ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 07, 2024 -Selasa

 
  BROADSOFT HOSPITALITY DIPERTINGKATKAN DENGAN KEMAMPUAN KERJASAMA WORKSTREAM MOBILE UC-ONE UNTUK MEMPERKUAT PRODUKTIVITI DAN PENGALAMAN TETAMU

Wednesday 25/10/2017



Ciri-ciri BroadSoft Hospitality baharu disepadukan dengan UC-One Connect membolehkan hotel untuk mengakses, memberikan respons dan melayan permintaan tetamu dengan segera, tidak kira di mana mereka berada


PHOENIX, 25 Oktober (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- BroadSoft, Inc. (NASDAQ:BSFT), peneraju perkongsian pasaran global dalam perisian perniagaan awan untuk komunikasi disatukan sebagai perkhidmatan (UCaaS), dan penyedia kerjasama dan pusat hubungan sebagai perkhidmatan (CCaaS), hari ini mengumumkan ciri-ciri mudah alih UC-One baharu untuk penyelesaian BroadSoft Hospitality . Ciri-ciri baharu tersebut menyediakan hotel dengan kemampuan untuk mengawal pengalaman tetamu pada bila-bila masa daripada pelanggan mudah alih UC-One.

Foto yang mengiringi pengumuman ini terdapat di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/1fcfab75-3ddf-4c39-93f1-7c3e74458115

Tawaran baharu ini merupakan kesinambungan bagi usaha berterusan BroadSoft untuk membantu hotel agar dapat menyediakan tahap pengalaman yang lebih hebat kepada para pelanggannya. Integrasi mudah alih membolehkan kakitangan meja depan hotel untuk bergerak ke seluruh hotel di samping tetap dapat mengakses, memberikan respons dan melayan kehendak pelanggan dengan segera. Bukan sahaja pekerja hotel kini dapat menyediakan peningkatan tahap kepuasan dan kesambutan tetamu, pengusaha hotel juga dapat mengurangkan kos dengan menyingkirkan peranti lapuk yang secara tradisinya digunakan untuk bergerak di sekitar hotel seperti radio dua arah dan walkie-talkie. Pelanggan mudah alih UC-One menyediakan semua akses ini kepada pekerja melalui telefon pintar dan menggabungkan komunikasi dan kerjasama ke dalam proses dan aliran kerja perniagaan harian.

Dipasang di lebih daripada 1,500 buah hotel di 40 buah negara, BroadSoft Hospitality menyediakan perkhidmatan komunikasi spesifik industri (atau layanan baik) dan set ciri-ciri - daripada panggilan kejutan dan mel suara, kepada pengebilan dan perakaunan panggilan untuk kakitangan hotel, tetamu dan para jemputan majlis. Secara tradisinya, perkhidmatan ini diuruskan sama ada melalui Sistem Pengurusan Hartanah (PMS) hotel atau Portal Ciri Hospitaliti (HFP) melalui komputer atau perisian pegun kakitangan dengan membuat penyambungan (tethering) kepada meja kakitangan. Dengan UC-One Hospitality, kakitangan bebas untuk bergerak dalam hotel dengan mendapat akses mudah kepada perkhidmatan kritikal ini, menjadikan mereka lebih produktif dan dapat meningkatkan keberkesanan dan kepuasan pelanggan dengan ketara.

“Kepuasan pelanggan merupakan kunci dalam industri hospitaliti, dan hotel sentiasa mencari cara baharu dan inovatif dalam meningkatkan tahap kepuasan,” kata pengarah penyelesaian hospitaliti kejuruteraan di BroadSoft, Ron Grau. “Bagi pengusaha hotel yang ingin menawarkan pengalaman tetamu yang berbeza dan dipertingkatkan dan memanfaatkan peralatan komunikasi dan kerjasama berasaskan awan yang terkini, BroadSoft Hospitality adalah pilihan yang ideal.”

BroadSoft Hospitality menawarkan BroadSoft Business, iaitu portfolio PBX awan sedia perusahaan bersepadu sepenuhnya, komunikasi disatukan, kerjasama pasukan dan aplikasi pusat hubungan, yang disampaikan di awan dengan menyediakan kepintaran mengikut konteks di seluruh platform dengan itu pelanggan BroadSoft Hospitality dapat mengakses maklumat dan aplikasi yang mereka perlukan di lokasi yang sama. 

Untuk maklumat lanjut tentang BroadSoft Hospitality, klik di sini dan dapatkan kertas putih di sini.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang bagaimanakah mobiliti menjadi pemacu utama di sebalik kepuasan tetamu, klik di sini.

Tentang BroadSoft

BroadSoft merupakan inovator teknologi dalam PBX awan, komunikasi bersepadu, kolaborasi pasukan dan penyelesaian pusat hubungan untuk perniagaan dan penyedia perkhidmatan merentasi 80 buah negara. Kami adalah peneraju pasaran untuk komunikasi bersepadu awan dengan platform yang terbuka, mudah alih dan selamat yang dipercayai oleh 25 daripada 30 buah penyedia perkhidmatan terkemuka di dunia berdasarkan pendapatan. Suit aplikasi BroadSoft Business kami mendayakan pengguna dan pasukan untuk berkongsi idea dan kerja dengan mudah untuk mencapai prestasi cemerlang. Untuk maklumat tambahan, sila lawati www.BroadSoft.com.

Twitter | LinkedIn | BroadSoft Blog

Urusan Pelabur:

Chris Martin
BroadSoft
+1 561-404-2130
cmartin@broadsoft.com

Urusan Media:

Matter for BroadSoft
Erin Knapp
Matter
+1 617-502-6546
BroadSoft@matternow.com

AxiCom (EMEA)
Tom Johnson
AxiCom
+44 7960 209361
BroadSoft@axicom.com

Navigate Communication (APAC)
Terry Alberstein
+61 (0) 458-484-921
terry@navigatecommunication.com.au

BroadSoft
Niaobh (Neve) Levestam
BroadSoft
+44 7919 605660
nlevestam@broadsoft.com

SUMBER : BroadSoft, Inc.

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.