ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 17, 2024 -Jumaat

 
  GERBANG KE TIMUR TENGAH - CREALOGIX MEMPEROLEHI INNOFIS

Tuesday 09/01/2018



ZURICH, 9 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- CREALOGIX, Pemimpin di dalam Penyelesaian Perbankan Digital akan memperoleh 100% Innofis yang berpangkalan di Barcelona – sebuah pembekal perbankan digital yang mantap untuk Timur Tengah, dengan memberi perkhidmatan kepada bank-bank terkemuka di rantau itu.

Dengan pengambilalihan itu, CREALOGIX akan memperoleh sebuah pangkalan pelanggan yang mantap dan memulakan kehadiran mereka di sebuah wilayah tambahan dengan potensi untuk permintaan dan pertumbuhan yang tinggi bagi penyelesaian perbankan digital. Pengambilalihan itu akan melengkapkan portfolio penyelesaian semasa di dalam perbankan digital dan mempercepatkan kedudukan CREALOGIX sebagai sebuah pemain global yang terkemuka bagi perbankan digital.

Innofis yang berpangkalan di Barcelona itu adalah sebuah syarikat yang dibiayai sendiri dan milik persendirian dengan tumpuan antarabangsa, yang diasaskan pada tahun 2012 untuk menyediakan kepada pelanggan dengan penyelesaian digital sentrik kepada organisasi Perkhidmatan Kewangan. Pelanggan termasuk bank-bank Timur Tengah peringkat tertinggi seperti NCB (National Commercial Bank), atau Al Rajhi Banking Corporation. Inovasi adalah satu komponen penting untuk pertumbuhan dua angka mereka yang berterusan. Innofis sangat menguntungkan dan pada hari ini menjanakan pendapatan melebihi CHF 10 juta.

Pekerja Innofis yang mencakupi lebih 120 jurutera dan pakar yang berkelayakan tinggi akan menyertai CREALOGIX dan akan terus diketuai oleh pasukan pengurusan yang sedia ada.

"Sebagai hasil daripada penawaran bersama dan baharu dari Innofis dan CREALOGIX, kami akan terus menjadi rakan kongsi yang boleh dipercayai untuk pelanggan kami dan akan menyokong mereka di dalam inisiatif pendigitan mereka, dengan satu set penyelesaian berinovatif yang lebih luas, yang sedia untuk digunakan," kata David Moreno, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Innofis, yang akan menjadi seorang ahli Pengurusan Kumpulan Eksekutif CREALOGIX dan akan juga terus bertanggungjawab bagi pasaran Timur Tengah.

Terdapat sinergi yang optimum di antara portfolio produk yang saling melengkapi disebabkan oleh asas teknologi yang dikongsi, dan banyak modul boleh digabungkan secara saling tukar, hasil daripada penggunaan kerangka terbuka moden yang berdasarkan kepada perkhidmatan mikro dan kaedah penyebaran terkini.

Langkah ini akan membolehkan pelanggan sedia ada dan bakal pelanggan untuk mendapat manfaat daripada pelbagai penawaran digital yang lebih luas daripada satu sumber tunggal. Oleh sebab pengambilalihan itu, Hab Perbankan Digital CREALOGIX akan dilengkapi dengan sebilangan besar modul baharu yang berinovatif, seperti 
  • Analitik Ramalan berdasarkan kepada data besar dan termasuk segmentasi mengikut tingkah laku pelanggan atau pengiraan bagi kecenderungan untuk membeli
  • Pengurusan kempen dalam talian lanjutan termasuk ciri-ciri sebagai geo-pemasaran
  • Program kesetiaan digital berasaskan SaaS
  • Satu suite komprehensif bagi modul khusus untuk perbankan Islam
  • Fungsi meluas untuk perbankan perniagaan (bagi PKS dan korporat)
"Pengambilalihan itu menguatkan objektif strategik kami dengan mengukuhkan penawaran perbankan digital kami yang terkemuka di pasaran, memperluaskan jangkauan antarabangsa kami dan mewujudkan suatu kehadiran material di Timur Tengah," kata Thomas Avedik, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Kumpulan CREALOGIX.

Maklumat mengenai CREALOGIX

Kumpulan CREALOGIX adalah sebuah pembekal perisian Switzerland bebas dan, sebagai satu daripada 100 syarikat Teknologi Kewangan (Fintech) yang Utama, ia adalah sebuah peneraju pasaran di dalam perbankan digital di Switzerland. CREALOGIX mengembang dan melaksanakan penyelesaian Fintech yang berinovatif untuk perbankan elektronik pada masa hadapan. Dengan menggunakan penyelesaian CREALOGIX, bank-bank boleh bertindak balas terhadap keperluan pelanggan yang berkembang di dalam bidang e-perbankan, sekali gus membolehkan mereka mengekalkan kedudukan kekuatan mereka dalam sebuah pasaran yang sangat mencabar dan dinamik dan untuk kekal selangkah di hadapan pesaing mereka. Kumpulan itu, yang diasaskan pada tahun 1996, mempunyai kira-kira 420 orang pekerja di seluruh dunia. Saham CREALOGIX Holding AG (CLXN) didagangkan di Bursa Switzerland ENIX.

Siaran akhbar di atas mengandungi kenyataan yang berpandangan ke hadapan, yang mungkin tertakluk kepada risiko, ketidaktentuan dan perubahan tertentu yang tidak dapat dijangkakan yang berada di luar kawalan CREALOGIX Holding AG. Oleh itu, CREALOGIX Holding AG tidak dapat memberikan sebarang jaminan berhubung dengan ketepatan kenyataan yang berpandangan ke hadapan ini, kesannya terhadap keadaan kewangan CREALOGIX Holding AG atau di pasaran di mana saham CREALOGIX Holding AG dan sekuriti lain didagangkan.

Hubungi

CREALOGIX Holding AG
Marc Stähli, Ketua bagi Jualan & Ketua Pegawai Pemasaran
Telefon +41 58 404 80 83
E-mel: marc.staehli@crealogix.com

Sumber: CREALOGIX

Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20180108006383/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.


--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.