ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 08, 2024 -Rabu

 
  MYNETFONE & SYMBIO NETWORKS AKAN MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN KOMUNIKASI BERSEPADU AWAN (UCAAS) DENGAN BROADSOFT BUSINESS

Wednesday 25/10/2017



Perkhidmatan MyNetFone Menyasarkan Klien Perusahaan dan Kerajaan dengan Perkhidmatan Komunikasi Bersepadu Awan Generasi Mendatang dan PBX di Australia dan New Zealand

MELBOURNE, Australia dan GAITHERSBURG, Md., 25 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- BroadSoft, Inc. (NASDAQ:BSFT), peneraju saham pasaran global dalam perisian perniagaan awan untuk komunikasi bersepadu sebagai perkhidmatan (UCaaS) dan penyedia peneraju bagi kerjasama dan pusat hubungan sebagai perkhidmatan (CCaaS), hari ini mengumumkan perjanjian dengan Symbio Networks untuk membekalkan perkhidmatan BroadSoft Business UCaaS di Australia dan New Zealand. MyNetFone, syarikat rakan subsidiari runcit Symbio Networks akan memasarkan suite penuh bagi perkhidmatan suara dan kerjasama pasukan berdasarkan aplikasi BroadSoft Business UC-One kepada pelanggan perusahaan dan kerajaan bermula pada suku kalendar pertama tahun 2018. 

Symbio Networks mengendalikan rangkaian suara pintar Australia dengan fokus terhadap menyediakan penyelesaian komunikasi yang tidak akan lapuk pada masa hadapan. Syarikat tersebut mempunyai rekod inovasi dalam komunikasi suara dengan beberapa anugerah industri, termasuk ACOMM, iAwards dan Edison. Cabang peruncitan MyNetFone merupakan pengganggu industri yang memudahkan pemindahan perkhidmatan suara ke awan untuk perusahaan, SME dan pengguna. 

Jonathan Reid, Pengarah Urusan Pasaran Asia Pasifik dan Baharu Muncul BroadSoft berkata, “Terdapat arah aliran global yang jelas di mana perusahaan besar dan agensi kerajaan beralih daripada sistem premis kepada perkhidmatan Komunikasi Bersepadu awan. Kami teruja untuk bekerja dengan pasukan Symbio dan MyNetFone dan kami percaya mereka akan membantu mempercepat arah aliran ini dengan pelanggan di Australia dan New Zealand."

“Sebagai peneraju penyedia perkhidmatan hos suara dan data generasi mendatang di Australia, kami tidak sabar untuk bekerjasama dengan BroadSoft untuk mengerahkan perkhidmatan MyNetFone pada platform awan BroadSoft Business. Kami percaya bahawa arah aliran menuju perkhidmatan suara dan kerjasama awan tidak dapat dielakkan kerana pelanggan terus beralih daripada perkhidmatan suara peninggalan.  MyNetFone sudah pun mengambil langkah besar dalam sektor perusahaan dan komunikasi kerajaan dengan perkhidmatan pembawa suara penyaluran SIP kami. Dengan persepaduan BroadCloud, kami mampu mengembangkan lagi suit perkhidmatan untuk turut memberikan penyelesaian suara hujung ke hujung,” kata Rene Sugo, CEO Kumpulan MNF.

BroadSoft Business adalah portfolio bersepadu penuh bagi awan sedia perusahaan, komunikasi bersepadu, kerjasama pasukan dan aplikasi pusat hubungan, disediakan dalam awan. BroadSoft Business boleh menskala ke semua segmen pasaran dan termasuk tiga aplikasi teras: UC-One, Team-One dan CC-One, dengan BroadSoft Hub menyediakan kepintaran kontekstual merentasi keseluruhan platform supaya pengguna boleh mengakses maklumat dan aplikasi yang mereka perlukan di satu tempat.

Perihal Symbio Networks & MyNetFone:

Symbio Networks dan MyNetFone adalah sebahagian daripada MNF Group Limited (ASX:MNF), salah sebuah syarikat teknologi paling pesat berkembang di Asia Pasifik. Telah disenaraikan di ASX sejak tahun 2006, syarikat itu kini mempunyai anggaran permodalan berjumlah $400 juta, serta telah memenangi anugerah “Terbaik di bawah Satu Bilion” Asia Pasifik Forbes sebanyak dua kali. Beribu pejabat di Sydney, Australia, syarikat itu mempunyai lebih 350 ahli di seluruh Asia Pasifik, Eropah dan Amerika Utara. MNF membangunkan dan mengendalikan rangkaian komunikasi global dan suit perisian yang mendayakan sebahagian daripada inovator peneraju dunia untuk memberikan penyelesaian komunikasi generasi baharu. Ketika dunia beralih ke IP, Kumpulan MNF mengorak langkah dengan mencipta jenama, perkhidmatan, rangkaian dan teknologi. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila lawati: http://mnfgroup.limited 

Perihal BroadSoft:

BroadSoft merupakan inovator teknologi dalam PBX awan, komunikasi bersepadu, kolaborasi pasukan dan penyelesaian pusat hubungan untuk perniagaan dan penyedia perkhidmatan merentasi 80 buah negara. Kami adalah peneraju pasaran untuk komunikasi bersepadu awan dengan platform yang terbuka, mudah alih dan selamat yang dipercayai oleh 25 daripada 30 buah penyedia perkhidmatan terkemuka di dunia berdasarkan pendapatan. Suit aplikasi BroadSoft Business kami mendayakan pengguna dan pasukan untuk berkongsi idea dan kerja dengan mudah untuk mencapai prestasi cemerlang. Untuk maklumat tambahan, lawati www.BroadSoft.com.

Twitter | LinkedIn | Blog BroadSoft 

Hubungan Media:
Terry Alberstein
Navigate Communication
+61 (0) 458-484-921
terry@navigatecommunication.com.au

SUMBER : BroadSoft, Inc.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.