ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 06, 2024 -Isnin

 
  DUA TOKOH INDUSTRI PUSAT DATA DILANTIK UNTUK MENGETUAI PANEL PENGHAKIMAN BAGI DATACLOUD ASIA 2018

Friday 27/10/2017



Kategori-kategori Anugerah Datacloud Asia 2018 akan Mempamerkan Perkhidmatan Pusat Data, Tenaga, Inovasi dan Terpenting

LONDON & SINGAPURA, 27 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Dua eksekutif pusat data yang dihormati telah dilantik untuk mengetuai panel penghakiman bagi anugerah Datacloud Asia 2018. Joshua Au, Ketua, Pusat Data A*Star menyertai sebagai Pengerusi dan Billy Lee Kok Chi, Penasihat dan bekas Pengerusi Pengasas bagi Persatuan Pusat Data Malaysia sebagai Naib Pengerusi.

Dengan panel Hakim yang dilanjutkan, Anugerah Datacloud Asia untuk 2018 bertujuan untuk menjadi relevan di peringkat global dan memberikan pengiktirafan kepada syarikat dan orang yang paling berinovatif di dalam sektor itu. Upacara penyerahan anugerah, yang termasuk makan malam gala, akan diadakan pada malam 22 Mac di Hotel Capella yang berprestij di Singapura.

"Saya amat berbesar hati untuk menerima jawatan pengerusi, dan tidak sabar-sabar untuk bekerjasama dengan panel hakim-hakim yang terhormat untuk memberi penghormatan kepada kecemerlangan dan inovasi yang ditunjukkan di dalam industri pusat data," kata Joshua Au, Pengerusi Anugerah Datacloud Asia 2018.

Naib Pengerusi Billy Lee menyuarakan sentimen yang sama, "Saya sangat gembira kerana terlibat di dalam satu daripada anugerah yang paling berprestij di dalam kalender anugerah IT Asia, yang dianggap setaraf dengan Oskar di dalam pusat data dan ruang awan. Terdapat peluang untuk belajar daripada pemimpin-pemimpin industri di Asia yang sedang membentuk ekonomi digital."

Pencalonan bagi anugerah itu ditutup pada 10 Februari 2018.

Dengan mengekalkan format yang disegarkan semula, Hakim-hakim akan menganugerahkan Anugerah-anugerah Pusat Data dan Kepimpinan Awan, dipilih daripada pencalonan yang dikemukakan oleh syarikat-syarikat dalam mana-mana kategori lain.

Semua kategori dibuka kepada kemudahan milik perusahaan atau pihak ketiga, menyediakan perkhidmatan awan, pakar-pakar tenaga dan orang perseorangan yang terlibat di dalam pusat data dan sektor awan.

Anugerah itu akan juga menyerlahkan Lokasi pusat data sebuah ruang yang sangat kompetitif di pasaran hari ini. Banyak agensi di seluruh Asia bersaing bukan sahaja di antara satu sama lain, tetapi juga di peringkat antarabangsa dan anugerah itu akan menandakan perbezaan industri.

Hakim-hakim itu juga ingin membawa perhatian khusus kepada penyedia perkhidmatan yang akan datang di dalam semua kategori industri.

Kategori-kategori Anugerah yang lengkap adalah:
Anugerah Kecemerlangan dalam Perkhidmatan Pusat Data Asia
Anugerah Kecemerlangan dalam Perkhidmatan Pusat Data Asia Tenggara
Anugerah Penyelesaian Terbaik Tenaga Pusat Data
Kecemerlangan dalam Tanggungjawab Sosial Korporat - Syarikat Terbaik Tahun Ini
Anugerah Pusat Data Terpenting
Anugerah Kecemerlangan dalam Kerangka dan Reka Bentuk IT Pusat Data
Anugerah Lokasi Pusat Data
Anugerah Penyedia Penyambungan Terbaik Tahun Ini
Program terbaik untuk latihan dan pembangunan profesional Pusat Data
Anugerah Kecemerlangan dalam Perkhidmatan Awan Asia
Anugerah Kecemerlangan dalam Perkhidmatan Awan Asia Tenggara
Anugerah Penerimaan Awan Perusahaan
Anugerah Pemasar Terbaik Tahun ini
Sumbangan Industri Individu – Anugerah Duta
 
Antara kategori anugerah yang lebih baharu adalah: Anugerah Penyelesaian Tenaga Terbaik untuk penggunaan sebuah inovasi tenaga disruptif; Anugerah Kecemerlangan dalam Penyambungan bagi kebolehpercayaan dan ketersediaan perkhidmatan yang tinggi yang disediakan oleh pembekal kabel, gentian gelap dan penyedia Tukaran Internet.
 
Hakim-hakim juga mengumumkan Sumbangan Industri Individu – Anugerah Duta yang akan mengiktiraf sebuah Duta Asia bagi Pusat Data dan Industri Awan untuk 2018-2019.

"Pusat-pusat data telah semakin matang," kata Philip Low, pengerusi bagi BroadGroup, "dan Anugerah Datacloud Asia, sebagai anugerah utama di dalam sektor itu, akan secara unik mencerminkan kepentingannya. Kecemerlangan akan menjadi panduan bagi Hakim-hakim untuk pencalonan tahun ini."
Syarikat-syarikat yang disenarai pendek mendapat pengiktirafan serta-merta, dan pemenang menjalin hubungan dengan satu rangkaian bakal-bakal pelanggan di seluruh dunia dan rakan-rakan mengekalkan kejayaan inovasi dan kecemerlangan perkhidmatan mereka.

www.broad-group.com www.data-economy.com

Hubungi
Bagi pihak BroadGroup
Julia Vockrodt, +44(0)7710942943 (telefon bimbit)
julia@vp-pr.com

Sumber: BroadGroup

Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:

http://www.businesswire.com/news/home/20171026006693/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.