ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 19, 2024 -Ahad

 
  PELANCARAN SISTEM MIKROGRID PERTAMA JEPUN DENGAN SEJUMLAH 117 BUAH RUMAH

Friday 06/10/2017



Dipilih pada tahun 2017 bagi program subsidi METI untuk menggalakkan pengeluaran tenaga tempatan bagi penggunaan tempatan dengan memanfaatkan ciri-ciri serantau
 
HYOGO, Jepun, 6 Oktober (Bernama-BUSINESS WIRE) -- PanaHome Corporation, ENERES Co., Ltd, IBJ Leasing Co., Ltd. dan Public Enterprises Agency dari Kerajaan Wilayah Hyogo merancang untuk memulakan pembangunan bandar mengikut sebuah sistem mikrogrid (sebuah sistem pengurusan pengedaran tenaga serantau) (*1) bermula Oktober 2017.

[Video] Pelancaran Sistem Mikrogrid Pertama Jepun dengan Sejumlah 117 Buah Rumah – Bandar Raya Pintar Shioashiya
https://www.youtube.com/watch?v=8Br0QgUxvK4

Sistem mikrogrid itu akan menjana kuasa bagi sejumlah 117 buah rumah di Zon D4 di Bandar Raya Pintar Shioashiya Solar-Shima, yang direka dan dibangunkan oleh PanaHome di Bandar Raya Ashiya, Wilayah Hyogo. Pada 9 Ogos 2017, projek itu dipilih sebagai sebahagian daripada program subsidi Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri untuk menggalakkan pengeluaran tenaga tempatan bagi penggunaan tempatan dengan memanfaatkan ciri-ciri serantau.

Ini adalah sebuah projek bersama yang dijalankan oleh PanaHome, ENERES, IBJ Leasing dan Public Enterprises Agency. Konsep projek itu adalah sebuah "bandar yang saling berhubungan dengan tenaga untuk hidup." PanaHome membeli tanah yang dibangunkan oleh Public Enterprises Agency. Panasonic Corporation dan Bandar Raya Ashiya turut bekerjasama dalam pembangunan projek ini. Sebahagian daripada projek itu melibatkan pembinaan sistem mikrogrid pertama (*2) Jepun. Tenaga solar akan digunakan untuk membekalkan 80% kuasa atau lebih (*3) bagi keseluruhan daerah perumahan itu. Ini akan dilaksanakan dengan menggunakan saluran pengedaran kuasa persendirian (*4) ke daerah perumahan itu dan berkongsi kuasa di antara rumah. Walaupun daerah itu menjadi terputus daripada grid elektrik tradisional semasa berlaku kecemasan, saluran pengedaran kuasa persendirian itu boleh terus membekalkan kuasa melalui litar tertentu. Saluran pengedaran kuasa persendirian memungkinkan untuk menerima kuasa dan menetapkan kadar kuasa secara fleksibel. Oleh yang demikian, ini memberi banyak manfaat kepada pemilik rumah termasuk, pemotongan 20% di dalam bil elektrik mereka. Satu lagi matlamat utama adalah untuk menyumbang kepada alam sekitar, terutamanya dengan memaksimumkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui bagi mengurangkan pelepasan CO2. Melangkah ke hadapan projek ini akan menyumbang kepada penyelesaian untuk berkongsi kuasa elektrik di antara bangunan, mencegah terputus bekalan di kawasan-kawasan di luar negara di mana grid kuasa lemah, dan dalam mempamerkan penyelesaian ini di luar negara.

[Tanggungjawab setiap peserta projek]

Pemohon

PanaHome (Pemohon utama)
Reka bentuk, pembangunan, pembinaan rumah, dan perancangan keseluruhan bagi bandar raya pintar
 
ENERES (Pemohon bersama)
Perkhidmatan pengurusan tenaga

IBJ Leasing (Pemohon bersama)
Memiliki dan menguruskan saluran pengedaran kuasa persendirian

Hyogo Public Enterprises Agency (Pemohon bersama)
Pembangunan tanah kediaman dan kerjasama serantau

[Rakan-rakan]

Bandar Raya Ashiya, Wilayah Hyogo
Kerjasama serantau bagi pembangunan kawasan bandar Shioashiya

Panasonic Corporation
Kerjasama ke atas sistem pengurusan penyimpanan kuasa, sokongan teknikal, dan keselamatan dan pengurusan saluran pengedaran tenaga persendirian

[Latar belakang]

