ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 30, 2024 -Selasa

 
  REVEAL GROUP BERPADU TENAGA DENGAN ABBYY UNTUK MENINGKATKAN AUTOMASI PINTAR DENGAN OCR TERMAJU DAN TEKNOLOGI PENANGKAPAN PINTAR

Tuesday 23/01/2018



Pakar-pakar RPA Global, Reveal Group, telah bekerjasama dengan ABBYY, sebuah pembekal terkemuka bagi penyelesaian penangkapan pintar, untuk menambahkan penyelesaian RPA tradisional.
 
SYDNEY, 23 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Dalam satu kerjasama untuk meningkatkan dan mendorong kepada kemungkinan Automasi Proses Robotik (RPA), Reveal Group, pemimpin dunia di dalam transformasi operasi, hari ini mengumumkan perkongsian strategik mereka dengan vendor perisian, ABBYY. Perkongsian dengan Pengecaman Aksara Optikal (OCR) dan pembekal penyelesaian Penangkapan Pintar yang paling maju dan komprehensif di pasaran itu akan meluaskan keupayaan kognitif Reveal Group di dalam RPA untuk pelanggan baharu dan yang sedia ada.
 
Dalam usaha untuk memperluaskan had keupayaan RPA tradisional, langkah Reveal Group untuk mengintegrasikan perisian OCR penangkapan pintar termaju ABBYY ke dalam automasi mereka akan menghapuskan satu daripada senario operasi yang paling mencabar, mahal dan memakan masa: pemprosesan manual bagi dokumen yang diimbas. Perisian penangkapan pintar ABBYY yang terbaik di dalam kelasnya membolehkan pengekstrakan data yang canggih dan automatik yang menghasilkan di dalam output tekstual yang lebih cepat, berkualiti lebih tinggi dan automasi yang lebih mantap.
 
"Reveal Group sedang memanfaatkan ABBYY bagi membolehkan pelanggan kami untuk berada di hadapan dengan RPA termaju, mengintegrasikan teknologi kognitif yang terkini untuk mendapatkan sebuah tenaga kerja robotik yang lebih pintar," kata Ketua Pegawai Eksekutif Reveal Group, Ian Crouch. "Penangkapan pintar ABBYY yang tiada bandingannya dan keupayaan OCR, dengan digabungkan bersama kepakaran Reveal Group yang terkemuka di pasaran di dalam menyampaikan penyelesaian RPA dan Pengurusan Tenaga Kerja akan membuatnya satu perkongsian yang hebat dan menetapkan satu standard baharu untuk proses mengautomasikan perniagaan."
 
"Kami sangat teruja dengan perkongsian ini, yang akan memanfaatkan Penangkapan Pintar ABBYY yang terbaik di dalam kelasnya dan warisan di dalam linguistik dan pembelajaran mesin untuk meningkatkan penawaran Automasi Proses Robotik (RPA) bagi Reveal Group," kata Henry Patishman dari ABBYY. "Ketika penerimaan AI semakin diterima dengan pantas, adalah penting bagi perniagaan untuk memacukan inovasi digital dengan penyelesaian RPA yang meningkatkan keupayaan mereka dan menjimatkan wang dan masa."
 
Maklumat mengenai Reveal Group
Reveal Group mengkhususkan di dalam membantu pelanggan untuk mengubah prestasi perniagaan mereka dengan cepat dan menjimatkan kos. Sejak tahun 2005 Reveal Group telah berada di barisan hadapan dalam menerapkan teknologi untuk mengubah pemprosesan, menjaminkan hasil yang pantas dan mampan. Merentasi ke seluruh industri perkhidmatan, peranti Reveal Group dapat membantu pasukan di seluruh dunia untuk memaksimumkan produktiviti dan mengoptimumkan tenaga kerja. www.revealgroup.com
 
Maklumat mengenai ABBYY
ABBYY adalah sebuah peneraju dunia di dalam inovasi pemanduan penangkapan pintar di dalam bidang wawasan penuh bermakna, data, dan perhubungan untuk meningkatkan hasil perniagaan. ABBYY menawarkan satu rangkaian lengkap teknologi berasaskan AI yang digunakan dan dilesenkan oleh beberapa syarikat antarabangsa yang terbesar: www.abbyy.com/company
 
Hubungi
Reveal Group
Charley McGlinchey
info@revealgroup.com
 
Sumber: Reveal Group
 
Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20180122005711/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.