ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  MAJLIS PEMETERAIAN KERJASAMA MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) DAN SURAT HASRAT (LOI) AKADEMI SENI BUDAYA DAN WARISAN KEBANGSAAN (ASWARA)

Thursday 09/11/2017


Duduk dari kiri; Encik Amir Hamzah Hashim (ANIMAS), YBhg. Dato' Jurey Mohd Latiff (CCIG), YBhg. Prof. Dato' Ir. Dr. Mohd Rizon Juhari (ASWARA), YBrs. Prof. Dr. Abdul Razak Ibrahim (KUPTM), dan YBhg. Dato' Mohd Aizuddin Mohd Ghazali (Airish London), Berdiri dari kiri: YBhg. Dato' Yean Yoke Heng Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, YB Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, YB Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, YBhg. Datuk Rashidi Hasbullah Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dan YBrs. Puan Nor Yahati Awang Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia



KUALA LUMPUR, 9 Nov (Bernama) -- Memorandum Persefahaman (MoU) dan Surat Hasrat (LoI) antara Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dan Creative Content Industry Guild Malaysia (CCIG), Persatuan Animasi Malaysia (ANIMAS), Kolej Universiti Poly-Tech MARA (KUPTM) dan Airish London mengenai jalinan kerjasama strategik menerusi pengembangan pendidikan, pengajaran, penyelidikan, aktiviti-aktiviti kesenian, pembangunan keusahawanan pelajar bersama telah dimeterai pada 26 Oktober 2017 (Khamis) di Eksperimen Teater (ET), ASWARA. 

Pada majlis ini, ASWARA diwakili oleh YBhg. Prof. Dato’ Ir. Dr. Mohd. Rizon Juhari, Rektor ASWARA manakala dari pihak CCIG diwakili oleh YBhg. Dato’ Jurey Mohd Latiff Rosli, YBhg. Dato’ Mohd Aizuddin Mohd Ghazali, Presiden Airish London, dari KUPTM, YBrs. Prof. Dr. Abdul Razak Ibrahim, Naib Canselor Kolej Universiti Poly- Tech MARA (KUPTM) dan Encik Amir Hamzah Hashim, Presiden Persatuan Animasi Malaysia (ANIMAS). 

Majlis ini turut disaksikan oleh YB Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (KPK), YB Datuk Wira Hajjah Mas Ermieyati binti Samsudin, Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, YBhg. Datuk Rashidi bin Hasbullah, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia serta Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.

Pada 2 November 2017(Khamis), ASWARA juga telah menandatangani surat hasrat kolaborasi bersama University For The Creative Arts (UCA) dari United Kingdom. Kerjasama ini diadakan susulan daripada lawatan akademik ASWARA ke kampus UCA di Farnham, United Kingdom pada 18 September 2017. Majlis ini diwakili oleh Rektor ASWARA dan Profesor Bashir Makhoul, Naib Canselor, UCA dimeterai dengan hasrat untuk menjalinkan kerjasama pembangunan pengajian berasaskan amali, penyelidikan dan pertukaran ilmu yang boleh memanfaatkan kedua-dua belah pihak.

SUMBER : Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
BAHAGIAN PERHUBUNGAN KORPORAT & ANTARABANGSA
Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)
464, Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur
Tel: 03 2697 1780/ 1205/ 5613
Faks: 03-2697 5513

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.