ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 12, 2024 -Ahad

 
  DAYA SAING GUANGZHOU MENDAPAT BEGITU BANYAK PERHATIAN PADA "HARI BANDAR RAYA SEDUNIA" 2017

Thursday 02/11/2017



AsiaNet 70830

GUANGZHOU, China, 1 Nov., 2017 /Xinhua-AsiaNet/--

Pada 31 Oktober, dengan bertemakan "Tadbir Urus Berinovatif, Bandar Raya Terbuka", aktiviti-aktiviti Hari Bandar Raya Sedunia 2017 telah dianjurkan di Guangzhou, China.

Sejak Disember 2013, China telah mempromosikan Hari Bandar Raya Sedunia sebagai Hari Antarabangsa yang pertama dengan sebuah tema bandar raya. Ia bertujuan meningkatkan perhatian komuniti antarabangsa terhadap urbanisasi global, untuk memudahkan pembangunan mampan, untuk meningkatkan kerjasama antarabangsa yang berkaitan, dan untuk membina bandar raya hijau, sesuai didiami, mudah, harmoni.

Sebagai satu daripada aktiviti utama bagi Hari Bandar Raya Sedunia, Forum Daya Saing Bandar Raya Sedunia diadakan buat pertama kali pada 30 Oktober, dan Laporan Daya Saing Bandar Global 2017-2018 telah dikeluarkan. Laporan itu dilaksanakan oleh Akademi Sains Sosial China (CASS), PBB-Habitat dan ramai pakar daya saing bandar global. Dengan sistem indeks bagi daya saing ekonomi bandar dan daya saing mampan, lebih 1,000 bandar raya telah diukur dan disenaraikan. Di China, 9 bandar raya menyertai senarai 100 bandar raya mampan bersaing yang teratas manakala 21 bandar raya memasuki senarai 100 bandar raya bersaing ekonomi teratas.

Profesor Ni Pengfei, Pengarah bagi Pusat untuk Bandar Raya dan Daya Saing, CASS, ketua ekonomi bandar raya bagi kumpulan projek bersama CASS-PBB-HABITAT, mendakwa bahawa bandar raya di China, yang diwakili oleh Guangzhou mempunyai kedudukan yang luar biasa. Sebagai perintis kepada pembaharuan dan pembukaan China, bandar raya pusat kebangsaan dan satu daripada bandar raya yang paling sesuai untuk didiami, "Bandar Raya Bunga", Guangzhou telah kali pertama memasuki senarai 20 bandar raya berdaya saing ekonomi teratas, dengan menduduki tempat ke-15.

Penunjuk ekonomi bandar raya China melonjak dengan peningkatan dalam keterbukaan China. Hubungan di antara China dan negara-negara lain menjadi semakin dekat. Dengan pertumbuhan ekonomi, Guangzhou mempunyai status utama di China, bahkan di seluruh dunia. Ini menentukan bahawa pembangunan mampan boleh dicapai di Guangzhou, kata Profesor Li.

Wang Menghui, Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar-Luar Bandar bagi Republik Rakyat China, mendakwa bahawa sejak pembaharuan dan pembukaan diterima pakai pada tahun 1978, China telah membuat kemajuan dari segi urbanisasi dengan skala yang terbesar dan kelajuan terpantas di dunia. Bilangan bandar raya berkembang dari 193 kepada 657. Sementara itu, infrastruktur bandar raya, perkhidmatan awam dan kekuatan sintesis bandar raya telah diperbaiki. Pada masa ini, satu platform inklusif yang besar bagi memperbaiki keterbukaan dan meningkatkan komunikasi di antara China dan negara-negara lain disediakan berikutan pembinaan Belt and Road. Adalah diharapkan agar semua pihak di dalam komuniti antarabangsa boleh bekerjasama di antara satu sama lain agar mempunyai masa hadapan yang cerah.

Joan Clos, Penolong Setiausaha Agung PBB dan Pengarah Eksekutif PBB-Habitat, memuji pencapaian besar yang dilakukan oleh China berkenaan dengan pembandaran. Beliau menganggap bahawa pengalaman China menunjukkan bahawa pembandaran yang terancang boleh merancakkan pembangunan ekonomi, terutamanya kepada pembandaran, China menyediakan langkah-langkah yang berinovatif, yang mempunyai nilai yang besar sebagai rujukan.

Sebagai tuan rumah bagi Hari Bandar Raya Sedunia 2017, Guangzhou melaksanakan dasar yang berorientasikan manusia dan membuat pembaharuan kepada pola tadbir urus bandar raya. Dasar Guangzhou bagi "ketua-ketua sungai" dan sepuluh fakta kehidupan bergema dengan pakar-pakar dari pelbagai negara di dalam forum itu.

Wen Guohui, Datuk Bandar Guangzhou, mendakwa bahawa Guangzhou melaksanakan dengan teliti dasar "Merancang Terlebih Dahulu" untuk menjadi sebuah bandar raya yang bersih, selamat dan tersusun.

"Saya telah melihat banyak perkara yang mengagumkan di Guangzhou." Arturo Lorenzoni, Timbalan Datuk Bandar bagi Padua, Itali, berkata bahawa kedua-dua Padua dan Guangzhou mempunyai sejarah yang panjang dan latar belakang yang serupa. Oleh itu, pengalaman Guangzhou mengenai pentadbiran bandar raya boleh memberi inspirasi kepada beliau.

Aktiviti-aktiviti pada Hari Bandar Raya Sedunia 2017 telah dianjurkan oleh PBB-Habitat dan Kerajaan Rakyat bagi Wilayah Guangdong dan dilaksanakan oleh Kerajaan Perbandaran Guangzhou. Lebih 380 orang tetamu, termasuk pegawai-pegawai, datuk bandar, profesor dan cendekiawan dari lebih 40 buah negara menghadiri aktiviti tersebut.
 
Sumber: Kerajaan Perbandaran Guangzhou
 
Pautan Lampiran Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=299773
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.