ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 06, 2024 -Isnin

 
  ​LANTRONIX MENGUMUMKAN KETERSEDIAAN PENYELESAIAN PENGURUSAN PERANTI GLOBAL IOT INDUSTRI BERBILANG DIMENSI YANG PERTAMA

Thursday 05/10/2017



—Syarikat melancarkan Tawaran Produk MACH10™ yang Pertama—

BARCELONA, Sepanyol, 5 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Lantronix, Inc. (“Syarikat”) (NASDAQ:LTRX), penyedia global untuk akses data selamat dan penyelesaian pengurusan untuk aset Internet untuk segala-galanya (IoT), pada hari ini mengumumkan ketersediaan Pengurus Peranti Global MACH10™, aplikasi IoT industri yang sedia digunakan direka untuk mendayakan OEM dan penyepadu sistem bagi memindahkan pengurusan kitaran hidup bagi peranti bersambung pada skala.

“Kami gembira mengumumkan ketersediaan komersial tawaran produk perisian pengurusan IoT kami yang pertama, Pengurus Peranti Global MACH10,” kata Jeff Benck, presiden dan CEO Lantronix. “Dengan Pengurus Peranti Global, OEM dan penyepadu sistem kini mempunyai keupayaan untuk memberikan pengurusan peranti skala web yang lasak dan selamat dengan pantas untuk peranti IoT mereka.”

“Tech Data gembira untuk mengesyorkan penyelesaian MACH10 Lantronix kepada rakan kongsi IoT kami. Platform MACH10 menawarkan kelincahan, fleksibiliti dan skala yang diperlukan untuk bersepadu ke dalam persekitaran industri,” Michelle Curtis, pengarah Amalan IoT Tech Data untuk Amerika Utara.

Berdasarkan platform IoT MACH10™ berbilang dimensi syarikat itu, Pengurus Peranti Global mendayakan OEM dan penyepadu sistem untuk memantau dan menguruskan pangkalan peranti terpasang mereka dari jauh. Penyepaduan dengan Pengurus Peranti Global dilakukan melalui panggilan REST API yang mudah, menghapuskan keperluan untuk mengetahui bahasa pemprograman tambahan atau sebarang porting. Menjalankan operasi penyelenggaraan – daripada konfigurasi tersuai ke kemas kini perisian tegar ke pengesetan dan but semula kelengkapan – semudah beberapa klik tetikus, sama ada ia sebuah mesin di dalam sebuah bangunan yang jauh atau ribuan mesin yang berada di serata dunia. Ciri berbilang dimensi Pengurus Peranti Global MACH10 yang canggih membolehkan OEM dan penyepadu sistem mencipta portal tersuai yang menyediakan akses berbilang pengguna dan berasaskan peranan yang selamat sambil mengekalkan peranti, aplikasi dan data pelanggan terasing, terjamin dan peribadi.

OEM yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang MACH10 dan Pengurus Peranti Global MACH10 atau meminta demo di www.lantronix.com/mach10 atau menghubungi pejabat jualan Lantronix.

Mengenai Lantronix  
Lantronix, Inc. adalah sebuah penyedia global untuk akses data selamat dan penyelesaian pengurusan aset bagi Internet untuk segala-galanya (IoT). Misi kami adalah untuk menjadi pembekal peneraju bagi penyelesaian IoT yang membolehkan syarikat memudahkan penciptaan, pemindahan dan pengurusan projek IoT secara dramatik sambil menyediakan akses selamat kepada data untuk aplikasi dan orang ramai.

Dengan lebih daripada dua dekad pengalaman dalam mencipta teknologi teguh mesin kepada mesin (M2M), Lantronix adalah peneraju dalam membolehkan pelanggan kami untuk membina model perniagaan baru dan merealisasikan potensi Internet untuk segala-galanya. Penyelesaian penyambungan kami dipindahkan dalam berjuta-juta mesin yang disediakan untuk pelbagai jenis industri, termasuk pusat data, perubatan, keselamatan, perindustrian, pengangkutan, peruncitan, kewangan, alam sekitar dan kerajaan.

Lantronix beribu pejabat di Irvine, California. Untuk maklumat lanjut, lawati www.lantronix.com.

Ketahui lebih lanjut di blog Lantronix, www.lantronix.com/blog, menampilkan perbincangan dan kemas kini industri. Untuk mengikuti Lantronix di Twitter, sila lawati www.twitter.com/Lantronix. Lihat pustaka video YouTube kami di www.youtube.com/user/LantronixInc atau hubungi LinkedIn kami di www.linkedin.com/company/lantronix.

Media dan Pelabur:
E.E. Wang
Pengarah, Pemasaran Korporat dan Hubungan Pelabur
investors@lantronix.com
ee.wang@lantronix.com 
949-614-5879

Jualan:
Amerika: 800-422-7055 
Eropah, Timur Tengah dan Afrika: +31 (0)76 52 36 744
Asia Pasifik: + 852 3428-2338
Jepun: +81 3-3273-8850
India: +91 994-551-2488

© 2017 Lantronix, Inc. Semua hak cipta terpelihara. Lantronix, adalah tanda dagangan berdaftar bagi Lantronix, Inc. MACH10 adalah tanda dagangan bagi Lantronix Inc.

Sumber : Lantronix Inc.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.