ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 28, 2024 -Ahad

 
  ​VISTAJET MENJADI RAKAN KONGSI CHRISTIE'S UNTUK LAWATAN GLOBAL KOLEKSI PEGGY DAN DAVID ROCKEFELLER

Friday 24/11/2017



Jualan tersebut akan menjadi lelongan amal paling signifikan yang pernah dipersembahkan

LONDON, 24 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- VistaJet, satu-satunya syarikat penerbangan peribadi global pertama, mengumumkan pada hari ini tentang penajaan sedunianya untuk pameran dan lawatan Koleksi Peggy dan David Rockefeller, lelongan paling signifikan yang khusus untuk mengumpul dana untuk tujuan amal. Perniagaan seni peneraju dunia, Christie’s, akan mengendalikan jualan itu yang terdiri daripada pelbagai kategori, dan termasuk kemuncak lawatan pameran di Hong Kong, London, Los Angeles dan New York.

Foto untuk pengumuman ini tersedia di

http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/c78fdce7-7651-42a8-a621-14088da2cc86

http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/33af2489-a9a8-4bbe-b5f7-78e4c1f29ca2

http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/a16c208a-fd0f-4a59-8b1e-54cd97c3d8e5

“Kami berbesar hati dan teruja untuk menjadi rakan kongsi Christie’s untuk mempersembahkan pameran dan lawatan Koleksi Peggy dan David Rockefeller kepada dunia,” kata Thomas Flohr, Pengasas dan Pengerusi VistaJet. “Sejak saya mengasaskan syarikat ini pada tahun 2004, seni dan amal telah memainkan peranan penting sebagai semangat yang dikongsi dengan kebanyakan pelanggan kami. Menawarkan pengalaman terpilih – dalam bidang seni dan rekaan, hospitaliti, pelancongan dan budaya – adalah asas jenama VistaJet dan penajaan koleksi yang sebegitu penting adalah cara VistaJet menyokong bukan hanya seni, malah usaha amal David dan Peggy Rockefeller.”

Kemuncak koleksi ini akan didedahkan buat kali pertama di Hong Kong pada 24 November, menandakan bermulanya lawatan dunia untuk pengumpul karya seni terkemuka di dunia serta khalayak umum. Selepas Hong Kong, pameran akan diadakan di lokasi utama Christie’s di London, Los Angeles dan New York untuk menunjukkan elemen baharu untuk koleksi berbilang kategori ini di setiap hentian. VistaJet akan mengehoskan program eksklusif untuk acara pelanggan termasuk pengalaman menarik, forum seni dan siri ceramah. Lawatan dunia tersebut akan diakhiri dengan lelongan koleksi di Galeri Pusat Rockefeller Christie’s di New York pada Musim Bunga 2018.

Untuk menjadikan pameran tersebut lebih menarik, VistaJet telah mencipta tiga pengalaman eksklusif untuk pelanggan VistaJet dan Christie's. Pengalaman Dunia Seni akan menawarkan kepada pelanggan peluang untuk melancong ke keempat-empat pameran Koleksi Peggy dan David Rockefeller di Hong Kong, London, Los Angeles dan New York dengan menaiki VistaJet untuk lawatan peribadi di setiap lokasi. Dengan menempah laluan berbilang peringkat ini, VistaJet akan menerbangkan pelanggan dan karya seni mereka tanpa kos tambahan atas penerbangan pada bila-bila masa, di mana jua*. Pengalaman anda juga termasuk setahun keahlian** untuk The Cultivist, kelab seni global.

Kedua, Pengalaman Langsung menawarkan jemputan untuk menerima keahlian komplimentari VistaJet Direct bernilai $10 ribu kepada mana-mana tetamu yang terbang dengan VistaJet untuk melawat sebarang pameran Koleksi Peggy dan David Rockefeller di Hong Kong, London, Los Angeles atau New York. Keahlian Direct memberi pelanggan akses kepada penerbangan peribadi VistaJet yang tersedia pada kadar istimewa daripada sebarang peranti mudah alih menerusi aplikasi jet peribadi menyeluruh pertama di dunia.

