ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 02, 2024 -Khamis

 
  TOSHIBA ELECTRONIC DEVICES & STORAGE CORPORATION MENGELUARKAN GEGANTI FOTO BERARUS TINGGI UNTUK APLIKASI AUTOMASI KILANG DAN PERINDUSTRIAN LAIN YANG DAPAT MENGGANTIKAN GEGANTI MEKANIKAL

Wednesday 20/12/2017



TOKYO, 20 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation hari ini mula mengirim lima geganti foto baharu yang berarus tinggi di dalam pakej DIP4 dan DIP6, tambahan kepada portfolio geganti foto yang menggabungkan MOSFET yang direka dengan proses U-MOS VIII terkini.

Geganti foto yang baharu itu menawarkan pelbagai pilihan, dengan voltan terminal output off-state yang merangkumi dari 30 hingga 200V dan satu arus on-state yang tetap dari 0.7 hingga 5.0A. Mereka boleh menggantikan geganti mekanikal 1-Form-A dalam pelbagai aplikasi DC dan AC, yang menyumbang kepada kebolehpercayaan sistem yang lebih baik dan mengurangkan ruang yang diperlukan untuk geganti dan pemacu geganti. Mereka menyampaikan suhu pengoperasian yang diberi nilai 110°C (maksimum), menjadikannya lebih mudah untuk menampung margin suhu di dalam reka bentuk sistem.

Di samping itu, geganti foto yang baharu itu memberikan nilai arus sementara on-state tiga kali ganda lebih tinggi daripada nilai arus on-state yang mantap, sekali gus menyumbang kepada keselamatan reka bentuk.

Laporan pasaran Gartner terbaharu mengiktiraf Toshiba sebagai pengeluar terkemuka bagi pengganding opto mengikut jualan pada tahun 2015 dan 2016, dengan penguasaan pasaran berasaskan jualan sebanyak 23% pada tahun kalender 2016. (Sumber: Gartner, Inc. "Penguasaan Pasaran: Peranti dan Aplikasi Semikonduktor di Seluruh Dunia 2016" 30 Mac, 2017)

Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation akan terus menyampaikan produk yang memenuhi keperluan pelanggan dengan menggalakkan pembangunan portfolio pengganding foto dan geganti foto yang pelbagai yang disesuaikan dengan trend pasaran.

Aplikasi
  • Peralatan industri (PLC, antara muka I/O, hubungan output)
  • Sistem automasi bangunan (pemanasan, pengudaraan dan pendingin hawa, termostat, dan lain-lain)
  • Penguji semikonduktor
  • Papan uji
  • Peralatan keselamatan
  • Alat ganti bagi geganti mekanikal
Ciri-ciri
  • Arus on-state yang tinggi: TLP3543A menyampaikan arus on-state yang mantap 5A (maksimum), yang paling tinggi[1]  di dalam industri bagi geganti foto di dalam pakej DIP6, dan arus on-state sementara 15A (maksimum).
  • Pelbagai pilihan bagi voltan terminal output off-state (30V, 60V, 100V, 200V)
  • Suhu pengoperasian: 110 ° C (maksimum)

Table
 

Nota:
[1] Setakat 20 Disember, 2017, kaji selidik Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation.

Ikuti pautan di bawah untuk maklumat lanjut mengenai produk baharu dan barisan geganti foto.
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/product/opto/photocoupler/photorelay.html

Pertanyaan Pelanggan:
Jabatan Jualan Peranti Optoelektronik & Pemasaran
Tel: +81-3-3457-3431
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html

Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

Maklumat mengenai Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation menggabungkan kecergasan sebuah syarikat baharu dengan kebijaksanaan pengalaman. Sejak dijual dari Toshiba Corporation untuk menjadi sebuah syarikat baharu pada Julai 2017, kami telah mengambil tempat kami di kalangan syarikat peranti utama yang terkemuka, dan menawarkan penyelesaian yang cemerlang kepada pelanggan dan rakan perniagaan kami di dalam semikonduktor diskret, sistem LSI dan HDD.

Seramai 19,000 orang pekerja kami di seluruh dunia berkongsi satu kesungguhan untuk memaksimumkan nilai produk kami, dan memberi penekanan kepada kerjasama erat dengan pelanggan bagi menggalakkan penciptaan bersama nilai dan pasaran baharu. Kami berharap dapat membina di atas jualan tahunan yang kini melebihi 700 bilion yen (AS$6 bilion) dan untuk menyumbang kepada masa hadapan yang lebih baik untuk orang ramai di mana jua.
Perolehi maklumat lanjut mengenai kami di https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/company.html

Galeri Foto/Multimedia Boleh Diperolehi di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51733162&lang=en

Hubungi

Pertanyaan Media:
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Chiaki Nagasawa, +81-3-3457-4963
Jabatan Pemasaran Digital
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp
 
Sumber: Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
 
Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20171219006383/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.