ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 06, 2024 -Isnin

 
  TOSHIBA ELECTRONIC DEVICES & STORAGE CORPORATION LANCAR IC PEMACU BRUSHED MOTOR PELETAKAN PERMUKAAN BAHARU

Monday 30/10/2017



Menyokong pemacu bervoltan tinggi dan arus besar untuk pembersih vakum robot kegunaan di  rumah dan mesin pencetak.

TOKYO, 30 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation telah memperluaskan barisan pemacu brushed motor peletakan permukaan kecil mereka dengan penambahan "TB67H420FTG," yang menyokong pemacu bervoltan tinggi, arus besar untuk pembersih vakum robot kegunaan di rumah, mesin pencetak dan peralatan pejabat yang lain. Pengeluaran besar-besaran bermula hari ini.

Sebuah pemacu berkuasa tinggi adalah satu keperluan asas untuk motor yang digunakan di dalam mesin pencetak dan peralatan pejabat yang lain, terminal perbankan, pendispens tunai, dan peralatan rumah yang memerlukan pemanduan tork yang tinggi. Kerana skop penggunaan meningkat, begitu juga permintaan untuk pengecilan dan peranti yang menjimatkan ruang.

Merealisasikan pemacu brushed motor berkuasa tinggi yang memerlukan output bervoltan tinggi, yang mengenakan permintaan pada pemacu motor berkuasa tinggi, dan menyokong bagi arus sibuk, yang khusus untuk brushed motor. Litar gabungan, menggunakan komponen diskret (MOSFET) dengan ciri-ciri bervoltan tinggi dan rintangan rendah, adalah penyelesaian yang lazim. Namun, walaupun pendekatan ini merealisasikan pemacu berkuasa tinggi, ia meningkatkan kiraan komponen dan menghalang pengecilan motor.

TB67H420FTG menyokong pemacu[1] berkuasa tinggi yang terkemuka di dalam industri, dan menyumbang kepada penjimatan ruang dengan menggunakan pakej peletakan permukaan yang kecil. Ia juga boleh mengendalikan dua brushed motor (50V, 4.5A / 2 saluran), kerana ia menggabungkan sebuah mod dwi anjungan yang boleh mengawal setiap saluran secara berasingan di dalam unit output dalaman yang dipisahkan.

Selain daripada kemajuan ini, dan di samping pengesanan ralat yang terbina dalam yang penting untuk suhu berlebihan, arus berlebihan, dan sebagainya, pemacu baharu itu juga mengintegrasikan fungsi isyarat output pengesanan ralat yang sering diminta, yang membolehkan sebuah peranti luaran untuk menilai ralat yang tertentu.

Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation menempatkan TB67H420FTG sebagai kemegahannya bagi pemacu brushed motor DC generasi akan datang, disebabkan oleh keupayaannya di tahap tinggi dalam merealisasikan pemacu bervoltan tinggi dan arus besar, dan pelbagai aplikasi yang lebih luas sebagai hasil daripada mod dwi anjungan dan fungsi output isyarat pengesanan ralat.

Ciri-ciri Utama

1. Pemacu bervoltan tinggi dan arus besar
Sebuah pemacu bervoltan tinggi, arus besar dicapai dengan teknologi proses 130nm terkini Toshiba. Fungsi terbina dalam untuk menukar mod anjungan tunggal (pemacu arus ultra besar semasa 9.0 A) dan mod dwi anjungan (pemacu arus besar 4.5A / 2 saluran) membolehkan penggunaan di dalam pelbagai aplikasi.
 
2. Penjanaan haba yang lebih rendah
Penjanaan haba semasa pemanduan motor dikurangkan dengan rintangan ultra rendah (TB67H420FTG: 0.17Ω (mod anjungan tunggal), 0.33Ω (mod dwi anjungan) (atas + bawah: jenis)).
 
3. Pakej kecil
Pembungkusan di dalam pakej QFN radiasi haba yang kecil dan tinggi membolehkan pelanggan untuk permudahkan reka bentuk pelesapan haba bagi set dan modul. Ia juga merealisasikan penyelesaian yang berpatutan dari segi ruang dan kos.
 
4. Litar pengesanan ralat terbina dalam
Sebuah fungsi pengesanan terbuka beban motor kini digabungkan, sebagai tambahan kepada penutupan terma, perlindungan lebihan arus, dan di bawah penguncian voltan. Status ralat boleh dtandakan kepada peranti luaran dengan fungsi tanda ralat, mengukuhkan kawal guna keselamatan.
 
Spesifikasi Utama
 
Nama produk
 
 TB67H420FTG
 
Kawalan I/F
 
 Input selari
 
Penarafan maksimum mutlak 50V, 9A atau 50V, 4.5A / 2 saluran

Pakej
 
 
QFN48
 
Mod pemacu Putaran ke depan (CW), Putaran balikan (CCW), Brek (Brek Pendek), dan Berhenti (OFF)
Ciri-ciri lain 
Fungsi pensuisan (Mod anjungan tunggal/ Mod dwi anjungan)
Pengehad arus (Arus malar kawalan PWM)
Fungsi pengesanan ralat (penutupan terma, perlindungan arus berlebihan, penguncian voltan rendah, dan pengesanan terbuka beban motor)
Fungsi output isyarat pengesanan ralat
Menyokong urutan pasang kuasa oleh pemacu kuasa tunggal
 

Pengeluaran besar-besaran
 Sekarang
 

Nota:
[1]: Setakat 30 Oktober, 2017, kaji selidik Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation.

Untuk maklumat tambahan mengenai produk baharu itu, sila layari:
https://toshiba.semicon-storage.com/info/lookup.jsp?pid=TB67H420FTG®ion=apc&lang=en
 
Pertanyaan Pelanggan:
Jabatan Jualan IC Isyarat Bercampur dan Pemasaran
Tel: +81-44-548-2821
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html

*Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

Maklumat mengenai Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation menggabungkan kecergasan sebuah syarikat baharu dengan kebijaksanaan pengalaman. Sejak dijual dari Toshiba Corporation untuk menjadi sebuah syarikat baharu pada Julai 2017, kami telah mengambil tempat kami di kalangan syarikat peranti utama yang terkemuka, dan menawarkan penyelesaian yang cemerlang kepada pelanggan dan rakan perniagaan kami di dalam semikonduktor diskret, sistem LSI dan HDD.

Seramai 19,000 orang pekerja kami di seluruh dunia berkongsi satu kesungguhan untuk memaksimumkan nilai produk kami, dan memberi penekanan kepada kerjasama erat dengan pelanggan bagi menggalakkan penciptaan bersama nilai dan pasaran baharu. Kami berharap dapat membina di atas jualan tahunan yang kini melebihi 700 bilion yen (AS$6 bilion) dan untuk menyumbang kepada masa hadapan yang lebih baik untuk orang ramai di mana jua.
Perolehi maklumat lanjut mengenai kami di https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/company.html

Galeri Foto/Multimedia Boleh Diperolehi di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51707082&lang=en

Hubungi
Pertanyaan Media:
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Chiaki Nagasawa, +81-3-3457-4963
Jabatan Pemasaran Digital
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp


Sumber: Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
 
Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20171029005094/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.