ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 06, 2024 -Isnin

 
  ​NTT COM AKAN MEMBINA KABEL DASAR LAUT OPTIK YANG MENYAMBUNGKAN JEPUN, AMERIKA SYARIKAT DAN FILIPINA DENGAN KAPASITI BESAR DAN KEPENDAMAN RENDAH

Monday 30/10/2017



Untuk bersesuaian dengan sistem penghantaran multipleks bahagian jarak gelombang optik 400Gbps sebagai kabel dasar laut terpantas di antara Jepun dan Amerika Syarikat.

TOKYO, 30 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- NTT Communications Corporation (NTT Com), penyelesaian ICT dan perniagaan komunikasi antarabangsa di dalam Kumpulan NTT (TOKYO: 9432), hari ini mengumumkan bahawa sebagai sebahagian daripada sebuah konsortium yang terdiri daripada SoftBank, Facebook, Amazon, PLDT dan PCCW Global, ia telah menandatangani satu perjanjian pada 27 Oktober untuk mengambil bahagian di dalam pembinaan dan penyelenggaraan kabel dasar laut optik berkependaman rendah dan berkapasiti besar JUPITER di antara Asia dan Amerika Syarikat.
 
Sistem kabel JUPITER itu akan mempunyai jarak berukuran 14,000km yang menghubungkan Jepun, Amerika Syarikat dan Filipina, dan sebuah kapasiti reka bentuk permulaan 60Tbps. Ia akan mempunyai dua tempat pendaratan di Jepun — Stesen Pendaratan Shima di Wilayah Mie dan Stesen Pendaratan Maruyama di Wilayah Chiba —serta sebuah stesen pendaratan Amerika Syarikat di Los Angeles, California dan Stesen Pendaratan Kabel Daet di Filipina.

Ekspres Kabel Dasar Laut Asia (ASE) NTT Com, Gerbang Asia Pasifik (APG) dan kabel Lintasan-1 Pasifik (PC-1) akan berhubung dengan JUPITER untuk menyediakan sebuah struktur tiga laluan yang lewah yang menghubungkan bandar raya utama di Asia, Jepun dan Amerika Syarikat dengan sebuah rangkaian antarabangsa yang selamat dan boleh dipercayai (Imej 1).

JUPITER akan mempunyai ciri-ciri sebuah ROADM (pemultipleks tambah-gugur optik yang boleh dikonfigurasi semula) boleh tenggelam yang serba canggih yang menggunakan WSS (suis terpilih jarak gelombang) untuk sebuah konfigurasi jalur lebar yang fleksibel dan tanpa grid. JUPITER dijangka dilancarkan pada awal tahun 2020 dengan kapasiti reka bentuk permulaan 60Tbps, yang akan diperluaskan kemudian untuk memenuhi permintaan data yang meningkat dan melengkapkan sistem kabel yang sedia ada.

Ciri-ciri
  • Sistem WDM 400Giga-bit-sesaat (Gbps) akan menjadi yang terpantas di antara Jepun dan Amerika Syarikat
    JUPITER akan menjadi sebuah sistem penghantaran multipleks bahagian jarak gelombang (WDM) 400Gbps yang menggunakan teknologi gentian dan reka bentuk terkini sebagai kabel terpantas di antara Jepun dan Amerika Syarikat. Ia mampu menghantar video enam jam berdefinisi tinggi (bersamaan dengan tiga buah filem) dalam masa satu saat.
     
  • Teknologi terkini untuk menukar laluan jarak jauh secara pantas dan fleksibel
    JUPITER akan menggunakan unit pencabang yang berfungsi dengan WSS ROADM untuk penukaran jarak jauh secara pantas dan fleksibel bagi laluan penghantaran. Laluan penghantaran akan cepat ditukarkan bagi memastikan kesinambungan perniagaan, termasuk sekiranya berlaku bencana alam atau masalah lain yang tidak dijangka di kawasan pantai Jepun.
     