Pengalaman ketiga yang eksklusif, Pengalaman Rockefeller, menawarkan peluang keemasan untuk menyertai lawatan penerokaan di sebalik tabir koleksi Rockefeller diikuti jamuan di Upstate New York untuk sehingga 10 orang tetamu yang menaiki salah satu daripada 72 jet perak dan merah VistaJet ke New York. Kemudian, tetamu akan dijemput untuk mengikuti lawatan peribadi pameran Koleksi Peggy dan David Rockefeller di New York dan menyertai lelongan secara langsung di Christie’s New York bersama pakar seni terulung.

Jualan Koleksi Peggy dan David Rockefeller akan dijalankan menurut ikrar David Rockefeller untuk mendermakan sebahagian besar kekayaannya serta membiayai tujuan budaya, pendidikan, perubatan dan alam sekitar yang telah lama disokong oleh David dan Peggy Rockefeller. Semua hasil Estet akan diberikan kepada pertubuhan amal, memberi manfaat secara langsung bagi misi dermawan yang telah dikekalkan oleh keluarga tersebut selama sejak berdekad.

Dapatkan lebih maklumat untuk menikmati Koleksi Peggy dan David Rockefeller dengan VistaJet di VistaJet.com/TheArtOfFlying/Christies  

* Tertakluk pada terma dan syarat insurans dan pengangkutan.
** Keahlian The Cultivist mengikut permohonan.

Hubungan Akhbar VistaJet: 
Global dan EU: Jennifer Tyler | T: +44 203 617 3077 | M: +44 7834 335505 |  jennifer.tyler@vistajet.com 
Asia: Amy Yang | T: +852 2901 0502 | M: +852 9080 3985 | amy.yang@vistajet.com 

USA: Michael Salamanca | M: +1 917 755 3734 | michael.salamanca@vistajet.com  


Hubungan Akhbar Christie’s: 
New York: Sara Fox | + 1 212 636 2680 | sfox@christies.com 
London: Hannah Schweiger | +44 207 389 2664 | hschweiger@christies.com 
Hong Kong: Lavina Chan | +852 2978 9919 | lavinachan@christies.com  

         
Perihal VistaJet 
VistaJet adalah syarikat yang pertama dan satu-satunya syarikat penerbangan global. Dengan kumpulan pesawat perniagaannya yang berwarna perak dan merah, VistaJet telah menerbangkan pelanggan syarikat, kerajaan dan peribadi ke 187 buah negara di seluruh dunia. Ditubuhkan pada tahun 2004 oleh Thomas Flohr, syarikat ini merintis model perniagaan yang inovatif, iaitu pelanggan hanya membayar untuk masa penerbangan, bebas daripada tanggungjawab dan risiko aset yang dikaitkan dengan pemilikan pesawat. Perkhidmatan Program VistaJet yang tersendiri menawarkan langganan jam penerbangan bagi kumpulan pesawat jet jarak sederhana dan jauh miliknya untuk menerbangkan pelanggan ke mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa sahaja. Lebih maklumat dan berita tentang VistaJet di vistajet.com

Perihal Christie’s 

Christie’s, perniagaan seni peneraju dunia, telah mengendalikan lelongan global, jualan peribadi dan digital dalam separuh tahun pertama 2017 berjumlah £2.35 bilion / $3 bilion. Christie’s adalah nama dan tempat yang sinonim dengan seni luar biasa, perkhidmatan dan kepakaran yang tiada bandingan dan pesona antarabangsa. Christie’s menawarkan kira-kira 350 lelongan setiap tahun dalam lebih 80 kategori, termasuk semua jenis seni halus dan hias, barang kemas, fotograf, kolektibel dan banyak lagi. Julat harga adalah antara $200 hingga lebih $100 juta. Christie’s juga mempunyai sejarah yang panjang dan cemerlang dalam mengendalikan jualan peribadi untuk pelanggannya dalam semua kategori, dengan penekanan terhadap Pasca Perang & Kontemporari, Impresionisme & Moden, Pelukis Agung dan Barang Kemas. Di samping jualan biasa dalam talian, Christie’s juga dikenali secara global di 46 buah negara dengan 10 bilik jualan di seluruh dunia termasuk di London, New York, Paris, Geneva, Milan, Amsterdam, Dubai, Zürich, Hong Kong dan Shanghai. 

Sumber : VistaJet Ltd

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.