ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 17, 2024 -Jumaat

 
  TOSHIBA ELECTRONIC DEVICES & STORAGE CORPORATION LANCAR DUA IC BAHARU YANG PATUH DENGAN BLUETOOTH® VERSI 5.0

Tuesday 09/01/2018



Merealisasikan prestasi tinggi, perhubungan jarak jauh dengan penggunaan arus yang rendah

TOKYO, 9 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation  hari ini mengumumkan "TC35680FSG" dengan Flash ROM terbina dalam dan "TC35681FSG," penambahan kepada barisan IC mereka yang mematuhi dengan standard kuasa rendah[1] Bluetooth®. Penghantaran sampel bermula pada akhir bulan ini.

IC baharu itu menyokong kesemua kadar data yang diperlukan untuk ciri-ciri berkelajuan tinggi, 2M PHY dan PHY Dikodkan (500kbp dan 125kbp) yang ditambahkan pada standard Bluetooth® kuasa rendah Versi 5.0. Sensitiviti alat penerima pada 125kbp adalah -105dBm, satu peringkat yang terkemuka di dalam industri[2], dan sebuah amplifier berkecekapan tinggi kuasa yang terbina dalam di dalam blok penghantaran yang merealisasikan sehingga +8 dBm kuasa penghantaran. Kesemua ciri-ciri ini menyumbang kepada perhubungan jarak jauh dengan penggunaan arus yang rendah.

Berdasarkan kepada sebuah pemproses Arm® Cortex®-M0, IC baharu itu menggabungkan sebuah Mask ROM 256KB yang menyokong proses jalur asas Bluetooth®, dan RAM 144KB untuk memproses program dan data aplikasi Bluetooth®.

Di samping itu, GPIO 18-port, yang boleh ditetapkan kepada 2 saluran masing-masing untuk SPI, I2C, dan UART juga dimasukkan sebagai antara muka, yang membolehkan penstrukturan sistem yang menyambung ke pelbagai peranti persisian. GPIO ini boleh ditetapkan untuk fungsi sedar, PWM 4 saluran, antara muka penukar AD 5 saluran, sebuah antara muka kawalan bagi sebuah amplifier luaran (pilihan) untuk perhubungan jarak jauh, dan lain-lain.

"TC35680FSG" mempunyai 128KB Flash ROM untuk digunakan bagi menyimpan program pengguna dan pelbagai data di dalam operasi berdiri sendiri, yang menyesuaikannya untuk pelbagai aplikasi dan menyingkirkan keperluan bagi sebuah memori tidak meruap luaran dalam operasi yang berdiri sendiri. Ini juga mengurangkan kiraan peralatan, sekali gus mengurangkan kos dan ruang pemasangan.

"TC35681FSG" tidak mempunyai Flash ROM terbina dalam dan beroperasi bersama dengan sebuah memori tidak meruap luaran atau pemproses hos. Sebuah julat kendalian yang luas -40° hingga +125°C menjadikannya sesuai untuk aplikasi yang terdedah kepada suhu tinggi.

Penambahan produk baharu itu kepada barisannya memastikan sokongan Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation bagi penyepaduan produk kuasa rendah Bluetooth® ke dalam peranti IoT, di mana sejak beberapa tahun kebelakangan ini telah menyaksikan permintaan yang semakin meningkat bagi daya pemprosesan tinggi dan komunikasi jarak jauh. Menyampaikan satu barisan dengan julat suhu kendalian yang luas juga membolehkan aplikasi di dalam aplikasi perindustrian, dan meningkatkan nilai produk untuk pengguna dalam banyak bidang. Syarikat itu merancang untuk menambah barisan produk bagi aplikasi automotif dalam masa terdekat.
 