Berikutan gempa bumi Besar Jepun Timur, permintaan telah diutarakan untuk pengenalan sistem tenaga teragih yang sangat berdaya tahan terhadap bencana. Gempa bumi itu membuatnya begitu ketara bahawa sistem tenaga terpusat itu sangat terdedah kepada bencana tersebut. Sementara itu, ia juga perlu untuk mengimbangi bekalan tenaga elektrik yang tidak stabil dengan peningkatan yang besar di dalam penggunaan tenaga boleh diperbaharui. Di samping itu, terdapat keperluan untuk beralih daripada penggunaan tenaga solar yang lebih luas melalui skim tarif penyaluran (FIT), kepada penggunaan tenaga solar yang diperluaskan menerusi penggunaan efektif bagi pengeluaran tenaga tempatan untuk kegunaan tempatan.

Sejak 1998, Wilayah Hyogo dan Bandar Raya Ashiya telah melaksanakan pembangunan di kawasan Shioashiya, yang terletak di daerah Minami Ashiya-hama, berdasarkan kepada konsep pembangunan bandar yang menghubungkan orang ramai. Dari 2012, PanaHome memulakan pembangunan Bandar Raya Pintar Shioashiya Solar-Shima, yang terdiri daripada kira-kira 400 buah rumah persendirian dan 3 kompleks kondominium (jumlah keseluruhan 83 kondominium). Bangunan-bangunan syarikat itu yang sangat cekap tenaga dan pembangunan bandar berskala besar itu yang memaksimumkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui telah membolehkan syarikat itu mendapat pujian tinggi, bahkan dari luar negara. Syarikat itu baru-baru ini memenangi Anugerah Emas di dalam kategori "Bangunan Pintar"  pada Anugerah Amalan Terbaik APEC (Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik) ESCI (*5) ke-3.

[Gambaran keseluruhan bagi sistem mikrogrid dan skim bekalan tertentu (*6)]

Sebuah penjana kuasa solar (4.6kW), sel storan (11.2kWh) dan HEMS (*7) telah dipasang di setiap rumah di dalam projek ini. Di dalam daerah perumahan itu, setiap sel storan rumah disambungkan oleh saluran pengedaran kuasa persendirian. Unit kawalan sel storan itu membolehkan pembalikan arus aliran kuasa dan berkongsi kuasa elektrik secara bersama di antara rumah. Ini adalah sistem mikrogrid yang pertama seumpamanya (sistem pengedaran tenaga serantau) di Jepun.

Skim bekalan tertentu dengan menggunakan saluran pengedaran kuasa persendirian

Persatuan pengurusan itu terdiri daripada pemilik rumah bagi 117 buah rumah di kawasan kediaman itu. Persatuan pengurusan itu telah mensumberkan keluar pengurusan kawalan sel storan kuasa kepada ENERES, sebuah syarikat yang mempunyai kepakaran di dalam bidang ini. Berdasarkan kepada skim bekalan tertentu untuk mengawal bekalan kuasa dari sel-sel storan kepada ahli-ahli persatuan (penduduk), ia akan dapat mengendalikan sebuah sistem EMS (*8) dan menyediakan liputan kuasa ke seluruh kawasan dengan menggunakan penyelesaian persekitaran IBJ Leasing, yang diperoleh daripada pengetahuan kewangannya, untuk memperkenalkan saluran pengedaran kuasa persendirian.

- Lokasi perniagaan: Bandar Raya Pintar Shioashiya Zon D4
- Tapak: Suzukaze-cho, Ashiya, Hyogo, Jepun
- Liputan: Bandar Raya Pintar Shioashiya Zon D4
- Tenaga boleh diperbaharui utama: Kira-kira 32,007.92 m2
- Tenaga yang dikongsi: Kuasa elektrik
- Permulaan operasi: Oktober 2018
 
 [Ciri-ciri bagi sistem mikrogrid]

1. Kadar kuasa rendah dan kawalan kuasa percuma berikutan penggunaan saluran pengedaran kuasa persendirian
Penggunaan saluran pengedaran kuasa persendirian memungkinkannya untuk secara bebas mengawal penerimaan kuasa elektrik dan sel storan di daerah perumahan dan dengan fleksibel menetapkan kadar kuasa. Lebih-lebih lagi, ia boleh mengurangkan kadar tenaga sebanyak 20% dengan meningkatkan kadar kecukupan tenaga boleh diperbaharui dengan berkongsi kuasa di antara rumah.
 
