ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 11, 2024 -Sabtu

 
  DAIWA HOUSE MEMUKTAMADKAN PELAN RANGKA DMLP FASA I --2, KEMUDAHAN LOGISTIK BERBILANG PENYEWAAN BERSKALA BESAR DI INDONESIA

Thursday 02/11/2017



AsiaNet 70774

OSAKA, Jepun, 31 Okt., 2017 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --

Sebuah pelan rangka telah dimuktamadkan untuk PT Daiwa Manunggal Logistik Properti, satu usaha sama di antara Daiwa House Industry Co., Ltd., dan PT Bekasi Fajar Industrial Estate Tbk. (BEST), yang terlibat dalam pembangunan dan infrastruktur bagi taman perindustrian di Indonesia. Sejajar dengan ini, kerja telah dimulakan pada DMLP Fasa I -- 2, sebuah kemudahan logistik berbilang penyewaan berskala besar, di Bekasi, Jawa Barat, Indonesia, pada 2 Oktober 2017.

Imej:
https://prw.kyodonews.jp/prwfile/release/M000427/201710317370/
_prw_PI1fl_1vaO8AY6.jpg


Daiwa House Industry telah mengambil bahagian di dalam perancangan Taman Perindustrian MM2100, sebuah perniagaan taman perindustrian yang dibangunkan oleh BEST di Bekasi pada Februari 2013. Syarikat itu bermula untuk membangunkan kawasan tersebut sebagai Taman Perindustrian Daiwa Manunggal MM2100 (dengan jumlah kawasan pembangunan kira-kira 1,450 hektar (*1)). Ia juga mengurus pembangunan DMLP Fasa I -- 1, kemudahan logistik pelbagai penyewaan yang pertama di Indonesia. Kemudahan logistik (*2) itu dilengkapi dengan keupayaan penyejuk beku dan penyejukan bagi rantaian penyejukan (*3) ruang sewaan penyimpanan dan kilang, yang terhad di Indonesia. Pada kesempatan ini, syarikat itu mula bekerja di DMLP Fasa I -- 2, iaitu peringkat kedua bagi kemudahan logistik pelbagai penyewaan di Indonesia, pada 2 Oktober 2017.

Pada masa akan datang, Daiwa House Industry akan menggabungkan sumber pengurusan yang dimiliki oleh kumpulan itu, termasuk pengetahuan mereka tentang pengukuran bangunan, reka bentuk dan pembinaan serta pengurusan bangunan dan pentadbiran. Ia sedang berusaha untuk menarik perniagaan dari Jepun dan dari seluruh dunia yang sedang mempertimbangkan kemudahan logistik di luar negara, dan merancang untuk mengembangkan pembangunan kemudahan logistik bagi memenuhi keperluan pelanggan.

(*1) Termasuk tapak yang dirancang.
(*2) Syarikat itu menarik Kawanishi Warehouse Co., Ltd. ke taman perindustrian itu, menjalankan reka bentuk dan pembinaan, dan menyerahkannya pada September 2017.
(*3) Untuk mengangkut makanan segar, sejuk beku atau lain-lain dari sebuah kawasan pengeluaran ke sebuah kawasan penggunaan pada suhu yang dikekalkan rendah secara konsisten.

Perkara utama
1. Pembangunan sebuah kemudahan logistik di Indonesia, di mana permintaan untuk pengedaran produk sedang meningkat
2. Pembangunan sebuah kemudahan logistik pelbagai penyewaan yang mampu menampung sehingga lapan penyewa

Untuk butiran lanjut, sila layari
https://prw.kyodonews.jp/prwfile/release/M000427/201710317370/
_prw_PR1fl_5Xi1h93W.pdf

 
SUMBER: Daiwa House Industry Co., Ltd. 

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.