ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 11, 2024 -Sabtu

 
  2.38 JUTA PENGUNJUNG DAN PENJUALAN BUKU USD 56 JUTA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA SHARJAH 2017

Thursday 16/11/2017



SHARJAH, Emiriah Arab Bersatu, 16 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pesta Buku Antarabangsa Sharjah ke-36 (SIBF) berakhir dengan pencapaian yang memecahkan rekod, menarik kehadiran 2.38 juta pengunjung sepanjang 11 hari penganjuran pesta itu. Pesta buku yang ketiga terbesar di dunia itu menampilkan lebih 2,600 acara kebudayaan, 400 penulis dan cendekiawan, dan 1,690 pempamer dari 60 buah negara, yang mempamerkan 1.5 juta tajuk buku.

Jumlah pembelian buku yang tinggi telah membawa kepada jumlah jualan buku yang mencecah sekitar USD 56,083,417 (AED 206 juta) – peningkatan sebanyak 17 peratus berbanding pada tahun 2016. Kedua-dua angka jualan buku dan bilangan pengunjung untuk SIBF 2017 adalah yang paling tinggi dalam sejarah 35 tahun pesta itu.

Program Profesional, acara pendahulu tahunan bagi pesta itu yang merupakan satu daripada platform rangkaian yang paling penting untuk penerbit di rantau itu, menyaksikan 2,800 pertemuan perhubungan di antara 405 penerbit dan kalangan profesional bagi mengadakan urus janji untuk membeli dan menjual hak. Hashtag '#SIBF2017' yang digunakan pada saat-saat menjelang dan untuk tempoh pesta itu telah menjangkau ke 139 buah negara dan mencatatkan lebih daripada 1.3 bilion impresi dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab, sekali gus menandakan kedudukan yang dinikmati oleh SIBF di peringkat global.

Edisi ini menyaksikan penyertaan United Kingdom sebagai 'Tetamu Kehormat' mereka, satu kerjasama kebudayaan yang membawa masuk nama, antara lain, seperti Alexandra Shulman, bekas ketua pengarang Vogue dari Britain, penulis biografi diraja United Kingdom Claudia Joseph, wartawan Britain, Sarfraz Manzoor, penulis novel terkenal Neel Mukherjee, dan Jacks Thomas, Pengarah bagi Pesta Buku London.

Pesta itu menjadi tuan rumah kepada tokoh kebudayaan dan kesusasteraan terkenal Arab, yang termasuk pelakon antarabangsa Syria Ghassan Masoud, penulis Arab Saudi Abdo Khal, novelis Algeria Waciny Laredj, penyair Palestin dan novelis Ibrahim Nasrallah, dan novelis Jordan Jamal Naji.

Tokoh-tokoh terkenal dari luar dunia Arab yang mengambil bahagian dalam pesta itu termasuk bekas pemain kriket Pakistan Wasim Akram, pengarang fiksyen kanak-kanak dan golongan muda Peter Lerangis, penulis dan novelis Amerika Syarikat Victoria Christopher, penulis Perancis Julien Columeau, novelis India Manu Joseph, dan lain-lain.
 
SIBF edisi tahun ini telah diadakan di bawah tema 'Sebuah Dunia di dalam Buku Aku' untuk memberi contoh berhubung visi Sharjah mengenai nilai buku sebagai sumber pengetahuan utama, dan titik permulaan ke dalam pelbagai budaya dan alam dunia.
 
Hubungi

National Network Communications (NNC)
Fadia Daouk
Telefon Bimbit: +971 52 617 2111

Sumber: Sharjah

Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20171115006587/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.