ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 06, 2024 -Isnin

 
  ​FUSIONEX MEMPEROLEH KONTRAK GIANT 2017 DENGAN BANK ASIA YANG TERKEMUKA

Thursday 26/10/2017



SINGAPURA, 26 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Fusionex, sebuah penyedia penyelesaian perisian terkemuka yang telah memenangi pelbagai anugerah, dan membuat pengkhususan di dalam Analitik Data Besar (BDA), Internet untuk Segala-galanya (IoT), Kecerdasan Buatan, dan Pembelajaran Mendalam, telah mendapat sebuah kontrak pelbagai tahun dengan sebuah bank terkemuka di Asia untuk menggunakan GIANT 2017, menyediakan kepintaran dan pemahaman penting mengenai perniagaan bagi pembuat keputusan utama untuk membuat pertimbangan dan keputusan yang bermaklumat.
 
Kontrak yang signifikan itu akan menyaksikan GIANT 2017 diperkenalkan bagi membantu mengembang dan meningkatkan visi pelanggan untuk menjadi sebuah pusat pembiayaan dan pusat perniagaan sehenti, membantu pelanggan memenuhi keperluan pembiayaan mereka dan menyokong pertumbuhan mereka menerusi khidmat nasihat perniagaan.
 
Dengan keupayaan untuk disambungkan dengan pelbagai jenis dan volum besar format dan sumber data, GIANT 2017 akan menyatukan maklumat pelanggan yang begitu berbeza dengan pantas. Ini juga memberikan pembuat keputusan dengan satu pandangan umum mengenai prestasi, kekuatan dan kelemahan bagi setiap cawangan bank, yang kesemuanya akan membantu mereka dengan perancangan dan strategi.
 
Maklumat penting seperti kedudukan kewangan pelanggan dari masa ke masa, pecahan pendapatan mereka berdasarkan kepada sumber pendapatan berasaskan yuran atau sumber pendapatan lain, pecahan perbelanjaan mereka, dan peratusan Pulangan Ekuiti dan Pulangan Aset boleh dipantau dengan mudah menggunakan GIANT 2017. Set data ini boleh dibandingkan merentasi seluruh cawangan dan dilihat sebagai satu garis masa bersejarah untuk menentukan arah aliran dan corak.
 
Pasukan pengurusan pelanggan juga dapat memanfaatkan data untuk melihat portfolio delinkuen pelanggan yang termasuk jumlah, penuaan, sektor industri utama, dan jenis pembiayaan bagi pinjaman delinkuen mereka. Berbekalkan dengan pemahaman yang lebih baik tentang jenis-jenis faktor yang boleh menyumbang kepada delinkuens pinjaman, pelanggan akan dimaklumkan dengan lebih baik apabila menyediakan pembiayaan pada masa akan datang.
 
Dengan sejumlah besar cawangan pelanggan yang tersebar merentasi lokasi geografi yang luas, GIANT 2017 dapat mempamerkan satu pandangan yang komprehensif mengenai butiran seperti kutipan cawangan mengikut bulan, pengumpulan dan kemerosotan pinjaman, demografi pelanggan, serta mengenal pasti pelanggan utama dengan amaun yang tertunggak.
 
Kemudahan berskala GIANT juga merupakan satu pertimbangan yang penting apabila pelanggan menginginkan penggunaan perisian yang dapat mengiringi pertumbuhan bank itu kerana ia meningkatkan jumlah pelanggan, cawangan, dan penawaran produk pada masa akan datang.
 
Ivan Teh, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Fusionex, mengulas: "Kejayaan ini tentunya selaras dengan pemecutan pesat bagi penggunaan BDA di dalam industri perkhidmatan kewangan. Pada senario masa kini mengenai penyebatian saiz data, pentingnya pengurusan data yang berhemat tidak boleh diabaikan. Kami menjangkakan satu peningkatan di dalam pengambilan keputusan yang mantap yang didasarkan kepada pandangan data yang mantap, yang mendorong pertumbuhan pelanggan yang terus menerus dalam menghadapi persaingan serantau dan global."
 
Hubungi
Pi PR Consultancy
Visithra Manikam, +603-7610 4402
visithra@pipr.com.my
 
Sumber: Fusionex
 
Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51702517&lang=en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.