ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 07, 2024 -Selasa

 
  DASAR-DASAR YANG MENARIK, PERKHIDMATAN BERKUALITI MENINGKATKAN PELABURAN KE BANDAR RAYA DI TENGAH CHINA

Thursday 26/10/2017



AsiaNet 70739
 
JINGMEN, China, 26 Okt., 2017 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Untuk mendapatkan pelaburan dan menggalakkan penambahbaikan industri, kerajaan bagi Bandar Raya Jingmen di Wilayah Hubei di tengah China telah memperkenalkan beberapa siri dasar dan perkhidmatan sokongan di dalam pembangunan ekonomi bandar raya itu, dan memperolehi beberapa kejayaan.
 
Dari Januari hingga Ogos, bandar raya itu memperolehi 500 projek yang bernilai lebih 100 juta yuan, dengan jumlah volum pelaburan melebihi 200 bilion yuan. Jumlah perusahaan berskala besar juga telah mencapai 1,188. Kadar pertumbuhan bagi pelaburan aset tetap dan entiti pasaran memuncak di Hubei pada tahun 2016 dan separuh pertama 2017.
 
Disebabkan oleh pengangkutan yang kurang berkembang dan kekurangan sumber, pembangunan di bandar raya itu telah banyak bergantung kepada bahan kimia dan pertanian. Sepanjang dua tahun yang lalu, kerajaan bandar raya itu telah melakukan usaha yang konkrit untuk menyelaraskan prosedur bagi syarikat-syarikat yang menjalankan perniagaan di Jingmen, dan memberikan sokongan yang menggalakkan.
 
"Dasar-dasar baharu itu adalah sangat praktikal," kata Li Qiang, presiden bagi Kumpulan Pelaburan Inkubator Usahawan Hongxin.
 
Data rasmi menunjukkan bahawa bandar raya itu telah membatalkan 17 item-item yang dicaj sejak lepas tahun dan perusahaan telah menjimatkan kos sebanyak 2 bilion yuan.
 
Sebaliknya, kerajaan bandar raya itu juga telah menubuhkan pejabat untuk menawarkan perkhidmatan yang disasarkan bagi perniagaan baharu dan meningkatkan kecekapan pentadbiran. Melalui penubuhan penstandardan, kerajaan itu dapat membatalkan 39 proses kelulusan dan memendekkan waktu menunggu sebanyak 30 peratus. Sejumlah 340 item yang melibatkan 33 pejabat kerajaan telah disatukan untuk menawarkan pengalaman yang lebih mudah bagi syarikat-syarikat yang menubuhkan perniagaan baharu di bandar raya itu.
 
Sementara itu, pemimpin-pemimpin kerajaan telah berusaha "sedaya upaya" untuk mendapatkan pelaburan dan mereka bentuk perkhidmatan yang disesuaikan bagi setiap projek.
 
Pemimpin-pemimpin parti dan kerajaan di pelbagai peringkat semuanya bertanggungjawab terhadap industri tertentu dan telah menubuhkan sebuah pasukan khusus yang berusaha ke arah memperolehi pelaburan. Luo Shaohua, timbalan ketua setiausaha bagi kerajaan bandar raya itu, berkata pemimpin-pemimpin di peringkat bandar raya diwajibkan untuk mengadakan satu lawatan kerja sekurang-kurangnya sebulan sekali bagi menarik pelaburan, dan mereka masing-masing perlu memperkenalkan sekurang-kurangnya satu projek bernilai lebih 500 juta yuan dalam pelaburan pada setiap tahun.
 
Di samping itu, seorang "setiausaha" khas daripada kerajaan akan dilantik bagi setiap projek untuk memudahkan pelabur menyelesaikan masalah.
 
Menurut Xu Xiaohua dari kerajaan bandar raya itu, 129 projek utama di bandar raya itu kesemuanya telah dilantik dengan setiausaha khas yang mengikuti secara terperinci untuk menangani apa-apa isu yang tidak dijangka dan memastikan semuanya berjalan mengikut jadual.
 
"Perkhidmatan adalah kunci untuk menjaga syarikat-syarikat dan pelaburan," kata Lin Changzhou, Ketua Parti bagi Bandar Raya Zhongxiang di bawah pentadbiran Jingmen.
 
Zhongxiang telah memperkenalkan sebuah pakej sokongan kerajaan yang menyeluruh bagi semua syarikat yang datang, membantu mereka dengan permohonan, pembinaan, latihan, dan malahan perumahan bagi pekerja.
 
Dengan mengambil kira perkhidmatan yang teliti oleh kerajaan bandar raya itu, Huang Yuhong, pengurus besar bagi syarikat teknologi elektronik Hubei Youhong, mengambil keputusan untuk membuka kilang baharunya di Zhongxiang.
 
Kaedah berinovatif telah digunakan oleh kerajaan bandar raya itu untuk memperbaiki daya tarikan pelaburan mereka. Pakej yang menitik-beratkan aset itu adalah satu daripadanya.
 
Berdasarkan kepada platform pelaburan dan pembiayaan yang disokong oleh kerajaan, bandar raya itu telah memeterai kerjasama yang mendalam dengan gergasi-gergasi industri. Kerajaan itu memperolehi pinjaman jangka sederhana dan jangka panjang dari institusi-institusi kewangan untuk membina aset berat, supaya syarikat-syarikat yang masuk dapat membawa "aset ringan" mereka untuk memulakan pengeluaran dalam tempoh yang singkat.
 
Zhang Yitao, Datuk Bandar bagi Jingmen, berkata bangunan aset berat telah meningkatkan daya tarikan dan daya saing bagi bandar raya itu dalam memujuk syarikat-syarikat baharu untuk membuka industri mereka di sini.
 
Tahun lepas, bandar raya itu melaksanakan 62 projek aset berat, dengan bank meluluskan pinjaman sebanyak 18 bilion yuan, dan membina lebih 3 juta meter persegi kilang dan platform perkhidmatan awam.
 
Sebuah taman pembuatan peralatan seluas 10 kilometer persegi telah dibina oleh sebuah syarikat pelaburan yang disokong kerajaan untuk menawarkan pakej kilang dan peralatan yang disesuaikan untuk pelabur.
 
Syarikat pembuatan jentera Jinlin pada asalnya merancang untuk melabur 10 juta yuan untuk membeli tanah dan membina kilang. Berikutan projek aset berat itu, syarikat berkenaan telah menyewa kilang seluas 10,000 meter persegi dari kerajaan dan mula beroperasi dalam masa hanya 45 hari.
 
Dari tahun 2015, kerajaan bandar raya itu memutuskan untuk memberi tumpuan kepada pembangunan peralatan pembuatan, tenaga dan bahan baharu, pemprosesan mendalam pertanian, maklumat elektronik, penggunaan sumber yang boleh diperbaharui dan perlindungan alam sekitar.
 
Di samping memperkenalkan syarikat, kerajaan turut memberi lebih perhatian untuk membina sebuah industri yang merangkumi sebuah pelan keseluruhan, sebuah platform perkhidmatan awam, sebuah pasukan mendapatkan pelaburan profesional, sebuah syarikat pelaburan perindustrian dan sebuah dana.
 
Hasil usaha bertahun-tahun juga telah meningkatkan penilaian kerajaan bandar raya itu dan keupayaan penyelarasan secara keseluruhannya, yang menyelaraskan lagi prosedur mereka, meningkatkan kualiti pelaburan dan kecekapan kelulusan.
 
SUMBER: Kerajaan Perbandaran Jingmen
 
Pautan Lampiran Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=299347
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.