ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 08, 2024 -Rabu

 
  ​TATA STARBUCKS MENEKANKAN PERTUMBUHAN DI INDIA DENGAN KEMASUKAN KE KOLKATA PADA 2018 DAN KOMITMEN KEPADA PROGRAM IMPAK SOSIAL

Wednesday 25/10/2017



  • Meraikan peristiwa penting kedai ke-100 dan ulang tahun ke-5  dengan rancangan  untuk membuka tiga kedai di Kolkata pada awal tahun 2018
  • Berhasrat untuk meningkatkan kepelbagaian dan mengambil 40% pekerja wanita menjelang tahun 2022 ketika ia menekankan komitmennya untuk menjadi majikan pilihan melalui program tempat kerja yang progresif
  • Memperluaskan impak positif di dalam komuniti dengan perkongsian Tata STRIVE yang menyokong belia yang menghadapi halangan kepada pekerjaan
  • Melancarkan promosi dan produk khas yang memperingati peristiwa penting
MUMBAI, India, 25 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Tata Starbucks Private Limited, satu usaha sama 50/50 di antara Starbucks Coffee Company (Nasdaq: SBUX) dan Tata Global Beverages Limited, hari ini meraikan pembukaan kedai mereka yang ke-100 yang terletak di Mumbai dan ulang tahun kelima mereka di India dengan satu siri inisiatif strategik yang menekankan komitmen jangka panjang mereka ke pasaran itu.

"Ketika kami meneruskan perjalanan kami dengan Tata, sebuah syarikat yang berkongsi nilai dan visi yang sama untuk pertumbuhan, kami tetap komited untuk memperoleh kepercayaan dan rasa hormat pelanggan kami di India melalui Pengalaman Starbucks yang tidak ada tandingannya," kata John Culver, presiden kumpulan, Starbucks Antarabangsa dan Pembangunan Saluran. "Pada teras pengalaman ini adalah rakan kongsi kami di India, yang dengan bangganya mewakili lebih daripada 330,000 rakan Starbucks di seluruh dunia, dan melalui dedikasi dan semangat mereka telah mewujudkan satu asas yang kukuh bagi Starbucks ketika kami berkembang ke bandar raya baharu di seluruh India pada tahun-tahun yang mendatang."

Ketika Tata Starbucks berkembang untuk melayani lebih ramai pelanggan di seluruh negara itu, syarikat itu akan membuka tiga kedai di bandar raya Kolkata yang bersejarah itu pada awal tahun 2018, termasuk sebuah kedai di Taman Mansion yang ikonik yang direka untuk mencerminkan warisan kopi Starbucks. Kedai-kedai Starbucks akan menyajikan minuman eksklusif, penawaran makanan yang ekstensif dan "Tempat Ketiga" yang jelas di bandar raya itu.

Laluan kepada Peluang

Ketika Tata Starbucks terus berkembang, begitu juga komitmennya untuk menjadi sebuah daya positif di dalam menyumbang kepada kejayaan masa hadapan rakyat India. Syarikat itu menjangkakan untuk menggandakan bilangan rakan (pekerja) yang digunakannya kepada 3,000 orang dalam tempoh lima tahun akan datang dan, menekankan komitmennya untuk menjadi sebuah tempat kerja yang progresif, bertujuan untuk meningkatkan kadar jumlah wanita di dalam tenaga kerja mereka kepada 40 peratus menjelang tahun 2022, dari 25 peratus pada hari ini. Ini dibina di atas inisiatif sedia ada untuk memenuhi aspirasi Tata Starbucks untuk menjadi majikan pilihan, dengan faedah utama industri seperti jadual kerja lima hari, sebuah program yang pertama seumpamanya yang diperkenalkan pada tahun 2016.

"Kejayaan kami ditakrifkan oleh rakan-rakan luar biasa kami yang amat berbangga di dalam melayani pelanggan kami dengan bertanggungjawab dan penuh bersemangat," kata Sumi Ghosh, ketua pegawai eksekutif, Tata Starbucks. "Aspirasi kami, ketika kami terus berkembang, adalah untuk menjadi majikan pilihan di pasaran melalui pelaburan yang kami buat untuk rakan kami dan dengan mewujudkan peluang-peluang yang lebih cerah untuk orang ramai di seluruh negara."

Syarikat itu akan juga terus memperdalam hubungannya dengan komuniti India dan memanfaatkan skala mereka untuk melakukan perbezaan yang paling penting kepada perjuangan tempatan. Dalam tempoh lima tahun akan datang, Tata Starbucks akan melatih 3,000 orang muda yang menghadapi halangan di dalam pekerjaan melalui program Tata STRIVE, satu perkongsian yang menggabungkan latihan kemahiran pekerjaan dan kepakaran Starbucks di dalam operasi runcit.

"Perjalanan kami dengan Starbucks amat menyenangkan dan ini adalah saat dan ketika yang luar biasa bagi Tata Global Beverages dan Starbucks," kata Ajo Misra, ketua pegawai eksekutif dan pengarah urusan, Tata Global Beverages. "Kami berbangga dengan rasa nilai-nilai perniagaan kami yang bersama dan tumpuan kepada kualiti, dan kami sangat optimis mengenai peluang pertumbuhan yang berterusan di India."

