ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 28, 2024 -Ahad

 
  PERPADUAN,KESEPADUAN DAN PENYATUPADUAN: 1MALAYSIA-PERSATUAN KESEJAHTERAAN RAKYAT 1 MALAYSIA (KER1M)

Tuesday 21/11/2017



PUTRAJAYA, 21 Nov (Bernama) -- Persatuan Kesejahteraan Rakyat 1 Malaysia (KER1M) menekankan semangat patriotisme di kalangan rakyat perlu terus diperkukuhkan bagi membolehkan negara mengisi kemerdekaan dengan mencipta lebih banyak kemajuan dan kejayaan pada masa akan datang khususnya ke arah Transformasi Nasional MYTN2050. Pengerusi KER1M Yang Hormat Penolong Pesuruhjaya Kehormat RELA Datuk Ranjith berkata tunjang ke arah pencapaian tersebut hanya boleh direalisasikan menerusi kerjasama erat pelbagai kaum di negara ini. Maknanya, perpaduan menjadi alat terpenting.Pemahaman rakyat tentang konsep 1 Malaysia masih tidak jelas lagi ada yang berpendapat konsep ini tidak memberikan apa-apa kesan tetapi melalui 1 Malaysia , rakyat dapat memperkukuhkan perhubungan dan jurang perbezaan status , bangsa  dan agama.

Pencapaian penyatupadukan kaum dan etnik di Negara kita jelas Berjaya apabila perkongsian kuasa politik telah terjalin dengan jayanya sebagai contoh dalam UMNO , MCA dan MIC .Begitu juga dalam sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan di Negara kita .Setiap ahli politik yang mewakili diberi kuasa untuk menyuarakan pendapat dari pelbagai etnik ,walau bagaimanapun masih terikat dengan undang-undang yang telah kita setujui bersama ketika perlembagaan Tanah Melayu hendak dibentuk dahulu.  Setiap rakyat juga diberi kebebasan bersuara untuk menjaga kepentingan diri dan keluarga tetapi masih terikat dengan undang-undang dan peraturan tertentu . Semua ini bertujuan untuk menjaga integrasi kaum dan hubungan etnik supaya sentiasa terjalin dengan muhibah.

Sebenarnya ekonomilah yang memainkan peranan yang sangat penting dalam memupuk integrasi kaum dan hubungan etnik yang mesra. Pertumbuhan ekonomi yang berterusan dan baik dapat meningkatkan perpaduan yang utuh. Disamping itu kerajaan juga dapat mengendalikan program ekonomi yang lebih berkesan. 

Tolak ansur dalam budaya juga dapat menambahkan kemesraan antara kaum-kaum lain bertujuan menjaga perasaan semua kaum dan etnik di Negara kita supaya semua prasangka dapat dihapuskan. Kerajaan juga tidak lupa menganjurkan kongsi raya bagi mewujudkan penyatuan dalam konsep 1 Malaysia. Begitu juga kunjungan muhibah yang diadakan sempena rumah terbuka setiap kali perayaan yang diadakan oleh Perdana Menteri dan ahli kabinet lain. Untuk pencapaian ini berjaya kita harus berpegang kepada prinsip 1 Malaysia yang menjadikan Negaraku mencapai MYTN50 Transformasi Nasional dalam masa 30 tahun lagi. 

KER1M telah membuka satu platform untuk mendaftar Ahli sukarelawan KER1M melalui portal www.1malaysia.gov.my. Setiap ahli yang berdaftar akan ditawarkan perlindungan insuran percuma sehingga RM 10,000 untuk tempoh setahun. Semoga langkah ini dapat menyatukan kita semua demi memajukan masa depan negara kita dan juga menjayakan matlamat keluarga dan mencapai kejayaan. KER1M berusaha memberikan segala khidmat nasihat serta sokongan yang diperlukan yang tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.

SUMBER : Persatuan Kesejahteraan Rakyat 1 Malaysia (KER1M)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Nama : Cik Shaqhiroh
Tel :  03-8861 7557


--BERNAMA 


 




           
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.