ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 17, 2024 -Jumaat

 
  TOSHIBA ELECTRONIC DEVICES & STORAGE CORPORATION LANCARKAN AMPLIFIER KUASA LINEAR BERKECEKAPAN TINGGI 4 SALURAN UNTUK AUDIO KERETA

Thursday 07/12/2017



― Penggunaan kuasa sehingga 90% lebih rendah daripada amplifier AB kelas am ―
 
TOKYO, 7 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation hari ini mengumumkan sebuah amplifier kuasa linear berkecekapan tinggi 4 saluran yang baharu "TCB701FNG," yang memenuhi keperluan pasaran semasa untuk kecekapan tinggi. Penghantaran sampel akan bermula pada Januari, 2018.
 
Dengan "TCB701FNG," syarikat itu telah memperbaiki teknologi mereka bagi merealisasikan kecekapan yang setanding dengan sebuah kecekapan tinggi digital, amplifier kelas D dalam julat kendalian sebenar (0.5 hingga 4W). Penggunaan kuasa dikurangkan sehingga 90% daripada yang digunakan untuk amplifier kelas AB yang lazim.
 
Amplifier baharu itu juga termasuk fungsi diagnosis diri dengan kawalan bus I2C yang boleh mendiagnosis kesilapan dan menyumbang kepada satu reka bentuk set yang sesuai dengan mengubah tetapan pengesanan untuk mendapatkan atau pemalar masa. Ia juga termasuk pengesanan kesilapan sepenuh masa bagi output DC ofset voltan, yang boleh dengan cepat mengesan voltan ofset output yang tidak normal dan mencegah pembesar suara daripada terbakar, dan meningkatkan kebolehpercayaan set.
 
Spesifikasi Utama
 
Nombor bahagian
 
 TCB701FNG
 
Output maksimum
 
 49W×4 saluran (Vcc=15.2V, RL=4Ω, Kuasa Maksimum)
 
Voltan bekalan
 
 6V hingga 18V
 
Jumlah herotan harmonik
 
 0.01% (Pout=0.4W)
 
Voltan bunyi output
 
 60μVrms (BW=DIN_AUDIO)
 
Penggunaan kuasa

 
 Sehingga 1/10 lebih rendah berbanding dengan amplifier kelas AB yang lazim
(voltan bekalan=14.4V dalam kes output 1W)
 

Fungsi dan ciri-ciri









 
 • Operasi 6V
• Pengesanan kesilapan sepenuh masa bagi voltan ofset DC output
• Bunyi berfrekuensi tekanan tinggi
• Kawalan bus I2C membolehkan diagnosis bagi kesilapan seperti penyambungan silang output.
• Pelbagai pengesanan boleh dipilih daripada dua atau lebih tetapan, seperti satu dapatan, pemalar masa senyap dan suhu.
• Boleh digunakan sebagai sebuah amplifier kuasa dan amplifier output talian.
• Pelbagai litar perlindungan terbina dalam (penyambungan silang output, lebihan voltan, dan voltan rendah)

Pakej
 
P-HSSOP36-1116-0.65-001
 
 
 
Pertanyaan Pelanggan:
Jabatan Jualan IC Isyarat Bercampur dan Pemasaran
Kumpulan Jualan dan Pemasaran I
Tel: +81-44-548-2826
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html
 
* Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.
  
Maklumat mengenai Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
 
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation menggabungkan kecergasan sebuah syarikat baharu dengan kebijaksanaan pengalaman. Sejak dijual dari Toshiba Corporation untuk menjadi sebuah syarikat baharu pada Julai 2017, kami telah mengambil tempat kami di kalangan syarikat peranti utama yang terkemuka, dan menawarkan penyelesaian yang cemerlang kepada pelanggan dan rakan perniagaan kami di dalam semikonduktor diskret, sistem LSI dan HDD.
 
Seramai 19,000 orang pekerja kami di seluruh dunia berkongsi satu kesungguhan untuk memaksimumkan nilai produk kami, dan memberi penekanan kepada kerjasama erat dengan pelanggan bagi menggalakkan penciptaan bersama nilai dan pasaran baharu. Kami berharap dapat membina di atas jualan tahunan yang kini melebihi 700 bilion yen (AS$6 bilion) dan untuk menyumbang kepada masa hadapan yang lebih baik untuk orang ramai di mana jua.
Perolehi maklumat lanjut mengenai kami di https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/company.html
 
Galeri Foto/Multimedia Boleh Diperolehi di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51726527&lang=en
 
Hubungi
Pertanyaan Media:
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Chiaki Nagasawa, +81-3-3457-4963
Bahagian Pemasaran Digital
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp


Sumber: Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
 
Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20171206006475/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.