ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 12, 2024 -Ahad

 
  ​HITACHI KOKI UMUM PERUBAHAN NAMA JENAMA KEPADA "HIKOKI"

Monday 06/11/2017



AsiaNet 70802

TOKYO, 1 Nov., 2017 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --

-Penjenamaan Semula Mencerminkan Komitmen Syarikat untuk Pengembangan Lebih Luas sebagai Jenama Global-

Hitachi Koki Co., Ltd. (http://www.hitachi-koki.com/), sebuah pengeluar terkemuka bagi peranti kuasa dan peralatan sains hayat, mengumumkan pada 1 November bahawa syarikat itu akan menukarkan nama korporat mereka kepada Koki Holdings Co., Ltd., berkuatkuasa pada 1 Jun, 2018, dan akan menjenamakan semula rangkaian lengkap peranti kuasa mereka sebagai HITACHI dan/ atau Hitachi Koki di bawah nama baru HiKOKI (*) (disebut "hai-koh-key"), berkuatkuasa 1 Oktober 2018. Perubahan nama itu adalah sejajar dengan strategi pertumbuhan mereka yang bercita-cita tinggi di peringkat antarabangsa, yang bertujuan memastikan pertumbuhan yang mampan dan pada masa yang sama mengembangkan perniagaan di hampir 100 buah negara di dalam rangkaian global Hitachi Koki.

Teknologi termaju Hitachi Koki yang bertaraf dunia telah menghasilkan produk yang berinovatif dan boleh dipercayai sepanjang sejarahnya yang terkenal selama 70 tahun, yang berfungsi sebagai asas bagi perkongsian baharu mereka dengan KKR, satu daripada kumpulan ekuiti persendirian yang terkenal di dunia. Melalui perkongsian baharu itu, Koki Holdings menyelaraskan operasi dan mempercepatkan pelaburan di dalam pembangunan dan pengambilalihan organik untuk meningkatkan perniagaan global mereka sebagai sebuah pengeluar terkemuka dunia.

Serentak dengan usaha penjenamaan semula itu, syarikat berkenaan sedang menubuhkan sebuah anak syarikat sebagai ibu pejabat mereka di Eropah yang dipanggil Koki Holdings Europe GmbH di pinggir Dusseldorf, Jerman, untuk mencerminkan kepentingan strategik pasaran Eropah. Anak syarikat itu akan memulakan operasi pada November 2017, dan akan bertindak menjalankan aktiviti syarikat induk di Eropah, agar lebih dekat dengan pelanggan mereka bagi memudahkan proses membuat keputusan supaya lebih cepat dalam menguruskan keperluan mereka.

"Kami telah menyampaikan inovasi yang memenangi anugerah di dalam bidang pembuatan dengan prestasi perniagaan yang mantap selama lebih 70 tahun, dan kini adalah masa bagi kami untuk memberi tumpuan kepada pengembangan sebagai sebuah syarikat yang benar-benar bertaraf global dan pada masa yang sama mengekalkan ciri-ciri tradisi Jepun kami," kata Osami Maehara, Presiden, Hitachi Koki. "Kami komited sepenuhnya untuk mempercepatkan pertumbuhan bersama-sama sebuah rakan baharu yang dinamik di dalam KKR ketika kami meneruskan matlamat kami untuk menjadi sebuah pemimpin dunia di dalam peranti kuasa dan instrumen sains hayat. Kami telah menetapkan satu sasaran jualan yang agresif sebanyak AS$2.7 bilion dalam tahun fiskal 2020. Kami yakin bahawa kami boleh membawa perniagaan kami ke peringkat seterusnya dengan sokongan kesemua pekerja dan rakan kongsi kami di seluruh dunia, dan pembaharuan nama jenama itu adalah langkah pertama dalam memungkinkan perkara itu. Kami tidak sabar-sabar untuk terus membina sebuah jenama yang melebihi jangkaan pelanggan yang pandai menilai di seluruh dunia."

Jenama HiKOKI itu telah diwujudkan untuk merangkumi tiga teras kecekapan syarikat, termasuk teknologinya yang berinovatif yang meningkatkan produk dengan prestasi unggul, kebolehpercayaan terhadap produk dan perkhidmatannya yang disokong oleh sejarah syarikat selama 70 tahun, dan potensi bagi pertumbuhan perniagaan baharu yang diwakili melalui perkongsian baharu dengan KKR. Untuk memudahkan sebutan, nama bagi jenama baharu itu menggunakan huruf kecil "i" dalam suku kata pertamanya, dan termasuk angka "1" yang tersirat untuk menyatakan komitmen syarikat itu untuk menyediakan kepada pelanggan dengan produk "Nombor 1" di pasaran, dan matlamatnya untuk mencapai status "Nombor 1" di dunia.
 
Nama baharu korporat, Koki Holdings Co., Ltd., direka untuk mengekalkan kesinambungan dengan namanya sekarang, dan juga mencerminkan pelbagai jenama itu yang merangkumi ke seluruh dunia, dan mempercepatkan pelaburan dalam pengambilalihan untuk mengembangkan perniagaan global mereka.

(*) Tiada perubahan akan dibuat kepada jenama berikut dalam pasaran masing-masing: metabo, SANKYO, Tanaka, CARAT, HIT-MIN, himac.

Klik pautan di bawah untuk melihat carta secara sepintas lalu mengenai perubahan nama dan logo.
https://hkstrategies.egnyte.com/dl/7NLEe6UEfU
  
SUMBER: Hitachi Koki Co., Ltd.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.