ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 28, 2024 -Ahad

 
  ​TELSTRA DAN SIGMA SYSTEMS AKAN MEMBUAT PEMBENTANGAN PENCIPTAAN TAWARAN DINAMIK YANG BERASASKAN KATALOG DI TM FORUM LIVE! ASIA

Tuesday 21/11/2017



TORONTO, 21 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Sigma Systems, peneraju dunia di dalam perisian yang berasaskan katalog, hari ini mengumumkan bahawa ia akan menyampaikan pembentangan di TM Forum Live! Asia dengan kerjasama Telstra, syarikat telekomunikasi dan teknologi yang terkemuka di Australia.

Ketua Pegawai Teknologi Sigma (CTO), Catherine Michel, akan berada di atas pentas dengan Ketua Pegawai Teknologi (Pelanggan) Telstra, Dr. Fawad Nazir, untuk membincangkan mengapa penyedia perkhidmatan tradisional perlu mengguna pakai suatu penetapan minda "natif digital" dan ketangkasan operasi yang sesuai untuk berkembang maju di dalam sebuah ekonomi digital. Keupayaan untuk mewujud dan melancarkan penawaran baharu dalam beberapa minit sahaja, dan bukannya dalam tempoh berbulan-bulan, dan dengan pantas membolehkan model perniagaan baharu sangat penting untuk kejayaan sesebuah pengendali.

"Sigma Catalog mencipta keupayaan untuk menjual melalui dan kemudian mengatur secara terperinci pencapaian bagi sesuatu pesanan dari saluran yang berlainan ke dalam tindanan B/OSS yang penuh dan merentasi pelbagai rangkaian penghantaran. Keupayaan Penawaran Kanvas bagi produk itu membolehkan perniagaan untuk 'mengasingkan komponen' walau apapun jenis keupayaan perkhidmatan yang ia tawarkan kepada entiti yang segera beroperasi dalam sistem dan rangkaian mereka," kata Catherine Michel, Ketua Pegawai Teknologi Sigma Systems.

Pembentangan itu akan berlangsung pada hari Rabu 6 Disember, 2017 pada pukul 2:25 pm. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kehadiran Sigma di TM Forum Live! Asia, sila klik di sini.

Maklumat mengenai Sigma Systems (sigma-systems.com atau Twitter @SigmaSystems)

Sigma Systems adalah peneraju dunia di dalam penyelesaian perisian yang berasaskan katalog untuk komunikasi, media, dan syarikat-syarikat berteknologi tinggi. Ia memberi perkhidmatan kepada lebih 80 pelanggan di 40 buah negara dengan produk-produk mereka yang telah memenangi anugerah. Portfolio syarikat itu merangkumi ke seluruh perusahaan produk Katalog, Sebut Harga Konfigurasi (CPQ), Pengurusan Pesanan dan Peruntukan. Sigma menggunakan satu pendekatan tangkas untuk melaksanakan produk B/OSS mereka bagi pelanggan mereka. Sigma mempunyai pejabat di Amerika Utara dan Selatan, Eropah dan Asia, dengan rakan teknologi dan integrasi di lebih 100 buah negara.

Hubungi
Sigma Systems
Noor Manji, +1-416-943-9696
Pengurus, Perhubungan Korporat

atau

Milner Strategic Marketing Ltd.
Chloe Purcell / Paul Howlett-Davey
+44-1473-633123
www.milnerltd.com

Sumber: Sigma Systems

Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51719029&lang=en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
 --BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.