ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 19, 2024 -Ahad

 
  USUL UNTUK MENOLAK DIFAILKAN OLEH PEMILIK HARTANAH UNTUK MENEWASKAN PERAMPASAN GUDANG OLEH KERAJAAN

Friday 06/10/2017



ONTARIO, Calif., 6 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Hari ini, pemilik gudang Fontana, California telah memfailkan usul untuk menolak tindakan rampasan hartanah yang difailkan oleh kerajaan pada 14 September. Gudang Fontana adalah salah satu daripada empat gudang yang didakwa oleh kerajaan tertakluk kepada perampasan kerana mereka pernah menyimpan palet aluminium yang diimport dari China dan dimiliki oleh Perfectus Aluminum Inc. (“Syarikat”). 

Tuntutan rampasan terhadap semua gudang ini adalah berdasarkan dakwaan kerajaan bahawa Syarikat tersebut telah melanggar undang-undang Amerika Syarikat dalam mengimport palet di bawah dakwaan palsu. Namun, seperti yang dinyatakan dalam tuntutan penolakan, Syarikat tidak melanggar mana-mana undang-undang dalam mengimport palet, seperti yang terbukti daripada fakta asas yang telah diakui oleh kerajaan sebagai benar, dan perampasan adalah terhalang dalam apa jua keadaan disebabkan oleh kelakuan kerajaan sendiri. Usul ini meminta penolakan berdasarkan alasan undang-undang berikut, antara lain:

  • Tuntutan perampasan ini secara tidak wajar meminta untuk menggunakan penentuan 2017 oleh Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat (DOC) secara retroaktif berkenaan palet aluminium. Pada masa palet diimport, DOC tidak menjelaskan sama ada perintahnya berkenaan duti anti lambakan dan duti pengimbang berkaitan penyemperitan aluminium dari China (dinamakan Perintah AD/CVD) diguna pakai pada palet seperti ini, yang merupakan keluaran siap dan bukannya penyemperitan dibawah peraturan DOC. Hanya tahun ini DOC menentukan bahawa Perintah AD/CVD terpakai untuk palet seperti ini, tetapi keputusan masih belum muktamad. Tambahan lagi, keputusan ini tidak terpakai secara retroaktif dan oleh itu tidak mengawal palet Perfectus yang telah diimport beberapa tahun lalu. Jika apa-apa, keputusan terbaru DOC menekankan bahawa palet tersebut telah diimport dengan betul dan, sehingga baru-baru ini kerajaan menganggap palet tersebut tidak tertakluk kepada Perintah AD/CVD. Keputusan DOC juga tertakluk kepada semakan kehakiman oleh Mahkamah Perdagangan Antarabangsa, dan Perfectus berhasrat untuk memulakan tindakan di mahkamah tersebut apabila keputusan DOC telah dimuktamadkan, yang atas sebab-sebab yang tidak dapat dijelaskan telah dilengahkan secara luar biasa oleh kerajaan.
     
  • Memandangkan keputusan DOC yang wujud pada masa palet tersebut diimport – sebelum keputusan baru DOC 2017 – klasifikasi palet yang dibuat oleh Perfectus adalah betul dan dibuat dengan penuh percaya. Ditambah pula dengan keakuran dan ketidakgiatan kerajaan sendiri, menafikan perbalahan tidak berasas kerajaan bahawa Perfectus membuat kenyataan "palsu dengan sengaja" untuk mengelak Perintah AD/CVD dan duti yang berkaitan. 
     
  • Kerajaan telah membuat pemeriksaan pada palet milik Perfectus beberapa kali sejak enam tahun lepas. Pada setiap kali, kerajaan mengesahkan secara tersurat dan tersirat bahawa Perfectus telah membayar semua duti yang sewajarnya. Mendakwa—beberapa tahun kemudian—bahawa palet yang sama sebenarnya diseludup masuk ke dalam negara, merampasnya bersama-sama dengan gudang penyimpanannya dan cuba mengenakan levi puntif adalah pelanggaran proses hak yang jelas.
     
  • Terdapat kelewatan tidak wajar dan tidak dapat dijustifikasikan antara pengimportan palet dan permulaan prosiding perampasan tersebut. Kerajaan sebelum ini mengatakan bahawa mereka akan mengemukakan bukti yang menjustifikasikan penahanan harta Perfectus pada masa yang akan datang—tetapi, akhirnya hanya mendiamkan diri selama setahun dan membocorkan maklumat secara terpilih kepada media sementara menyimpan maklumat daripada pihak Perfectus.
Pemilik gudang Fontana memfailkan usul untuk menolak kepada Mahkamah pada 3 Oktober 2017. 

SUMBER : Perfectus Aluminum Inc.

Sila kemukakan sebarang soalan kepada
Harris, Baio & McCullough di 215-440-9800.

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.