2. Menyamakan keseimbangan bekalan-permintaan untuk tenaga elektrik di daerah melalui kawalan serantau bagi sel storan
Permintaan puncak untuk kuasa akan dikendalikan di dalam kawasan melalui kawalan serantau bagi sel storan yang disambungkan oleh saluran pengedaran tenaga persendirian. Dengan memasuki kontrak untuk menerima kuasa dengan syarikat-syarikat kuasa baharu (selepas ini dirujuk sebagai PPS (*9)), apabila ia dijangkakan bahawa kawasan itu akan melebihi bekalan kuasa yang dikontrakkan, sistem itu mengarahkan pelepasan kuasa elektrik untuk menyamakan bekalan kuasa elektrik.

3. Bekalan kuasa berterusan walaupun jika bekalan dari grid utama dihentikan (litar yang ditetapkan)
Semasa penggunaan tenaga biasa, keseluruhan daerah perumahan itu akan memaksimumkan penggunaan tenaga solar. Apabila terdapat kekurangan tenaga elektrik, tenaga boleh diperbaharui akan dibekalkan melalui grid PPS (sumber kuasa FIT (*10)) untuk mengekalkan bekalan kuasa yang stabil. Semasa berlaku sesuatu kecemasan di mana grid kuasa utama terganggu, adalah mungkin untuk terus membekalkan kuasa ke rumah di daerah itu dengan membekalkan kuasa kepada litar yang ditetapkan (peti sejuk, lampu, pengecas telefon bimbit, dan lain-lain) dari storan kuasa di dalam sel storan atau solar kuasa yang dijanakan di dalam daerah itu.
 
[Gambaran keseluruhan bagi kuasa yang dikongsi di kalangan rumah di daerah itu]

Di dalam projek ini, semua rumah dilengkapi dengan penjana tenaga solar, sel storan, dan HEMS. Sel storan yang dipasang di setiap rumah disambungkan untuk membentuk sebuah rangkaian. Kuasa yang disimpan di dalam sel storan (11.2kWh) boleh dikongsi oleh 117 buah rumah di daerah itu. Ia seolah-olah ada sebuah sel penyimpanan besar dengan kuasa 1.3MWh. Rumah-rumah yang mempunyai lebihan elektrik boleh berkongsi dengan rumah yang kekurangan kuasa. Ini mengurangkan keperluan untuk membeli tenaga dari sumber luaran dan memaksimumkan penggunaan tenaga solar yang dihasilkan di dalam daerah itu.

 [Manfaat yang dijangkakan]

1. Kadar mampu diri sebanyak 80% atau lebih tinggi disebabkan oleh pengeluaran tempatan dan penggunaan tenaga solar tempatan (manfaat kepada alam sekitar)

2. Pengurangan sebanyak 20% di dalam kadar tenaga elektrik disebabkan oleh penerimaan kuasa dan kawalan sel storan (manfaat dari segi ekonomi)

3. Penggunaan 100% tenaga boleh diperbaharui (tenaga solar yang dihasilkan di daerah itu dan sumber FIT di luar daerah perumahan) (manfaat kepada alam sekitar)

4. Kemungkinan untuk membekalkan kuasa walaupun bekalan kuasa dari grid utama telah terganggu (litar yang ditetapkan) (berurusan dengan bencana)

5. Menyamakan bekalan kuasa di dalam daerah itu (manfaat sosial)

[Pergerakan hibrid bagi ujian kebolehlaksanaan mikrogrid VPP (*11)]

Di samping penggunaan sebuah mikrogrid, satu ujian kebolehlaksanaan akan dijalankan untuk unit kawalan VPP. Apabila arahan, termasuk arahan tindak balas permintaan (*12) dari agregator sumber (*13), datang dari atas, matlamatnya adalah untuk mengawal aliran masuk dan aliran keluar kuasa dari sel storan di setiap rumah untuk menangani peningkatan atau penurunan penggunaan kuasa di daerah itu, seolah-olah semuanya berfungsi sebagai satu penjana kuasa.

