ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 04, 2024 -Sabtu

 
  NTT COM DIBERIKAN STATUS PLATFORM AWAN EMAS MICROSOFT DI SELURUH DUNIA

Wednesday 17/01/2018



Menekankan keupayaan unik NTT Com di dalam menyampaikan pada awan yang terurus

TOKYO, 17 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- NTT Communications Corporation (NTT Com), penyelesaian ICT dan perniagaan komunikasi antarabangsa di dalam Kumpulan NTT (TOKYO: 9432) dengan sukacitanya ingin mengumumkan bahawa ia telah diberikan status Platform Awan Emas Microsoft, akreditasi paling tinggi yang terdapat pada masa ini, untuk kecekapan mereka di dalam menyampaikan perkhidmatan berkualiti, kepakaran dan perkhidmatan terurus yang telah dibeza-bezakan di awan.

"Status emas adalah satu pengiktirafan yang penting di dalam kompetensi kami di dalam arena awan," kata Damian Skendrovic, Ketua Pegawai Eksekutif, NTT Com Perkhidmatan Terurus. "Dengan Kompetensi Platform Awan Microsoft kami dapat membantu perusahaan untuk menguruskan infrastruktur awan hibrid mereka, menyampaikan pada penyelesaian SaaS dan PaaS yang terdapat di tempat pasaran Azure dan Azure Stack yang akan membolehkan pelanggan kami untuk mengoptimumkan pada prestasi dan mencapai matlamat perniagaan mereka,"

Sebagai sebahagian daripada strategi global mereka, NTT Com telah menjadi sebahagian daripada inisiatif pengamal awal untuk Azure Stack selama hampir satu tahun dan pada masa ini memanfaatkan jejak pusat data Nexcenter mereka. Dengan mengambil kesempatan daripada menjadi satu daripada rakan kongsi Microsoft ExpressRoute, dan memanfaatkan perkhidmatan penyambungan awan kependaman rendah kami seperti Multi Cloud Connect dan Perkhidmatan Pertukaran Ditetapkan Perisian, kami telah mencapai penyambungan yang pantas dan selamat kepada Azure, yang membolehkan kami menyediakan penyelesaian Azure yang diuruskan sepenuhnya untuk pelanggan mereka, termasuk SAP pada Azure. Untuk keterangan lanjut sila layari: https://www.ntt-azurestack.com/

Status Platform Awan Emas Microsoft kini telah diberikan kepada kumpulan NTT Com yang berikut di seluruh dunia:
  • NTT Communications
  • NTT Com Perkhidmatan Terurus SAU
  • NTT Amerika
  • NTT Eropah
  • NTT Com Asia (Hong Kong)
  • NTT Singapura
  • NTT Com Penyelesaian ICT (Australia)
  • Dan juga dua anak syarikat yang berpangkalan di Asia; Emerio dan Netmagic.

Maklumat mengenai NTT Communications Corporation

NTT Communications menyediakan perkhidmatan perundingan, seni bina, keselamatan dan awan untuk mengoptimumkan persekitaran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi kebanyakan perusahaan global. Penawaran ini disokong oleh infrastruktur syarikat di seluruh dunia, termasuk rangkaian IP peringkat 1 global yang terkemuka, rangkaian Arcstar Universal One™ VPN yang menjangkau ke lebih 190 buah negara/ wilayah, dan lebih 140 pusat data yang dijamin selamat di seluruh dunia. Penyelesaian NTT Communications memanfaatkan sumber global syarikat-syarikat Kumpulan NTT termasuk Dimension Data, NTT DOCOMO dan NTT DATA.
www.ntt.com | Twitter@NTT Com | Facebook@NTT Com | LinkedIn@NTT Com
 
Hubungi
NTT Com Perkhidmatan Terurus
Alan Hill
Pengarah Pemasaran
press@nttcom.ms


Sumber: NTT Communications Corporation

Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20180116005911/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.