ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 28, 2024 -Ahad

 
  PESAKIT KANSER, PESAKIT YANG SEMBUH, PEJUANG KANSER DAN PENJAGA MENGANJURKAN RELAY FOR LIFE YANG PERTAMA DI UAE

Monday 20/11/2017



Dianjurkan oleh Rakan bagi Pesakit Kanser

Lebih 2,000 peserta mengambil bahagian dalam acara sulung yang diadakan di Emiriah Arab Bersatu

SHARJAH, Emiriah Arab Bersatu, 20 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Sharjah, yang ketiga terbesar di antara tujuh amiriah di Emiriah Arab Bersatu, menjadi tuan rumah bagi sebuah walkaton 24 jam yang pertama seumpamanya di rantau MENA “Global Relay for Life” (RFL) yang merupakan acara pengumpulan dana terbesar bagi kanser di dunia. Diadakan bersama dengan Persatuan Kanser Amerika, acara itu telah dianjurkan oleh Rakan bagi Pesakit Kanser (FoCP), sebuah pertubuhan yang tidak mencari keuntungan yang menyokong pesakit kanser dan keluarga mereka.

Diadakan pada 17-18 November di Universiti Amerika Sharjah, RFL UAE yang pertama kali diadakan itu menyaksikan lebih 2,000 peserta mengambil bahagian di dalam acara semalaman itu, dengan sejumlah besar individu dan institusi yang terlibat termasuk 52 buah sekolah, enam buah universiti, lapan rakan kongsi, selain 37 institusi dari sektor awam dan swasta dan 67 bekas pesakit kanser yang sembuh.

Turut diadakan di dalam program selama 24 jam itu adalah pelbagai aktiviti di kawasan ria kanak-kanak, sebuah acara pencahayaan lilin 'Luminaria' untuk mengingati orang tersayang yang meninggal dunia akibat kanser dan sebuah 'Khemah bagi Mereka yang Terselamat' yang menyaksikan beberapa orang yang dapat mengatasi penyakit itu berucap kepada audiens. Rasa lapar di kalangan peserta dapat diatasi dengan kehadiran pelbagai gerai makanan dan minuman, yang mana kesemua hasil kutipan disalurkan kepada FoCP.

RFL UAE yang pertama itu dilancarkan oleh Sheikha Jawaher Al Qasimi, Pengasas dan Penaung Diraja bagi FoCP, Duta Antarabangsa bagi Perisytiharan Kanser Sedunia untuk Kesatuan bagi Kawalan Kanser Antarabangsa (UICC) dan Duta Antarabangsa untuk Kanser Kanak-kanak bagi UICC. Yang Mulia turut menyertai bekas pesakit kanser yang terselamat untuk pusingan pertama acara walkaton itu, bagi menonjolkan pentingnya meningkatkan kesedaran tentang penyakit itu dan keperluan pemeriksaan untuk pengesanan awal – faktor paling penting dalam survival dan pemulihan.

Ciri-ciri RFL selama 24 jam itu direka untuk menekankan bahawa kanser adalah sejenis penyakit yang tidak pernah tidur dan bagi menunjukkan perpaduan dengan pesakit kanser yang dapat merasakan rasa kesepian semasa bergelut dengan penyakit itu.

RFL bermula di Amerika Syarikat apabila pada tahun 1985 Dr. Gordon Klatt, seorang pakar bedah kolorektal, mengumpulkan $27,000 untuk kutipan amal kanser tempatan beliau dengan berjalan selama 24 jam. Acara itu kini diadakan di 29 buah negara, dengan UAE merupakan negara terbaharu yang dimasukkan ke dalam rangkaian global berkenaan. Sehingga hari ini RFL telah mengumpul lebih $5 bilion untuk menyokong pesakit kanser di seluruh dunia.

Hubungi
National Network Communications (NNC)
Maha Abou Rich, +971503417775
 
Sumber: Rakan bagi Pesakit Kanser (FoCP)
 
Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20171119005048/en 

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.