Ciri-ciri Utama
 Penggunaan kuasa rendah:
  11.0mA (operasi penghantaran pada 3.0V, kuasa output: +8dBm, pada 1Mbp)
  5.1mA (operasi penerima pada 3.0V, pada 1Mbp)
  100nA atau kurang (pada 3.0V) dalam Tidur lena
 Sensitiviti alat penerima: -94.5dBm (pada 1Mbp), -105dBm (pada 125kbp)
 Kuasa penghantaran: +8dBm hingga -40dBm
 Menyokong Bluetooth® kuasa rendah Versi5.0 peranti pusat dan persisian
 GATT (Generic Attribute Profile) terbina dalam
 Menyokong  server dan pelanggan yang ditakrif oleh GATT
 Bluetooth® kuasa rendah Versi 5.0 tambahan ciri-ciri[3]
  LE 2M PHY
  LE Kod PHY (500kbp dan 125kbp)
  LE Sambungan Pengiklanan
  LE Algoritma Pilihan Saluran #2
 128KB Flash ROM terbina dalam (hanya TC35680FSG)
 
Aplikasi
· Aplikasi yang memerlukan perhubungan jarak jauh seperti tag bikon, peranti IoT dan peralatan perindustrian.

Table
 
 
Nota:
[1]: Teknologi perhubungan penggunaan kuasa yang rendah yang ditakrifkan dalam Bluetooth® Ver.5.0.
[2]: Setakat 9 Januari, 2018, dalam industri IC Bluetooth. Kaji selidik Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation.
[3]: Untuk butiran mengenai ciri-ciri yang ditambah kepada Versi 5.0, lihat spesifikasi teras Bluetooth®.
 
* Tanda perkataan dan logo Bluetooth® adalah tanda dagangan berdaftar milik Bluetooth SIG, Inc.
* Arm dan Cortex adalah tanda dagangan berdaftar milik Arm Limited (atau anak syarikatnya) di Amerika Syarikat dan/ atau di tempat lain.
* Semua nama syarikat, nama produk, dan nama perkhidmatan lain yang dinyatakan di sini adalah merupakan tanda dagangan bagi pemilik mereka masing-masing.
 
Untuk maklumat lanjut mengenai produk baharu itu, sila layari:

TC35680FSG
https://toshiba.semicon-storage.com/info/lookup.jsp?pid=TC35680FSG-001®ion=apc&lang=en

TC35681FSG
https://toshiba.semicon-storage.com/info/lookup.jsp?pid=TC35681FSG-001®ion=apc&lang=en

Untuk maklumat lanjut mengenai Toshiba Bluetooth® IC teknologi tanpa wayar, sila layari:
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/product/wireless-communication/bluetooth.html

Pertanyaan Pelanggan:
Jabatan Jualan IC Isyarat Bercampur dan Pemasaran
Jualan dan Kumpulan Pemasaran II
Tel: +81-44-548-2876
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html

* Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

Maklumat mengenai Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation menggabungkan kecergasan sebuah syarikat baharu dengan kebijaksanaan pengalaman. Sejak dijual dari Toshiba Corporation untuk menjadi sebuah syarikat baharu pada Julai 2017, kami telah mengambil tempat kami di kalangan syarikat peranti utama yang terkemuka, dan menawarkan penyelesaian yang cemerlang kepada pelanggan dan rakan perniagaan kami di dalam semikonduktor diskret, sistem LSI dan HDD.

Seramai 19,000 orang pekerja kami di seluruh dunia berkongsi satu kesungguhan untuk memaksimumkan nilai produk kami, dan memberi penekanan kepada kerjasama erat dengan pelanggan bagi menggalakkan penciptaan bersama nilai dan pasaran baharu. Kami berharap dapat membina di atas jualan tahunan yang kini melebihi 700 bilion yen (AS$6 bilion) dan untuk menyumbang kepada masa hadapan yang lebih baik untuk orang ramai di mana jua.
Perolehi maklumat lanjut mengenai kami di https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/company.html

Galeri Foto/Multimedia Boleh Diperolehi di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51740135&lang=en

Hubungi
Pertanyaan Media:
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Chiaki Nagasawa, +81-3-3457-4963
Jabatan Pemasaran Digital
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp
 
Sumber: Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20180109005785/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.