ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 28, 2024 -Ahad

 
  MADISON REALTY CAPITAL MENYEDIAKAN $64.0 JUTA PEMBIAYAAN PEMBINAAN UNTUK PEMBANGUNAN DI 200 KENT AVENUE DI WILLIAMSBURG, BROOKLYN

Monday 20/11/2017



Pemaju Tempatan yang Berpengalaman memohon kepada MRC untuk Pinjaman Pembinaan bagi Projek Guna Campur Runcit yang Terletak di Tapak Blok Penuh di Satu daripada Kawasan Kejiranan yang Paling Menarik di New York
 
NEW YORK, 20 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Madison Realty Capital (MRC) mengumumkan penyelesaian sebuah pinjaman pembinaan bernilai $64.0 juta untuk 200 Kent Avenue, sebuah pembangunan guna campur yang berkeluasan 117,326 kaki persegi yang terletak di Williamsburg, Brooklyn. Bahagian runcit bagi harta tanah itu, yang akan merangkumi lebih 600 kaki buka depan, akan diterajui oleh sebuah rantaian perniagaan barang runcit kebangsaan yang popular. Secara keseluruhannya, projek itu akan menawarkan 50,101 kaki persegi ruang niaga, 22,055 kaki persegi ruang pejabat dan restoran, dan 45,170 kaki persegi tempat letak kereta.
 
"Kami terus memantapkan kedudukan MRC sebagai kedai sehenti untuk membiayai harta tanah peralihan, termasuk tawaran pembangunan tanah seperti di 200 Kent Avenue," kata Josh Zegen, Pengasas bersama dan Pengarah Prinsipal bagi MRC. "Dalam kes ini, kami bekerjasama dengan sebuah peminjam berulang MRC yang memahami keupayaan kami untuk melaksanakan dengan cekap, memandangkan pengetahuan terkini firma kami mengenai keadaan pasaran tempatan dan pendekatan bukan birokrasi untuk mengkaji semula pelaburan. Ia memberi kepuasan untuk menyampaikan apa yang diperlukan oleh peminjam bagi menggerakkan projek ini ke hadapan dengan kadar segera."
 
Harta tanah itu terletak di sebuah tapak kosong seluas 22,585 kaki persegi yang telah menerima kelulusan dari Jabatan Bangunan bagi pembangunan sebuah projek guna campur enam tingkat. 200 Kent Avenue menikmati sebuah tapak Williamsburg yang utama, dalam lingkungan blok mercu tanda kejiranan utama yang lain termasuk projek Domino Sugar dan Taman Bushwick Inlet. Dengan ruang runcit dan garaj di bawah, tingkat atas 200 Kent Avenue akan dikhususkan untuk restoran dan ruang pejabat yang menawarkan pemandangan hebat Manhattan. Terdapat banyak kemudahan pengangkutan di kawasan terdekat, dengan kereta api J, M, Z, G, dan L terletak berhampiran.
 
MRC mempunyai pengalaman yang signifikan di dalam kawasan kejiranan Williamsburg di Brooklyn, dan sebelum ini telah memberi pinjaman kepada aset berkualiti institusi seperti The William Vale Hotel, 25 Kent Avenue, 163 North 6th Street, 180 North 7th Street, dan 646 Lorimer Street.
 
Maklumat mengenai Madison Realty Capital (MRC)
 
MRC adalah sebuah firma pelaburan hartanah yang berpangkalan di New York yang mengusahakan ekuiti hartanah dan pelaburan hutang di pasaran pertengahan. Ditubuhkan pada tahun 2004, MRC telah melabur dalam kira-kira $7.0 bilion urus niaga di dalam sektor berbilang keluarga, runcit, pejabat, perindustrian dan perhotelan.
 
Hubungi
Pertanyaan media:
Great Ink Communications:
Tom Nolan, 212-741-2977
tom@greatink.com
atau
Eric Waters, 212-741-2977
eric.waters@greatink.com



Sumber: Madison Realty Capital
 
Lihat siaran berita ini secara dalam talian:
http://www.businesswire.com/news/home/20171117005588/en 

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA
 
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.