ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 28, 2024 -Ahad

 
  KARNIVAL PULAU PELANCONGAN ANTARABANGSA HAINAN (KE-18) 2017 BERMULA

Wednesday 22/11/2017



AsiaNet 71160
 
HAIKOU, China, 22 Nov., 2017 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Hainan Baharu yang Indah, Pulau Pelancongan Bahagia. Pada pagi 18 November, Karnival Pulau Pelancongan Antarabangsa Hainan 2017 dimulakan di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Hainan. Tetamu dan perwakilan dari 15 buah negara dan 22 wilayah dan bandar raya China dan hampir 3000 hadirin menyaksikan dan berkongsi detik bahagia ini. Sheng Xiaoming, Timbalan Setiausaha bagi Jawatankuasa Wilayah Hainan CPC dan Gabenor bagi Wilayah Hainan, mengisytiharkan bahawa Karnival Pulau Pelancongan Antarabangsa Hainan 2017 telah bermula dan dimeriahkan dengan tetamu pada Majlis Pelancaran.
 
Karnival Pulau Pelancongan Antarabangsa Hainan 2017 mengalu-alukan pelbagai tetamu dari negara-negara dari luar China, termasuk Ireland, Romania, Filipina, Croatia, Rwanda, Bulgaria, Malaysia dan Itali.
 
He Xiqing, Naib Gabenor bagi Wilayah Hainan telah membuat ucapan, dengan menyatakan bahawa industri pelancongan, sebagai industri terkemuka bagi industri perkhidmatan moden Hainan, menunjukkan kekuatannya dalam menggerakkan manfaat. Kadar sumbangan keseluruhan industri pelancongan kepada KDNK, pelaburan tetap, cukai dan pekerjaan menghampiri atau melebihi 30%. Jumlah pelancong dan pendapatan pelancong di Hainan mengekalkan peningkatan dua angka selama bertahun-tahun. Bilangan pelancong telah meningkat sebanyak 10 juta orang-kali setiap tahun sejak tahun 2014. Pada tahun 2016, Hainan menerima lebih 60 juta pelancong manakala jumlah itu mencecah 70 juta pada tahun ini. Karnival Pulau Pelancongan Antarabangsa Hainan telah menjadi sebuah perayaan pelancongan dengan ciri-cirinya yang tersendiri dan sebuah kad nama bagi pelancongan dan kebudayaan dengan pengaruh antarabangsa dengan menganjur dan membangunkan Karnival itu sebanyak 17 kali berturut-turut. Karnival itu pada tahun ini adalah yang terbesar dengan tahap paling tinggi dan peserta yang paling ramai berbanding dengan semua sesi yang terdahulu.
 
Semasa Karnival itu, seluruh wilayah itu akan mengadakan majlis perasmian bagi Karnival itu, Persidangan Promosi Pelancongan Besar “Hainan Bahagia”, Persidangan Penubuhan Perikatan Promosi Pelancongan Riadah China dan Forum Pembangunan Pelancongan Riadah China, Ekspo Pelancongan Riadah Sedunia Hainan, Persidangan Perniagaan Pelancongan Hainan-Hong Kong-Macao, Pertandingan Jemputan Tarian Bambu Antarabangsa Hainan, Forum Komunikasi Pelancongan Antarabangsa Boao, Pesta Perdagangan dan Perniagaan Macao Dinamik, Persembahan Teater Khas untuk Karnival, Festival Muzik Elektronik Antarabangsa Biru dan Ekspo Makanan Pelancongan Antarabangsa Hainan dan aktiviti-aktiviti pameran lain. Bandar raya-bandar raya dan daerah-daerah di Wilayah Hainan akan juga mengadakan 118 aktiviti perayaan kesemuanya.
 
Dengan mempromosikan jenis pengendalian baharu pelancongan, memasarkan produk baharu pelancongan, dan mewujudkan suasana pelancongan yang mesra, pembangunan industri pelancongan boleh dipermudahkan dan penggunaan pelancongan dapat dirangsangkan menerusi aktiviti perayaan.
 
Sumber: Suruhanjaya Pembangunan Pelancongan Hainan
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.