FAIRFAX, Va., 31 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Stevie® Awards telah membuka penyertaan untuk
Anugerah Stevie Asia Pasifik 2018 (tahunan ke-5), satu-satunya program anugerah perniagaan untuk mengiktiraf inovasi dalam perniagaan di seluruh rantau Asia Pasifik.
Foto yang mengiringi pengumuman ini boleh didapati di
http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/98e35cf3-9483-4159-b7d6-39b2048b3ccbTarikh tutup penyertaan awal ialah 29 November. Tarikh tutup penyertaan akhir ialah 7 Februari 2018, tetapi penyertaan lewat akan diterima sehingga 14 Mac dengan dikenakan yuran lewat. Butiran penyertaan penuh boleh didapati di
http://Asia.StevieAwards.com.
Anugerah Stevie Asia Pasifik terbuka untuk semua organisasi di 22 buah negara di rantau Asia Pasifik: Besar atau kecil, untung atau bukan untung, awam atau swasta. Fokus anugerah tersebut ialah untuk mengiktiraf semua bentuk inovasi di mana sahaja ia dicapai di tempat kerja. Penyertaan diterima dalam tujuh bahasa.
Anugerah Laporan Tahunan & Anugerah Penerbitan Lain
Anugerah Perkhidmatan PelangganAnugerah Syarikat/OrganisasiAnugerah Sumber ManusiaAnugerah Teknologi MaklumatAnugerah PengurusanAnugerah PemasaranAnugerah Produk BaruAnugerah Komunikasi Korporat, Perhubungan Pelabur & Perhubungan AwamAnugerah Laman Web dan Anugerah Telefon Pintar dan Aplikasi Tablet
…dan banyak lagi
Kategori anugerah baharu yang diperkenalkan untuk tahun 2018 termasuklan Anugerah untuk Pengurusan Inovatif dalam Kerajaan, Anugerah untuk Pengurusan Inovatif dalam Organisasi Bukan Untung atau NGO dan Anugerah untuk Pengurusan Inovatif dalam Perusahaan Awam.
Pemenang Anugerah Stevie Asia Pasifik akan diumumkan pada 18 April. Pemenang akan diraikan dan diberikan anugerah ketika bankuet gala pada 1 Jun di Hong Kong.
Para profesional dari seluruh rantau akan menyertai proses penghakiman untuk menentukan pemenang anugerah.
Beberapa organisasi paling inovatif di rantau Asia Pasifik yang telah memenangi Anugerah Stevie Asia Pasifik sepanjang empat tahun lepas termasuklah ABS-CBN Corporation, Pusat Penyelidikan Kesihatan Bangkok, Delta Air Lines, Freelancer.com, GE Indonesia, Globe Telecom, Lembaga Pelancongan Hong Kong, Huawei, Maras Group, MetLife Asia Ltd., MSLGROUP China, Ooredoo, PT Petrokimia Gresik, Samsung, Kerajaan Metropolitan Seoul, Singapore Power, Sony, Telkom Indonesia, Xiaomi dan banyak lagi.
Perihal Anugerah StevieAnugerah Stevie dianugerahkan dalam tujuh program: Anugerah Stevie Asia Pasifik, Anugerah Stevie Jerman, Anugerah Perniagaan Amerika, Anugerah Perniagaan Antarabangsa, Anugerah Stevie untuk Wanita dalam Perniagaan, Anugerah Stevie untuh Majikan Hebat, Anugerah Stevie untuk Jualan & Khidmat Pelanggan. Persaingan Anugerah Stevie menerima lebih daripada 10,000 penyertaan setiap tahun daripada organisasi di lebih daripada 60 buah negara. Anugerah Stevie mengiktiraf prestasi cemerlang di tempat kerja di seluruh dunia. Ketahui dengan lebih lanjut tentang Anugerah Stevie di
www.StevieAwards.com.
Hubungan: Clara Im
Clara@stevieawards.com
+82-2-3443-8389
SUMBER : The Stevie Awards
--BERNAMA