PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 

Disember 15, 2017 -Jumaat

 
  ​SILURIA TECHNOLOGIES DAN WOOD MELANCARKAN MODUS™, TEKNOLOGI PROSES PERTAMA YANG MENUKARKAN GAS LEPAS BERNILAI RENDAH MENJADI PRODUK PENAPISAN

Thursday 07/12/2017



Teknologi proses baharu membolehkan penapis petroleum menukarkan aliran gas lepas menjadi stok adunan gasolin tinggi oktana dan rendah sulfur, menghasilkan di dalam peningkatan keuntungan

SAN FRANCISCO dan ABERDEEN, Scotland, 7 Dis (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Siluria Technologies, peneraju pembangunan teknologi proses mengganggu untuk industri petrokimia dan tenaga bersama Wood (WG.L), peneraju global dalam penyediaan perkhidmatan projek, kejuruteraan dan teknikal untuk pasaran tenaga dan industri mengumumkan ketersediaan teknologi proses ModusTM untuk penapis petroleum.

Foto yang disertakan dengan pengumuman ini boleh didapati di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/f391f93c-e417-4616-81b9-029299cc6eaf

Dibangunkan bersama dengan Siluria dan Wood, Modus menyediakan proses satu langkah yang terbukti dan menjimatkan untuk menaik taraf gas lepas penapisan bernilai rendah yang biasanya dibakar untuk haba menjadi produk penapisan bernilai tinggi. Modus mengembangkan sumber hasil lalu meningkatkan keuntungan.

Proses Modus adalah berdasarkan sistem pemangkin yang dibuktikan secara komersial yang menukarkan olefin ringan, seperti etilena dan propilena yang biasa terdapat dalam aliran gas lepas penapisan menjadi stok adunan gasolin berkualiti tinggi dengan penilaian oktana 90+ dan kandungan sulfur ultra-rendah.

“Banyak aliran gas lepas dan bahan api penapisan mengandungi sejumlah olefin yang memerlukan penyelesaian yang rumit dan mahal untuk dikeluarkan. Maka, aliran bernilai ini selalunya dibakar sebagai bahan api atau sumber haba,” ujar Robert Trout, Presiden dan CEO Siluria. “Modus menyediakan alternatif mudah dan boleh diharap dengan menaik taraf aliran bahan api ini menjadi cecair yang lebih bernilai yang boleh ditambahkan ke produk penapisan.”

“Modus memberikan banyak manfaat kepada penapis termasuklah lebih kefleksibelan operasi dan potensi mengurangkan pengeluaran wasap tanpa mengganggu operasi berterusan kilang penapisan,” ujar Robin Watson, ketua eksekutif Wood. “Teknologi ini mencipta dan menambah nilai untuk pelanggan kami dengan penukaran kimia unik yang menghasilkan aliran produk bernilai untuk kilang penapisan.”

Modus boleh diintegrasikan ke dalam operasi penapisan sedia ada dengan pelaburan modal dan kesan kendalian minimum.  Berdasarkan rekaan modular dan pembinaan standard, Modus boleh dijalankan sebagai naik taraf kendiri semasa penyelenggaraan rutin atau projek rombakan.

Modus kini tersedia untuk pelanggan di seluruh dunia di bawah lesen industri standard.  Untuk mendapatkan maklumat lanjut, hubungi Siluria di sales@siluriatech.com atau Wood di press.office@woodplc.com

Perihal Siluria:
Siluria Technologies merintis penghasilan komersial bahan api dan kimia daripada gas asli dan keluaran sampingan bernilai rendah. Teknologi proprietari Siluria memberikan penyelesaian untuk cabaran industri petrokimia global seperti harga komoditi yang tidak tetap, corak bekalan dan permintaan yang sering berubah, peraturan alam sekitar yang semakin ketat dan teknologi konvensional yang memakan modal yang tinggi. Teknologi proses dan pemangkin Siluria yang baharu menggabungkan bahan nano, pembangunan pemangkin dan kejuruteraan kimia untuk menukarkan gas asli menjadi produk yang lebih bernilai melalui proses berkesan yang boleh diintegrasikan dengan mudah ke dalam infrastruktur industri sedia ada. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Siluria, lawati www.siluria.com.

Perihal Wood:
Wood ialah peneraju global dalam penyediaan perkhidmatan projek, kejuruteraan dan teknikal kepada pasaran tenaga dan industri. Kami beroperasi di lebih daripada 60 buah negara, dengan tenaga kerja lebih kurang 55 ribu orang dan hasil melebihi $11 bilion. Kami menyediakan penyelesaian berasaskan prestasi sepanjang kitar hayat aset, daripada konsep ke menarik balik khidmat untuk pelbagai pasaran industri termasuk sektor huluan, tengah dan hiliran minyak & gas, kimia, alam sekitar dan infrastruktur, tenaga & proses, tenaga bersih, pelombongan dan sektor industri umum. Kami berazam untuk menjadi syarikat perkhidmatan teknikal terbaik. www.woodplc.com

Hubungan Media:

Siluria Technologies
Beverly Jernigan
(713)494-1733
beverly@beverlypr.com

Wood
press.office@woodplc.com

Sumber : Siluria Technologies

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2017 MREM . All rights reserved.