ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 19, 2024 -Ahad

 
  KUIS TERUS MELAKAR SEJARAH DI PERSIDANGAN INTERNATIONAL BUSINESS CENTRE

Monday 09/10/2017



KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Tanggal 18 September sehingga 21 September 2017 yang lalu Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor KUIS telah menyertai Pameran 8th  Muslim World Business Centre yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra,PWTC dan telah dirasmikan oleh Ybhg. Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof, Menteri Kerja Raya.

Program yang dianjurkan ini, merupakan salahsatu platform baharu pemasaran antarabangsa KUIS bagi memperkenalkan KUIS di peringkat global.

Pengalaman baharu ini sangat mengujakan memandangkan objektif program adalah memperlihatkan dunia bertapa perniagaan umat islam hari ini sangat berkembang pesat dan maju dari pelbagai sudut termasuk pendidikan.

Pelbagai delegasi daripada negara-negara islam  turut serta bagi membincangkan isu-isu umat islam hari ini daripada pelbagai aspek ianya membuka mata dunia bertapa umat islam hari ini boleh berjaya  dan bersaing dalam pasaran industri  samada didalam mahupun diluar negara.

KUIS telibat secara langsung sebagai exhibitor yang bertanggungjawab mempromosikan KUIS kepada pelawat terutama daripada negara luar. Kebanyakan pelawat yang datang ke booth pameran sangat positif dengan program yang ditawarkan dan bersesuaian dengan kehendak mereka yang sedang mencari peluang pendidikan di dalam bidang pengajian islam dan pengurusan.

Komen pelawat juga memberitahu perkhidmatan yang disediakan kepada pelajar Antarabangsa sangat membantu dan boleh disyorkan kepada pelajar antarabangsa lain yang sedang mencari peluang menyambung pelajaran di Malaysia.

Pelbagai program yang ditawarkan diperingkat Asasi,Diploma, Ijazah Sarjana Muda , Sarjana dan PHD bersesuaian dengan pelajar antarabangsa yang memenuhi syarat kemasukan di KUIS.

Permohonan kemasukan boleh dibuat melalui atas talian menerusi laman web KUIS www.kuis.edu.my. Pegawai KUIS akan menghubungi calon pelajar yang layak bagi membantu menguruskan proses kemasukan dengan segera.

Terima kasih diucapkan kepada penganjur OIC International Business Centre atas usaha yang menitikberatkan promosi pendidikan supaya dapat memastikan kecemerlangan pendidikan di Malaysia bersaing pesat dengan pendidikan luar negara.

Pihak Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor KUIS merasakan kejayaan memperkenalkan KUIS kepada pasaran luar negara sebagai sebuah Institusi Pengajian Islam yang berpengaruh di Malaysia dapat di capai.

Semoga melalui pameran sebegini dapat membantu perkembangan dan memasarkan sektor pendidikan tempatan dan perdagangan islam Malaysia untuk lebih dikenali di arena antarabangsa dan mampu membawa impak positif bagi sektor import export negara serta penjanaan pendapatan negara Malaysia.

Oleh      :
Seksyen Pengantarabangsaan Bahagian Pemasaraan dan Komunikasi
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)


Sumber: Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

UNTUK MAKLUMAT LANJUT,SILA HUBUNGI :

Nama : Mudzirah Aishah Pawanteh
Ketua Seksyen Pentadbiran Dan Komunikasi
Bahagian Pemasaran & Komunikasi
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis)
Tel   : 03 - 8911 7000 ext 3507
Faks   : 03 - 8926 8462
 
--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.