ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  MAJLIS SIRIM - INDUSTRI 2017 DAN PELANCARAN SISTEM PENGURUSAN ANTI-BRIBERY

Friday 10/11/2017



KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Rasuah merupakan salah satu risiko utama yang dihadapi oleh semua organisasi, sama ada dalam sektor swasta atau awam. Ia mampu menyebabkan pelanggan atau pihak berkepentingan hilang keyakinan terhadap organisasi tersebut seterusnya boleh mencalarkan imej organisasi tersebut. Pensijilan ISO 37001 ABMS dibangunkan bagi membimbing organisasi bagi menghalang, mengesan, bertindak balas terhadap rasuah dan seterusnya mematuhi undang-undang, peraturan, dan komitmen secara sukarela. Ia menyediakan panduan bagi mewujudkan, melaksanakan, mengekalkan dan memperbaiki sistem pengurusan anti-sogokan. Ia merupakan standard generik, yang boleh digunakan oleh mana-mana organisasi yang beroperasi dalam sektor awam atau swasta. 

Pensijilan ISO 37001 2016 ABMS telah diperkenalkan di Malaysia oleh mantan Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Pencegahan), Dato’ Sri Mustafar Ali selepas beliau mengadakan lawatan kerja di Mexico pada tahun 2016.

Pada 11 Mei 2016, bersempena dengan MQA menandatangani Corporate Integrity Pledge (CIP), beliau telah mengumumkan bahawa MQA bakal menjadi agensi pertama yang diaudit dalam Pensijilan ISO 37001 ABMS. Pada Mac 2017, SIRIM QAS International telah diumumkan sebagai badan pensijilan bagi ISO 37001 ABMS manakala SPRM menjadi badan pemantau.

Pada bulan April 2017, MQA telah diundang menjadi salah satu daripada 12 peserta Program Perintis Pensijilan ISO 37001 ABMS. Susulan itu, MQA menerusi Unit Integriti dan Penguatkuasaan (UIP) selaku urusetia telah menghantar tiga orang wakil bagi menghadiri program ini. Tujuan program ini secara dasarnya adalah bagi memberi bimbingan kepada peserta bagi menyediakan dokumen untuk tujuan mendapatkan Pensijilan ISO 37001 ABMS. 

Sejurus tamat bengkel, proses diteruskan dengan audit Stage 1 yang berlangsung pada 17 Oktober 2017 oleh pihak SIRIM QAS International. Secara amnya, MQA telah mendaftarkan enam proses utama di bawah Pensijilan ISO ABMS iaitu:

 i.     Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
a.    Pengurusan aduan penguatkuasaan oleh orang awam
 
ii.    Sektor Jaminan Kualiti
a.    Pengurusan permohonan Akreditasi oleh PPT
b.    Pengurusan permohonan APEL oleh orang awam
 
iii.   Sektor Pengurusan
a.    Pengurusan perolehan barangan dan perkhidmatan
b.    Pengurusan aset
c.    Pengurusan Sumber Manusia MQA

Selepas berjaya, proses diteruskan dengan audit Stage 2 yang berlangsung pada 30 dan 31 Oktober 2017. Pada 10 November 2017, MQA telah dianugerahkan Pensijilan ISO 37001 Anti-Bribery Management Systems di Majlis SIRIM – Industri 2017 bertempat di Hotel Dorsett Grand Subang, Selangor. 

SUMBER : Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Mohamad Fairul Mohamad Hatim
Tel : 03-7968 6034 / 017-9796783
Emel : mfairul@mqa.gov.my

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.