ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 19, 2024 -Ahad

 
  SIGMA DESIGNS MENAMAKAN RUMAH UJI PENSIJILAN Z-WAVE BAHARU DI CHINA

Tuesday 10/10/2017



Institut Digital Guangdong akan Menyediakan Pensijilan Teknikal Bebas

FREMONT, Calif., 10 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- 
Sigma Designs® (NASDAQ:SIGM), sebuah pembekal terkemuka bagi penyelesaian sistem-atas-cip pintar (SoC) untuk platform Sambungan TV Pintar dan rumah Pintar IoT, hari ini mengumumkan Institut Digital Guangdog (IDG) akan bertindak sebagai Rumah Uji Pensijilan Z-Wave yang baharu di China, untuk mengembangkan keupayaan ujian pensijilan di Asia. 

Pensijilan Z-Wave memastikan saling boleh kendiri di antara produk Z-Wave. Semua produk Z-Wave mesti disijilkan sebelum dilancarkan dalam pasaran komersial dan selepas disijilkan, akan memaparkan lencana logo saling boleh kendiri Z-Wave. Terdapat dua komponen pada pensijilan Z-Wave. Pensijilan teknikal diuruskan melalui Sigma Designs menggunakan rumah uji pihak ketiga yang bebas dan Pensijilan Pasaran diuruskan melalui Perikatan Z-Wave. 

“Kami tahu pasaran rumah pintar mempunyai potensi yang besar di China. Kami telah memilih untuk bekerja dengan IDG untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pasaran Z-Wave yang berkembang dan memberikan pelanggan kami yang mencipta pengalaman rumah pintar di China, cara yang lebih cepat untuk pensijilan, dan pasaran komersial,” ujar Raoul Wijgergangs, VP Unit Perniagaan Z-Wave bagi Sigma Designs. 

Sigma Designs kini mempunyai kira-kira 340 syarikat yang berdaftar di Portal Z-Wave Plus Certification yang mewakili 35 negara berlainan. Sekurang-kurangnya  40 daripada syarikat ini adalah dari tanah besar China dan lima dari Hong Kong. 

“Sebagai kemudahan pensijilan baharu, kami teruja untuk mempromosikan kegunaan teknologi Z-Wave dalam pasaran dan komited untuk memudahkan pelaksanaan perindustrian teknologi Z-Wave,” kata Dr. Li Ying, Naib Presiden Eksekutif IDG.

IDG akan berkhidmat sebagai rumah uji pensijilan teknikal pihak ketiga yang bebas di China bemula pada 9 Oktober. Ini akan mengembangkan kehadiran global rakan kongsi uji berdaftar dan memberikan pemaju pilihan untuk menggunakan BuLogics di Philadelphia, Pennsylvania, Pepper-One di Zwickau, Germany dan kini, IDG di Guangzhou, China untuk pensijilan teknikal.

Mengenai Sigma Designs
Sigma Designs, Inc. (NASDAQ:SIGM) adalah peneraju dunia dalam membolehkan penumpuan rumah pintar. Syarikat ini mereka bentuk dan membina teknologi semikonduktor penting yang berfungsi sebagai asas bagi platform TV Pintar Terhubung terkemuka di dunia dan Internet untuk segala-galanya (IoT) untuk peranti pintar rumah. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Sigma Designs, sila lawati www.sigmadesigns.com

Mengenai Z-Wave
Teknologi Z-Wave® adalah piawaian ITU yang diiktiraf di peringkat antarabangsa (G.9959). Ia adalah teknologi kawalan rumah tanpa wayar utama di pasaran hari ini, dengan lebih 2,100 produk saling beroperasi yang diiktiraf di seluruh dunia. Diwakili oleh Z-Wave Alliance dan disokong oleh lebih daripada 600 syarikat di seluruh dunia, piawaian ini merupakan pemboleh utama penyelesaian kehidupan pintar untuk keselamatan dan sekuriti rumah, tenaga, hospitaliti, pejabat dan aplikasi komersil ringan.

Z-Wave® adalah tanda dagangan berdaftar Sigma Designs dan anak syarikatnya di Amerika Syarikat dan negara lain.

Perihal IDG
Institut Digital Guangdong (IDG), Cawangan China Selatan bagi Institut Digital China di Universiti Peking (IDC/PKU), ditubuhkan pada April 2009 sebagai sebuah institusi perkhidmatan awam wilayah untuk membekalkan pengalaman dan menyokong wawasan teknologi, industri dan ekonomi digital di China.

Di bawah bimbingan IDC/PKU dan Suruhanjaya Ekonomi dan Maklumat Wilayah Guangdong, IDG khusus untuk pembangunan Digital Guangdong dan Digital China dengan menghubungkan badan kerajaan, sektor industri, komuniti akademik dan institusi penyelidikan, dengan memfokuskan pada perundingan dan penyelidikan, promosi permohonan, pembangunan industri, latihan bakat dan kerjasama antarabangsa.

Pada masa ini, IDG juga berkhidmat sebagai Sekretariat bagi Suruhanjaya Piawaian RFID Guangdong yang bertanggungjawab ke atas operasi harian institusi.

Kenyataan Masa Hadapan
Siaran akhbar ini mengandungi pernyataan masa hadapan dalam lingkungan makna Seksyen 27A Akta Sekuriti 1933 dan Seksyen 21E Akta Bursa Sekuriti 1934, termasuk kenyataan tentang penerimaan pengguna, ciri-ciri dan faedah produk Sigma yang dijangkakan, serta penyelesaian berkenaan Z-Wave dan pelbagai tawaran Z-Wave. Keputusan sebenar mungkin ketara berbeza disebabkan oleh beberapa faktor termasuk, tetapi tidak terhad kepada penerimaan pengguna dan pelanggan terhadap Z-Wave dan pembekal rumah uji baharu Z-Wave, keupayaan Sigma untuk melaksanakan dan mencapai penerimaan pasaran untuk produk Sigma di pasaran sasarannya, termasuk pasaran IoT, kejayaan relatif bagi pembekal rumah uji baharu, keupayaan keseluruhan kit pembangunan Z-Wave, chipset dan modul untuk bersaing dengan teknologi lain atau produk dalam pasaran ini serta risiko lain yang diperincikan dari semasa ke semasa dalam laporan SEC Sigma, termasuk laporannya pada Borang 10-K. Pembaca diperingatkan untuk tidak meletakkan pergantungan yang tidak wajar terhadap pernyataan masa hadapan ini yang hanya menyatakan pada tarikh tersebut. Sigma tidak bertanggungjawab terhadap penyiaran kepada umum atau pendedahan apa-apa semakan terhadap pernyataan masa hadapan ini yang mungkin dibuat disebabkan oleh peristiwa atau keadaan selepas tarikh tersebut atau untuk mencerminkan kejadian yang tidak dijangka.
 
SUMBER : Sigma Designs, Inc.

HUBUNGAN AKHBAR : 
Mary Miller                                                                
Sigma Designs                                                           
+1-510-897-1069                                                       
Mary_Miller@sigmadesigns.com       
                        
Alexandra Crabb
Caster Communications
+1-401-792-7080
alex@castercomm.com

--BERNAMA


 






 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.