ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 07, 2024 -Selasa

 
  SEORANG UTUSAN KHAS KEMANUSIAAN YANG BAHARU UNTUK MENYOKONG PELARIAN DI SELURUH DUNIA

Tuesday 31/10/2017



TBHF telah memberikan lebih 647,000 penerima di 10 buah negara dengan bantuan kesihatan, pendidikan dan kecemasan

SHARJAH, Emiriah Arab Bersatu, 31 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Dalam satu langkah penting untuk meningkatkan operasi bantuan yang berterusan untuk menyelamatkan nyawa mereka, Yayasan The Big Heart (TBHF), satu daripada organisasi kemanusiaan yang terkemuka di dunia yang berpusat di Emiriah Arab Bersatu (UAE), telah melantik Sheikh Sultan bin Ahmed Al Qasimi, Pengerusi bagi Majlis Media Sharjah, sebagai Utusan Khas Kemanusiaan mereka.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: http://www.businesswire.com/news/home/20171029005045/en/

Sejak penubuhannya buat kali pertama sebagai sebuah kempen pengumpulan dana pada tahun 2013, dan kemudian berubah menjadi sebuah yayasan kemanusiaan sepenuhnya pada tahun 2015, TBHF telah melaksanakan perubahan positif di dalam kehidupan bagi lebih  600,000 orang pelarian dan mereka yang memerlukan bantuan, terutamanya wanita dan kanak-kanak yang melarikan diri dari kawasan-kawasan yang terjejas oleh peperangan dan krisis di negara-negara, antara lain, termasuk Palestin, Lubnan, Syria, Iraq, Jordan, Turki, Mesir, dan Indonesia.

Berpangkalan di emiriah ketiga terbesar di UAE, Sharjah, dan dipengerusikan oleh Yang Mulia Sheikha Jawaher bint Mohammed Al Qasimi, isteri kepada Yang Mulia Raja Sharjah, TBHF membuat pengumuman itu sebagai mengiktiraf usaha luar biasa Sheikh Sultan bin Ahmed Al Qasimi dalam bidang amal merentasi UAE dan rantau MENA.

Sebagai Utusan Khas Kemanusiaan TBHF, Sheikh Sultan bin Ahmed Al Qasimi akan menyumbang untuk menggerakkan sokongan komuniti di peringkat rantau dan antarabangsa, untuk menyokong pelarian dan orang kurang bernasib baik di seluruh dunia, dan akan menyokong TBHF dengan membina perkongsian kemanusiaan yang lebih mantap di UAE, wilayah GCC dan seterusnya.

Pelantikan itu mengukuhkan peranan utama Sharjah di dalam komuniti antarabangsa dalam memacu dan menyokong kempen kemanusiaan di seluruh dunia.

TBHF juga memainkan satu peranan utama dalam memudahkan peningkatan kerjasama dengan badan-badan kerajaan tempatan dan serantau, organisasi kemanusiaan antarabangsa dan agensi-agensi PBB. TBHF dan rakan-rakannya beroperasi di pelbagai negara dan rupa bumi – dari bandar raya utama sehinggakan ke kampung-kampung terpencil – dan menyesuaikan program mereka untuk seiring dengan realiti yang berbeza dari zon-zon konflik individu.

Untuk membantu TBHF memaksimumkan jangkauan mereka kepada golongan yang memerlukan bantuan kemanusiaan yang mendesak, sila layari laman sumbangan mereka: http://tbhf.ae/donate-bigheart/

Lihat versi sumber di businesswire.com: http://www.businesswire.com/news/home/20171029005045/en/

Hubungi
National Network Communications (NNC)
Fadia Daouk, Mob: +971 52 617 2111


Sumber: Sharjah
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.