ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 07, 2024 -Selasa

 
  GARIS PANDUAN DITETAPKAN UNTUK MARATON AQUALINE CHIBA 2018: "PERLUMBAAN BERPASUKAN," "APLIKASI RASMI" AKAN DIPERKENALKAN

Thursday 26/10/2017



AsiaNet 70725
 
CHIBA, Jepun, 26 Okt., 2017 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --
 
Jawatankuasa Perancangan Maraton Aqualine Chiba telah menetapkan mengenai garis panduan untuk menganjurkan Maraton Aqualine Chiba 2018 apabila ia mengadakan mesyuarat agung ke-10 mereka pada 25 Oktober.
 
Maraton Aqualine Chiba, yang direka untuk "berlari sepanjang tepian laut" melalui bahagian jambatan di Lebuhraya Aqualine Teluk Tokyo, akan diadakan pada musim luruh tahun hadapan buat pertama kalinya dalam tempoh dua tahun.
 
Foto daripada Maraton 2016
https://prw.kyodonews.jp/prwfile/release/M102229/201710257177/_prw_PI1fl_9fOWY3qV.jpg
 
https://prw.kyodonews.jp/prwfile/release/M102229/201710257177/_prw_PI2fl_NX4MWQcD.jpg
 
1. Garis panduan pertandingan
(1) Tarikh/ Masa: Ahad, 21 Oktober, 2018
Separuh maraton berkerusi roda akan bermula pada 9:55 pagi
Maraton, separuh maraton akan bermula pada 10:00 pagi
 
(2) Jenis acara/ bilangan peserta/ had masa/ yuran penyertaan
Jenis acara                     Bilangan peserta         Had masa                   Yuran
Maraton                         12,000                            6 jam                         JPY12,500
Separuh maraton          5,000 keseluruhannya* 3 jam 10 minit      JPY9,500
Separuh maraton
berkerusi roda               kira-kira 10 orang*       1 jam 5 minit           JPY9,500
 
*Gabungan kapasiti bagi dua acara separuh maraton adalah 5,000 (termasuk kira-kira 10 dalam separuh maraton berkerusi roda).
 
(3) Cara untuk memohon
Memohon secara dalam talian dalam tempoh bermula pada tengah hari pada Jumaat, 13 April, 2018, dan ditutup pada pukul 5 petang pada Selasa, 8 Mei, 2018.
 
2. Inisiatif baharu
(1) Memperkenalkan "perlumbaan berpasukan"
Maraton 2018 itu akan menggabungkan satu "perlumbaan berpasukan" bagi membolehkan keluarga dan rakan taulan untuk turut serta secara bersantai sebagai pasukan. Penyertaan secara berkumpulan, masing-masing terdiri daripada beberapa nama, akan diterima dan pasukan-pasukan itu akan bersaing dengan satu sama lain untuk catatan masa.
(Dijalankan dalam acara maraton sahaja)
 
(2) Membangunkan "Aplikasi Latihan Maraton Intensif CHI-BA+KUN" (nama sementara) Sebuah aplikasi khusus telefon pintar akan dibangunkan dengan menampilkan watak maskot Wilayah Chiba "CHI-BA+KUN." Selain sebuah menu yang membolehkan pelari untuk meneruskan latihan maraton dalam satu cara yang menyeronokkan, aplikasi itu dijadual akan dilengkapi dengan satu lagi menu lain yang menyediakan kepada mereka dengan maklumat berguna semasa larian percubaan yang sebenar di laluan itu (sebagai contoh tempat penyerahan air dan makanan, dan jarak yang telah diliputi dalam kilometer) melalui teknologi realiti berperantara (AR) dan suara.
 
3. Laman web rasmi maraton/ SNS
Laman web rasmi: http://chiba-aqualine-marathon.com/2018/en
Instagram rasmi: https://www.instagram.com/chibaaquarun/
LINE@ rasmi: https://line.me/R/ti/p/%40chibaaquarun
Laman Facebook rasmi: http://www.facebook.com/chibaaquarun/
 
SUMBER: Jawatankuasa Perancangan Maraton Aqualine Chiba
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.