Meraikan Kedai Starbucks ke-100 di India

Terletak di Victoria Mills (Kamala Mills), satu daripada hab komersial yang utama di Mumbai, kedai Tata Starbucks ke-100 mempunyai seni dinding kayu yang diukir yang menghormati warisan kopi India. Warna tanah dan bahan kayu semula jadi di kedai itu membangkitkan suasana hangat yang menjemput pelanggan untuk berehat dan berhubungan. Kedai itu adalah Starbucks pertama di India untuk menyajikan Starbucks® Nitro Cold Brew, kopi Bru Sejuk kecil yang direndam dengan kopi semalaman dan kemudian dicampurkan dengan nitrogen untuk rasa semulajadi yang manis dan rasa lembut seperti velvet di mulut. Beg bawa pulang di kedai ke-100 itu diperoleh daripada Srishti, satu inisiatif yang memberi peluang mata pencarian untuk golongan muda yang kurang upaya dari keluarga pekerja ladang.

Untuk memperingati pembukaan kedai mereka ke-100, Tata Starbucks memperkenalkan koleh seramik yang pertama di India Anda Berada Di Sini – Mumbai. Diilhamkan oleh mercu tanda tempatan yang unik seperti Gateway of India, Marine Drive, Worli Sea Link, Flora Fountain, Istana Taj Mahal dan menampilkan teksi Mumbai hitam dan kuning yang ikonik, reka bentuk yang merakamkan semangat metropolis kosmopolitan.

Dalam meraikan pembukaan kedai ke-100 dan ulang tahun pasaran lima tahun, Tata Starbucks juga memperkenalkan Golden Sparkle Frappuccino® Minuman Campuran di kesemua kedai di India dari 25 Oktober hingga 6 November. Golden Sparkle Frappuccino® adalah espreso yang dicampur dengan sos mocha yang diperkaya, yang dihiasi dengan krim putar dan ditabur dengan debu-debu emas gula-gula yang elegan. Untuk menghormati peristiwa penting itu, pada 28 Oktober mana-mana minuman yang bersaiz Pendek atau Tinggi boleh diperolehi dengan harga INR 100 ($1.50 USD) di semua kedai di seluruh India.

Starbucks memasuki India dengan membuka kedai pertamanya di Horniman Circle di Mumbai pada tahun 2012. Hari ini, kedai-kedai Starbucks terletak di enam bandar raya: Mumbai, Pune, Hyderabad, Chennai, Delhi dan Bangalore.

Maklumat mengenai Starbucks

Sejak tahun 1971, Starbucks Coffee Company telah komited untuk mensumberkan secara etika dan memanggang kopi arabica yang berkualiti tinggi. Pada hari ini, dengan memiliki kedai di seluruh pelusuk dunia, syarikat itu merupakan pemanggang dan peruncit kopi istimewa yang utama di dunia. Melalui komitmen kami yang tidak berbelah bahagi kepada kecemerlangan dan prinsip panduan kami, kami dapat menghidupkan Pengalaman Starbucks yang unik bagi setiap pelanggan menerusi setiap cawan. Untuk berkongsi pengalaman itu, sila kunjungi kami di kedai-kedai kami atau secara dalam talian di Starbucks.com dan melalui Starbucks Newsroom.

Maklumat mengenai Tata Starbucks Private Limited

Starbucks memasuki pasaran India pada Oktober 2012 melalui satu Usaha Sama 50/50 dengan Tata Global Beverages dan kini mengendalikan 100 kedai di India merentasi Mumbai, Delhi NCR, Hyderabad, Chennai, Bengaluru dan Pune, menerusi satu rangkaian yang terdiri daripada lebih 1,600 rakan yang penuh bersemangat (pekerja). Kedai-kedai Starbucks dikendalikan oleh usaha sama itu, TATA Starbucks Private Limited, dan dilabel sebagai Starbucks Coffee - "Sebuah Perikatan Tata."

Maklumat mengenai Tata Global Beverages

Tata Global Beverages adalah sebuah perniagaan minuman dunia dengan suatu kehadiran jenama di lebih 40 buah negara. Syarikat itu mempunyai kepentingan yang signifikan di dalam teh, kopi dan air dan merupakan syarikat teh kedua terbesar di dunia. Lebih 300 juta sajian bagi jenamanya diminum setiap hari di seluruh dunia. Perolehan tahunan bagi Tata Global Beverages adalah AS$1.2 bilion dan ia mempunyai sekitar 3,000 orang pekerja di seluruh dunia. Syarikat itu memberi tumpuan kepada minuman semula jadi dan mempunyai jenama minuman serantau dan global yang berinovatif, termasuk: Tata Tea, Tetley, air mineral semulajadi Himalayan, Tata Gluco+, teh Earth Good, Grand Coffee dan Eight O’clock Coffee. Untuk maklumat lanjut sila layari www.tataglobalbeverages.com.

Hubungi
Starbucks Coffee Company
Marianne Duong, +1-206-318-7100
press@starbucks.com

Sumber: Starbucks Coffee Company

Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20171024005885/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.