ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 19, 2024 -Ahad

 
  ​LEBIH 1.5 JUTA TAJUK DAN 2,600 ACARA PADA PAMERAN BUKU ANTARABANGSA SHARJAH 2017

Friday 06/10/2017



Tema bagi edisi ke-36 bagi pameran buku ketiga terbesar di dunia 'Sebuah Dunia di dalam Buku Aku'

SHARJAH, Emiriah Arab Bersatu, 6 Oktober (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Lebih 1.5 juta judul dan 1,650 syarikat penerbitan dari 60 buah negara akan mengambil bahagian pada edisi ke-36 Pameran Buku Antarabangsa Sharjah (SIBF), yang berlangsung dari 1 hingga 11 November. Diadakan di Sharjah - amiriah ketiga terbesar di Emiriah Arab Bersatu (UAE) - tema sambutan bagi kesusasteraan, ilmu pengetahuan dan budaya untuk tahun ini yang berlangsung selama 11 hari adalah: ‘Sebuah Dunia di dalam Buku Aku.’  

Siaran berita ini mengandungi multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: http://www.businesswire.com/news/home/20171005005780/en/

Dianjurkan oleh Pihak Berkuasa Buku Sharjah, edisi tahun ini bagi pameran buku ketiga terbesar di dunia itu akan meliputi kawasan seluas 14,625 meter persegi dan menampilkan 393 tetamu dari 48 buah negara yang akan mengambil bahagian di dalam lebih 2,600 acara. Korea Selatan, Bangladesh dan Denmark akan mengambil bahagian pada pameran itu untuk kali pertama dalam acara itu yang semakin berkembang.

Kalendar acara bagi SIBF 2017 merangkumi beberapa program, termasuk Program Kebudayaan, Café Kebudayaan, Program Intelektual dan Sudut Masakan. Program yang paling luas yang ditawarkan pada edisi tahun ini adalah Program Kanak-kanak, yang akan menyaksikan 1,632 aktiviti yang disampaikan oleh 44 orang tetamu dari 20 buah negara. SIBF akan juga menganjurkan Stesen Media Sosial, yang akan mempunyai 33 aktiviti dan bengkel melibatkan kumpulan pengaruh media sosial yang akan berucap mengenai isu-isu budaya, media dan sosial.

Pihak Berkuasa Buku Sharjah (SBA) telah juga mengumumkan bahawa United Kingdom (UK) akan menjadi 'Negara Kehormat', sebagai sebahagian daripada 'UK/UAE 2017,' satu tahun yang menyaksikan pertukaran budaya dua hala di antara kedua-dua buah negara yang dianjurkan oleh British Council.

Buat pertama kalinya, SIBF memperuntukkan sebuah pavilion khas bertajuk 'Zon Masa Hadapan' yang akan menghimpunkan 10 buah syarikat terkemuka yang khusus di dalam buku-buku digital untuk mempamerkan pengalaman dan penerbitan terkini mereka.

Satu tarikan utama bagi SIBF 2017 adalah edisi keempat Persidangan SIBF/ALA. Dianjurkan pada setiap tahun oleh SBA dengan kerjasama Persatuan Perpustakaan Amerika (ALA), acara itu adalah satu-satunya Persidangan ALA yang diadakan di luar Amerika Syarikat.

Lihat versi sumber di businesswire.com: http://www.businesswire.com/news/home/20171005005780/en/

Hubungi
National Network Communications (NNC)
Fadia Daouk, Telefon Bimbit: +971 52 617 2111

Sumber: Pameran Buku Antarabangsa Sharjah
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.