PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 

Oktober 23, 2017 -Isnin

 
  JENAMA-JENAMA MALAYSIA DAN SINGAPURA DIRAIKAN PADA ANUGERAH PENJENAMAAN DUNIA 2017 DI ISTANA KENSINGTON

Friday 13/10/2017



LONDON, 13 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Edisi keempat bagi Anugerah Penjenamaan Dunia yang berprestij itu menyaksikan 245 jenama dari 32 buah negara dinobatkan sebagai "Jenama Terbaik bagi Tahun itu" dalam satu majlis gilang-gemilang yang diadakan di pintu masuk utama dan Orangery di Istana Kensington semalam.

Pemenang peringkat global termasuk Apple, Beijing Tong Ren Tang, BMW, Cartier, Club Med, Coca-Cola, Facebook, Google, Lego, L'Oréal, Louis Vuitton, McDonald's, Nescafé, Nike, Oral-B, Pampers, Rolex, Samsung, Schwarzkopf, Starbucks, Umbro, VISA dan Yakult. Pemenang peringkat serantau termasuk Ajinomoto, Giordano, Indomie, Isetan, Kikkoman, MTN, RAK Ceramics, Sa Sa, Shangri-La, Uniqlo dan Zara.

Pemenang peringkat kebangsaan dari Malaysia termasuk Getha (Perabot – Katil & Tilam), Maybank (Perbankan), MML (Kediaman & Taman – Jubin), Pertama (Makanan Sejuk Beku –  Lilitan Pastri), Spritzer (Air), Sunway Lagoon (Taman Tema), Sunway Property (Pemaju Hartanah), OLDTOWN White Coffee (Peruncit – Kopi) dan Unifi (Jalur Lebar/ ISP); manakala jenama-jenama dari Singapura termasuk BreadTalk (Bakeri), DBS (Perbankan), Great Eastern (Insurans), Raffles Education (Pendidikan), Singapore Airlines (Syarikat Penerbangan), Singtel (Telekomunikasi), dan Skylight (Makanan Tin).

Dilihat sebagai anugerah pengiktirafan jenama global yang muktamad, pemenang diiktiraf secara unik melalui tiga aliran: penilaian jenama, penyelidikan pasaran pengguna, dan pengundian dalam talian awam. Tujuh puluh peratus daripada proses pemarkahan datang daripada undi pengguna. Setiap jenama dinamakan "Jenama Terbaik bagi Tahun itu" dalam kategori mereka masing-masing.

"Anugerah itu meraikan pencapaian beberapa jenama terhebat di seluruh dunia. Kesemua 245 pemenang telah menunjukkan bahawa mereka berada di bahagian paling atas di dalam aspek penjenamaan mereka. Dengan begitu banyak persaingan, adalah sukar bagi jenama-jenama untuk menang di dalam kategori mereka masing-masing," kata Richard Rowles, Pengerusi bagi Forum Penjenamaan Dunia.

"Berikutan kejayaan satu lagi kempen, tahun ini menyaksikan peningkatan di dalam penyertaan bagi anugerah itu. Lebih 135,000 pengguna dari seluruh dunia mengundi bagi lebih 3,000 jenama dari 35 buah negara. Bukan semua kategori diberikan anugerah dan sesetengah negara tidak mempunyai jenama yang mencukupi untuk layak," kata Peter Pek, Ketua Eksekutif bagi Forum itu.

Anugerah itu dianjurkan oleh Forum Penjenamaan Dunia, sebuah organisasi global yang tidak mencari keuntungan yang dikhususkan untuk meningkatkan piawaian penjenamaan bagi kebaikan komuniti penjenamaan dan juga pengguna. Ia menganjurkan dan menaja pelbagai bentuk program pendidikan, dan mempunyai kerjasama bersama universiti dan muzium terkemuka. Forum itu juga menerbitkan berita-berita penjenamaan di laman web mereka yang menjangkau audiens melebihi 5 juta di seluruh dunia.

Acara itu dihoskan oleh David Croft dari Sky Sports. Untuk maklumat lanjut dan senarai penuh bagi pemenang, sila layari awards.brandingforum.org.

Maklumat mengenai Forum Penjenamaan Dunia
 
Forum Penjenamaan Dunia (WBF) adalah sebuah organisasi global berdaftar yang tidak mencari keuntungan. Matlamat dan aktiviti mereka adalah untuk memberi peningkatan kepada piawaian penjenamaan bagi kebaikan industri dan juga pengguna. WBF menghasilkan, mengurus dan menyokong pelbagai bentuk program yang meliputi penyelidikan, pembangunan, pendidikan, pengiktirafan, perangkaian dan khidmat bantuan. Untuk maklumat lanjut, sila layari brandingforum.org.
 
Maklumat mengenai Anugerah Penjenamaan Dunia
 
Anugerah Penjenamaan Dunia adalah anugerah utama bagi Forum Penjenamaan Dunia, sebuah organisasi berdaftar yang tidak mencari keuntungan. Anugerah itu mengiktiraf pencapaian beberapa jenama terbaik di dunia. Terdapat tiga peringkat utama bagi anugerah itu – Anugerah Global dianugerahkan kepada jenama-jenama antarabangsa, Anugerah Serantau bagi jenama yang meliputi sebuah kawasan geografi, manakala Anugerah Kebangsaan diberikan kepada jenama-jenama yang masyhur di negara asal mereka. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://awards.brandingforum.org.

Hubungi
Forum Penjenamaan Dunia
Peter Michaels
+44 (0) 20 3743 9880
 
Sumber: Anugerah Penjenamaan Dunia
 
Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20171011005874/en/2017-World-Branding-Awards-sees-245-Winners
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.


--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2017 MREM . All rights reserved.