, sekali gus menyumbang kepada penjimatan ruang di dalam susun atur papan.
 
Ciri-ciri Utama
1. Merealisasikan getaran dan bunyi yang rendah dengan sebuah pemacu PWM gelombang sinus
2. Boleh untuk dinaik taraf daripada rotor 8 tiang kepada motor rotor 12 tiang tanpa mengubah sistem kawalan putaran. Memandangkan isyarat kawalan putaran menghasilkan 2 denyutan dalam satu kitaran, sistem kawalan putaran semasa bagi sebuah rotor 8 tiang boleh diguna pakai dengan sebuah rotor 12 tiang.
3. Pakej jenis peletakan permukaan yang kecil
Di dalam pakej QFN 32 pin yang kecil (ruang pemasangan: 5×5mm). Ruang pemasangan adalah 68% lebih kecil berbanding bagi produk dalam pakej jenis SSOP 30 pin (ruang pemasangan: 32.8×13.5mm), sekali gus menyumbang kepada penjimatan ruang di dalam susun atur papan dan pemasangan. 
 
 
Spesifikasi Utama
 
  Alat kawalan motor tanpa berus PWM gelombang sinus tiga fasa
Nombor bahagian Produk semasa
TB6584FNG/AFNG
 Produk baharu
TB67B054FTG

Voltan bekalan kuasa
(Penarafan maksimum mutlak)
 
                                             18V

Voltan bekalan kuasa
(Julat pengendalian)
 
                                    6V hingga 16.5V

Isyarat ouput kelajuan putaran
(Isyarat output FG)
 
3 denyutan bagi setiap putaran
 
2 denyutan bagi setiap putaran

Pakej
 
SSOP30
Ruang pemasangan: 10.2×7.6mm
 
QFN32
Ruang pemasangan: 5mm×5mm

Status sampel
 
Dalam pengeluaran besar-besaran
 
Sampel bersedia untuk dihantar
 
 
Untuk maklumat lanjut mengenai pemacu motor TDSC, sila layari:
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/product/linear/motordriver.html
 
Pertanyaan Pelanggan:
Jabatan Jualan & Pemasaran IC Isyarat Bercampur
Tel: +81-44-548-2821
https://toshiba.semicon-storage.com/jp/contact.html
 
Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.
 
Maklumat mengenai Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation (TDSC) menggabungkan kecergasan sebuah syarikat baharu dengan kebijaksanaan pengalaman. Sejak dijual dari Toshiba Corporation untuk menjadi sebuah syarikat baharu pada Julai 2017, kami telah mengambil tempat kami di kalangan syarikat peranti am yang terkemuka, dan menawarkan penyelesaian yang cemerlang kepada pelanggan dan rakan perniagaan kami di dalam semikonduktor diskret, sistem LSI dan HDD.
 
Seramai 19,000 orang pekerja kami di seluruh dunia berkongsi satu kesungguhan untuk memaksimumkan nilai produk kami, dan memberi penekanan kepada kerjasama erat dengan pelanggan bagi menggalakkan penciptaan bersama nilai dan pasaran baharu. Kami berharap dapat membina di atas jualan tahunan yang kini melebihi 700 bilion yen (AS$6 bilion) dan untuk menyumbang kepada masa hadapan yang lebih baik untuk orang ramai di mana jua.
Perolehi maklumat lanjut mengenai kami di https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/company.html
 
Galeri Foto/Multimedia Boleh Diperolehi di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51691716&lang=en
 
Hubungi
Pertanyaan Media:
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Chiaki Nagasawa, +81-3-3457-4963
Jabatan Pemasaran Digital
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp
 
Sumber: Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
 
Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20170928006452/en
 

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.