ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 06, 2024 -Isnin

 
  PEMIMPIN DALAM INDUSTRI MINYAK DAN GAS MELABUR DI DALAM INOVASI SIMEN DAN KONKRIT YANG MAMPAN OLEH SOLIDIA TECHNOLOGIES

Monday 30/10/2017



Pelaburan akan membantu mengurangkan pelepasan gas rumah hijau dengan membawa teknologi ke pasaran
 
PISCATAWAY, N.J., 30 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Solidia Technologies® hari ini mengumumkan bahawa OGCI Climate Investments telah membuat satu pelaburan di dalam syarikat itu untuk menyokong penggunaan teknologi simen dan konkrit Solidia yang dipatenkan yang menggunakan CO2.
 
Inisiatif Iklim Minyak dan Gas (OGCI) itu adalah sebuah inisiatif yang diterajui oleh Ketua Pegawai Eksekutif dari 10 buah syarikat minyak dan gas yang bekerjasama dalam tindakan untuk menerajui tindak balas industri terhadap perubahan iklim. Pelaburan Iklim OGCI, cabang pelaburan mereka yang bernilai berbilion dolar, menyokong pembangunan, penggunaan dan peningkatan teknologi baharu itu yang akan mengurangkan dengan ketara pelepasan gas rumah hijau.
 
"Kami percaya bahawa produk dan proses oleh Solidia Technologies dapat memberikan satu perubahan langkah di dalam mengurangkan gas rumah hijau dan kehadiran air bagi industri simen dan konkrit," kata Ketua Pegawai Eksekutif OGCI Climate Investments, Dr. Pratima Rangarajan. "Kami komited untuk membantu mereka mengkomersilkan pada skala global bagi meningkatkan penggunaan teknologi kitar semula karbon mereka."
 
Teknologi Solidia bermula dengan Simen Solidia™ yang mampan dan mengawetkan Konkrit Solidia™ dengan CO2  dan bukannya air, sekali gus mengurangkan pelepasan karbon sehingga 70% dan mengitar semula 60% hingga 80% air yang digunakan di dalam pengeluaran. Mensasarkan pasaran konkrit yang bernilai AS$1 trilion dan simen yang bernilai AS$300 bilion, proses oleh Solidia menawarkan kepada pengeluar dengan kos penjimatan yang signifikan berdasarkan masa pengawetan yang lebih cepat, penggunaan tenaga dan bahan mentah yang lebih rendah, mengurangkan penjanaan sisa dan mengurangkan keperluan buruh.
 
"Membawa sebuah teknologi yang mampan ke pasaran adalah agak sukar tanpa sokongan daripada pelabur seperti OGCI Climate Investments," kata Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Solidia Tom Schuler. "Adalah mengagumkan bahawa pemimpin-pemimpin dalam minyak dan gas telah berkumpul untuk menangani perubahan iklim. Komitmen mereka bagi mengurangkan pelepasan gas rumah hijau melalui pembiayaan penyelesaian yang berinovatif akan mempercepatkan penggunaannya."
 
Pelabur Solidia termasuk  Kleiner Perkins Caufield & ByersBright CapitalBASFBPLafargeHolcimTotal Energy Ventures dan Bill Joy.
 
Ikuti Solidia di www.solidiatech.com dan di LinkedInYouTube dan Twitter: @SolidiaCO2.
 
Inisiatif Iklim Minyak dan Gas itu adalah sebuah inisiatif yang diterajui oleh Ketua Pegawai Eksekutif yang bertujuan untuk mempamerkan kepimpinan sektor sebagai tindak balas terhadap perubahan iklim. OGCI terdiri daripada 10 buah syarikat minyak dan gas yang bekerjasama dalam bertindak untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau. OGCI Climate Investments (OGCI CI) akan melabur $1 bilion dolar dalam tempoh 10 tahun untuk menyokong permulaan dan membantu membangunkan teknologi dengan potensi untuk mengurangkan dengan ketara pelepasan gas rumah hijau. Sila layari www.oilandgasclimateinitiative.com/.
 
Hubungi
YUI+Company
Ellen Yui
301-270-8571
ellenyui@yuico.com


Sumber: Solidia Technologies
 
Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20171027005175/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.