ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 13, 2024 -Isnin

 
  PMC GROUP INTERNATIONAL MENGUMUMKAN PENGAMBILALIHAN SYARIKAT FARMASEUTIKAL DI INDIA

Wednesday 01/11/2017



MOUNT LAUREL, N.J., 1 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- PMC YM-Pharma Private Ltd., sebuah anak syarikat milik PMC Group International, sebuah cabang bebas bagi PMC Group Inc., mengumumkan pengambilalihan aset Yegna Manojavam Drugs and Chemicals Ltd (YMDCL) di Hyderabad, India. Kemudahan pembuatan cGMP bagi YMDCL adalah merupakan satu daripada pengeluar ubat fluoroquinolone terbesar di India dan merasa bangga terhadap sistem pengurusan efluen pelepasan sifar mereka. Dengan tumpuan tambahan yang direka untuk memenuhi keperluan farmaseutikal Onkologi, Neuropsikiatri, Gastrousus, Tekanan Darah Tinggi Pulmonari, Anti-Depresan dan Anti-Migrain, PMC YM-Pharma Private Ltd merancang untuk menjadi sebuah pemain pasaran utama dalam menyediakan ubat generik yang menjimatkan kos dan perantaraan ubat ke pasaran global.

"Pengambilalihan ini memulakan perjalanan kami ke arah membina sebuah perniagaan farmaseutikal bertaraf global," kata Dr. Raj Chakrabarti, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Strategi bagi PMC Group International.

Maklumat mengenai PMC

PMC Group adalah sebuah syarikat berorientasi pertumbuhan, kepelbagaian, kimia global dan plastik yang berdedikasi kepada penyelesaian yang berinovatif kepada keperluan sehari-hari di dalam pasaran akhir yang luas termasuk plastik, produk pengguna, elektronik, cat, pembungkusan, penjagaan peribadi, makanan, automotif dan farmaseutikal. Syarikat itu dibina di atas sebuah model pertumbuhan yang mampan melalui inovasi dan pada masa yang sama mempromosikan kebaikan sosial. PMC menjalankan operasi dari sebuah platform pembuatan, inovasi dan pemasaran global dengan mempunyai kemudahan di Amerika, Eropah dan Asia. Maklumat lanjut mengenai PMC dan aktiviti mereka di seluruh dunia boleh diperolehi di www.pmc-group.com.

Hubungi

PMC Group International
Patti Griggs, 856-533-1870

Sumber: PMC Group International

Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20171101005498/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.