ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  PELANCARAN MUNICH RE ALLFINANZ OLEH INSULAR LIFE MENCAKUPI SPEKTRUM PENYAMBUNGAN, BAHASA DAN BUDAYA FILIPINA

Thursday 30/11/2017



SINGAPURA, 30 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Insular Life, syarikat insurans hayat yang pertama di Filipina untuk mengautomatikkan pemerolehan dan penajaan jaminan pelanggan, meneruskan usaha untuk memperluaskan jangkauan dan penyampaian Sistem Penajaan Jamin Automatik (AUS) mereka yang dipacu oleh ALLFINANZ.
 
Untuk menerajui pasaran insurans hayat mereka yang bergerak pantas, Insular Life memutuskan untuk mendigitalkan pendaftaran pelanggan baharu. Mengautomatikkan kerja-kerja pentadbiran pejabat dan mengintegrasikan dengan Ingenium, pangkalan data pelanggan mereka, adalah kriteria tambahan. Dapatkan kajian kes lengkap Insular di pautan ini.

Menurut Diana Abuel-Tagra, Naib Presiden bagi Bahagian Perniagaan Baharu Insular, "Pada bulan pertama, pendaftaran meningkat 65 peratus dan penggunaan ejen melonjak 20 peratus. Bulan kedua, daya pemprosesan kes meningkat tambahan 283 peratus. Versi terbaharu kami menaja jamin pelanggan baharu dalam masa 30 minit, tanpa mengambil kira kependaman web.

"Faktor pemilihan asal kami menunjukkan kami mengenai manfaat harian," kata Abuel-Tagra. "Penaja jamin nampak ALLFINANZ akan memberi mereka kuasa untuk mengubah peraturan-peraturan penajaan jaminan. Kami tidak memerlukan IT untuk pengurusan peraturan."

"Insular telah bertekad untuk memberikan ejen-ejen jualan dengan peranti yang menyakinkan dan yang mempercepatkan jualan. Kami menyedari bahawa automasi akan memodenkan imej kami seperti mana ia dapat menyelaraskan kecekapan. Sekarang, pelanggan memberitahu rakan-rakan, dan ejen-ejen yang bercita-cita tinggi dan mahir dalam penggunaan teknologi moden supaya mencari kami."

"Kami menggalakkan pengambilan sistem di dalam agensi dengan memasang kios jualan dan Wi-Fi di pejabat-pejabat yang berminat. Di mana sesuatu penjualan yang rumit sebelum ini mungkin memerlukan enam perjalanan untuk bertemu pelanggan bagi mengumpulkan data tambahan, sekarang ia memerlukan tiga sahaja. Akan tetapi hampir kesemua perniagaan baharu adalah berautomatik sepenuhnya. Kami mengurangkan kerja sibuk ejen memandangkan persoalan refleksif kami meramalkan keperluan data lebih awal. Bahkan peraduan jualan berjalan lebih lancar kerana AUS menghitung penutupan pada saat-saat terakhir yang sebelum ini tidak dihitung."

"Kami terus membuat pembaharuan di dalam industri kami dengan melatih anak-anak ejen di AUS agar mereka boleh menyampaikan teknologi itu kepada ibu bapa dalam suasana kediaman yang selesa. Suatu hari nanti, anak-anak itu mungkin melihat mereka mendapat prapendidikan sebelum menjadi ejen Insular Life!"

Alby van Wyk, Naib Presiden Eksekutif Asia Pasifik di Munich Re Automation Solutions Ltd, berkata, "Ini adalah keistimewaan kami untuk memperkasakan Insular Life bagi memperkenalkan Filipina kepada penajaan jaminan berautomatik dan menaikkan harapan di dalam industri itu."

Ditubuhkan pada tahun 1910, perolehan Insular Life mencapai Php 23.3 bilion pada tahun 2016 dengan nilai bersih PhP 43.8 bilion. Ia menduduki dalam senarai lima syarikat insurans hayat yang utama di Filipina dengan jumlah aset sebanyak PhP 132.9 bilion. Untuk maklumat lanjut mengenai Insular Life, sila layari  https://www.insularlife.com.ph/

Satu kajian kes yang lengkap mengenai Insular memerlukan analisis, pemilihan, penggunaan dan manfaat adalah disediakan.

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
http://www.businesswire.com/news/home/20171129005766/en

Hubungi
Munich Re Automation Solutions PTE Ltd.
David Bordas
Tel: +353 1 293 2888
dbordas@munichre.com
www.munichre.com/automation-solutions

Sumber: Munich Re Automation Solutions Ltd


Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA 

 
 
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.