ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 12, 2024 -Ahad

 
  NTT COMMUNICATIONS AKAN MENGAMBILALIH SECURE-24, PENYEDIA TERKEMUKA BAGI PERKHIDMATAN TERURUS DI AMERIKA SYARIKAT

Tuesday 14/11/2017



TOKYO & SOUTHFIELD, Mich., 14 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- NTT Communications Corporation (NTT Com), perniagaan penyelesaian ICT dan komunikasi antarabangsa di dalam Kumpulan NTT (TOKYO: 9432), dan Secure-24 Intermediate Holdings, Inc. (Secure-24), sebuah penyedia terkemuka bagi perkhidmatan terurus menyeluruh yang berpangkalan di Amerika Syarikat, hari ini mengumumkan bahawa pemegang saham mereka masing-masing telah mencapai satu perjanjian muktamad pada 13 November (Waktu Standard Jepun), di mana NTT Com akan mengambilalih sepenuhnya Secure-24.
 
Permintaan untuk perkhidmatan terurus semakin berkembang di seluruh dunia dan perkhidmatan teknologi maklumat (IT), satu daripada perniagaan teras Secure-24, dijangka menyaksikan pertumbuhan yang signifikan terutamanya di pasaran Amerika Syarikat.
 
Secure-24 mengkhususkan di dalam menyampaikan perkhidmatan terurus yang berkesan dan komprehensif yang memanfaatkan peranti operasi proprietari, sangat berautomatik. Pelanggan mereka mewakili syarikat-syarikat Fortune 1000 di dalam sektor termasuk pembuatan, kewangan, farmaseutikal, penjagaan kesihatan, insurans, kerajaan, pengangkutan dan banyak lagi.
 
NTT Com akan memanfaatkan portfolio luas Secure-24 dalam aplikasi terurus dan perkhidmatan pangkalan data, termasuk SAP, SAP HANA, Oracle, Hyperion, JD Edwards, Microsoft, Epic, kastam, industri dan aplikasi misi kritikal yang lain.
 
Secure-24 disusun untuk pertumbuhan yang berterusan, dengan didorong oleh sebuah akademi latihan dalaman yang membina jurutera dari suatu perspektif jangka sederhana hingga jangka panjang. Sebagai tambahan kepada lebih 100 pengiktirafan dan anugerah rakan dan industri, Secure-24 telah dinamakan sebagai satu daripada 100 Tempat Terbaik untuk Bekerja di dalam IT oleh Computerworld untuk tempoh lima tahun berturut-turut.
 
NTT Com dan syarikat-syarikat Kumpulan NTT Com termasuk Dimension Data berharap untuk menggabungkan perkhidmatan Secure-24 dengan keupayaan Kumpulan NTT seperti awan bagi meningkatkan keupayaan mereka untuk memenuhi keperluan IT hibrid dengan perkhidmatan terurus yang berkualiti tinggi yang semakin dituntut di seluruh dunia.
 
"Pengambilalihan ini membawa tahap perkhidmatan, kepakaran aplikasi, keselamatan dan sokongan pematuhan yang tiada tandingannya oleh Secure-24 kepada komuniti NTT global," kata Mike Jennings, Ketua Pegawai Eksekutif Secure-24.
 
Melangkah ke hadapan, NTT Com akan terus menyokong transformasi perniagaan bagi pelanggan dengan terus meningkatkan fungsi dan sistem IT mereka, termasuk untuk aplikasi yang berkembang di platform awan, dan dengan itu memenuhi keperluan yang berkembang bagi perkhidmatan terurus yang pelbagai dan global.
 
Maklumat mengenai NTT Communications
 
NTT Communications menyediakan perkhidmatan perundingan, seni bina, keselamatan dan awan untuk mengoptimumkan persekitaran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi perusahaan. Penawaran ini disokong oleh infrastruktur syarikat itu di seluruh dunia, termasuk rangkaian IP peringkat-1 global yang terkemuka, rangkaian Arcstar Universal One™ VPN yang menjangkau ke lebih 190 buah negara/ wilayah, dan lebih 140 pusat data yang dijamin selamat di seluruh dunia. Penyelesaian NTT Communications memanfaatkan sumber global bagi syarikat-syarikat Kumpulan NTT termasuk Dimension Data, NTT DOCOMO dan NTT DATA.
www.ntt.com | Twitter@NTT Com | Facebook@NTT Com | LinkedIn@NTT Com
 
 
Maklumat mengenai Secure-24 Intermediate Holdings, Inc.
 
Secure-24 mempunyai pengalaman selama 16 tahun di dalam menyampaikan pengehosan aplikasi misi kritikal, perkhidmatan IT terurus, awan dan keselamatan yang komprehensif kepada perusahaan di seluruh dunia. Tumpuan Secure-24 terhadap perkhidmatan terunggul, sokongan, tadbir urus dan pematuhan telah mendorong kadar kepuasan pelanggan yang terkemuka di industri. Syarikat itu adalah sebuah Pengehosan SAP yang disahkan, HANA, dan rakan Awan dan sebuah Rakan Platinum Oracle yang menguruskan aplikasi Suite E-Niaga Oracle, PeopleSoft, JD Edwards dan Hyperion merentasi semua industri untuk perniagaan bagi setiap saiz. Secure-24 telah dinamakan sebagai satu daripada 100 Tempat Terbaik untuk Bekerja di dalam IT oleh Computerworld untuk tempoh lima tahun berturut-turut. Layari www.secure-24.com  untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk dan perkhidmatan Secure-24.
 
Hubungi
Hubungan Media
NTT Communications
Encik Masaki Nomoto / Cik Minako Yamashita
Perhubungan Awam
Jabatan Perancangan Korporat
hodo-cp@ntt.com
atau
Secure-24 Intermediate Holdings, Inc.
Cik Tawanna Sanders
Pengarah, Pemasaran
tawanna.sanders@secure-24.com
 
Sumber: NTT Communications Corporation
 
 
Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20171113005565/en 

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.