Nota:
*1. Sebuah grid kuasa berskala kecil. Kemudahan penjana kuasa kecil, termasuk penjana kuasa solar, diwujudkan di sebuah kawasan untuk melengkapkan permintaan tenaga dengan menggunakan sebuah pengeluaran tempatan, model penggunaan tempatan.
*2. Ini adalah titik pertama Jepun yang menjadikan kuasa elektrik saling dikongsi di 117 buah rumah dengan menjalankan saluran pengedaran persendirian di daerah perumahan itu.
*3. (Jumlah kuasa solar yang digunakan secara persendirian + jumlah kuasa lebihan yang dikongsi) ÷ Jumlah penggunaan kuasa (berdasarkan tahunan; berasaskan sebuah simulasi yang dilakukan oleh PanaHome)
*4. Saluran pengedaran kuasa dipasang secara peribadi untuk membekalkan kuasa tanpa bergantung kepada syarikat-syarikat pengedaran kuasa umum.
*5. Inisiatif Komuniti Tenaga Pintar (ESCI): Rangkaian yang dilancarkan pada tahun 2010 pada mesyuarat APEC Yokohama. Negara-negara dan wilayah anggota APEC bekerjasama di dalam projek dalam lima bidang - bangunan pintar, grid pintar, bandar model rendah karbon, pekerjaan pintar dan pengguna, dan pengangkutan pintar - menerusi pengenalan teknologi-teknologi baharu.
*6. Perkara 17 dalam Akta Perniagaan Elektrik (Bekalan Khusus): Sistem di mana sebuah pembekal kuasa elektrik yang memenuhi kriteria tertentu mendapat lesen bagi setiap lokasi yang mereka merancang untuk membekalkan kuasa dan bekalan kuasa kepada sasaran tertentu.
*7. Sistem Pengurusan Tenaga Rumah (HEMS): Penggunaan tenaga bukan sahaja dibuat telus tetapi juga mengoptimumkan penggunaan kawalan elektrik bagi elektronik pengguna dan kemudahan elektrik yang dipasang di rumah.
*8. Sistem Pengurusan Tenaga (EMS): Memantau dan mengawal tenaga melalui satu rangkaian, termasuk membuat penggunaan tenaga, termasuk penggunaan kuasa elektrik, telus, dan menguruskan kemudahan secara optimum.
*9. Pengeluar dan Pembekal Kuasa (PPS): Produk kuasa berskala besar terpilih, yang umumnya dikenali sebagai pembekal kuasa baharu. Sebuah syarikat yang mendapat lesen dan baharu memasuki industri tenaga elektrik.
*10. Kuasa elektrik menggunakan sumber Feed-in Tariff (FIT) (sistem di mana harga pembelian bagi tenaga boleh diperbaharui diputuskan oleh undang-undang)
*11. Respons Loji Kuasa Maya (VPP): Rangkaian atau sistem yang mengawal secara berpusat sesetengah kuasa solar kecil atau penjana lain seolah-olah ia adalah satu penjana kuasa besar.
*12. Sebuah agregator sumber mengumpul sumber tenaga daripada pengguna untuk pengeluar tenaga (syarikat penghantaran dan pengedaran kuasa, syarikat kuasa elektrik runcit, dan pengeluar kuasa tenaga boleh diperbaharui).
*13. Respons Permintaan: Mengubah corak penggunaan kuasa dengan membendung penggunaan kuasa pengguna melalui insentif atau dengan menetapkan kadar yang lebih tinggi pada masa-masa ketika harga pasaran melonjak naik atau ketika kebolehpercayaan grid lemah, seperti ketika penawaran dan permintaan untuk tenaga elektrik terikat.
 
Sumber: http://news.panasonic.com/global/topics/2017/50883.html

Pautan yang Berkaitan
 [Video] Pelancaran Sistem Mikrogrid Pertama Jepun dengan Sejumlah 117 Buah Rumah – Bandar Raya Pintar Shioashiya
https://www.youtube.com/watch?v=8Br0QgUxvK4

Laman web Bandar Raya Pintar Shioashiya "Solar-Shima" (Bahasa Jepun)
http://city.panahome.jp/sorashima/index.php?frm=shioashiya

PanaHome Global
http://www.panahome.jp/english/

HEMS (Sistem Pengurusan Tenaga Rumah) | Peranti & Penyelesaian Industri
https://industrial.panasonic.com/ww/applications/ha/hems

ENERES Co., Ltd. (Bahasa Jepun)
https://www.eneres.co.jp/

IBJ Leasing Co., Ltd.
https://www.ibjl.co.jp/en/index.html

Wilayah Hyogo
https://web.pref.hyogo.lg.jp/fl/index.html

Galeri Foto/Multimedia Boleh Diperolehi di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51694724&lang=en

Contacts
Panasonic Corporation
Global Communications Department
Global PR Office
Click here to go to Media Contact form

Sumber: Panasonic Corporation
 
Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20171005005546/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.