  • Stesen pendaratan berkeselamatan tinggi di Semenanjung Boso, Wilayah Chiba, Jepun
    NTT Com akan membina Stesen Pendaratan Minamiboso keselamatan berbilang lapis yang baharu di Minamiboso, Wilayah Chiba yang akan menjadi lanjutan daripada Stesen Pendaratan Maruyama yang sedia ada dan berfungsi sebagai titik penamatan bagi JUPITER NTT Com. Stesen pendaratan kabel yang lain yang ditamatkan oleh sistem JUPITER adalah juga selamat. JUPITER akan juga menggunakan Stesen Pendaratan Shima yang sedia ada di Shima, Wilayah Mie    (Imej 2). NTT Com akan menyediakan penyambungan ke sistem kabel yang lain melalui stesen pendaratan Minamiboso dan Shima untuk memaksimumkan opsyen laluan penghantaran bagi menyokong pengembangan perniagaan global oleh pelanggan.

    Di samping itu, NTT Com akan menyambungkan Stesen Pendaratan Minamiboso dengan pusat data di Tokyo dan Stesen Pendaratan Shima dengan pusat data di Osaka, melalui gentian optik kehilangan rendah untuk memperbesarkan kapasiti penghantaran di Jepun. Selain itu, NTT Com akan terus menyelenggara secara langsung dan mengendalikan stesen pendaratannya di Minamiboso, Shima dan Los Angeles untuk memaksimumkan kualiti perkhidmatan di antara Jepun dan Amerika Syarikat.
 
Untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat bagi trafik, termasuk perkhidmatan internet, awan dan komunikasi tanpa wayar 5G yang bakal ditawarkan, NTT Com terus mengembangkan kapasiti kabelnya di Asia dan Trans-Pasifik, termasuk dengan menghubungkan beberapa sistem kabel ke pusat datanya sendiri dan meningkatkan kelewahan kabel, untuk menawarkan perkhidmatan rangkaian global yang sangat dipercayai. Pada masa yang sama, NTT Com akan terus menyokong inisiatif pengembangan perniagaan bagi pelanggan dengan menggabungkan perkhidmatan pusat data, awan dan rangkaiannya.
 
Gambaran Keseluruhan bagi Kabel Dasar Laut JUPITER
·  Jumlah kapasiti reka bentuk : 60 Tbps (permulaan)
·  Jumlah panjang kabel          : 14,000km
·  Titik pendaratan                  : Jepun (2 lokasi), Amerika Syarikat dan Filipina
·  Konsortium                 : NTT Com, SoftBank, PLDT, PCCW Global, Facebook dan Amazon
·  Pelancaran operasi               : Awal tahun 2020
      
      
      
      
      
 
Maklumat mengenai NTT Communications Corporation
NTT Communications menyediakan perkhidmatan perundingan, seni bina, keselamatan dan awan untuk mengoptimumkan persekitaran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi perusahaan. Penawaran ini disokong oleh infrastruktur syarikat itu di seluruh dunia, termasuk rangkaian IP peringkat-1 global yang terkemuka, rangkaian Arcstar Universal One™ VPN yang menjangkau ke lebih 190 buah negara/ wilayah, dan lebih 140 pusat data yang dijamin selamat di seluruh dunia. Penyelesaian NTT Communications memanfaatkan sumber global syarikat-syarikat Kumpulan NTT termasuk Dimension Data, NTT DOCOMO dan NTT DATA.
www.ntt.com | Twitter@NTT Com | Facebook@NTT Com | LinkedIn@NTT Com
 
Hubungi
Hubungan Media
NTT Communications
Yoshio Sato (Encik), Takahiko Shibata (Encik), Miho Kanzaki (Cik), +81 (0)3 6700 7549
Perkhidmatan Infrastruktur
gcable-nw@ntt.com


Sumber: NTT Communications Corporation
 
Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20171029005086/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.