ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 30, 2024 -Selasa

 
  DAVID BINKS, PRESIDEN FEDEX EXPRESS EROPAH DAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF BAGI TNT, AKAN BERSARA

Friday 26/01/2018



Bert Nappier Akan Menggantikan Binks pada 1 Jun, 2018

MEMPHIS, Tenn., 26 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- FedEx Corporation (NYSE: FDX) hari ini mengumumkan bahawa David Binks, Presiden FedEx Express Eropah dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi TNT, akan bersara pada Jun.

Bert Nappier, yang kini merupakan naib presiden kanan FedEx Express bagi kewangan - antarabangsa, akan menggantikan Binks di dalam jawatan itu yang berkuat kuasa pada 1 Jun, 2018.

Binks, yang bermula dengan FedEx pada tahun 1983 sebagai sebahagian daripada pengambilalihan di United Kingdom, meningkat naik melalui kenaikan pangkat, dengan memimpin pasukan FedEx Express di Eropah, Timur Tengah dan Kanada. Baru-baru ini, beliau memainkan peranan penting di dalam menyiapkan pengambilalihan syarikat itu ke atas TNT.

Nappier menyertai FedEx pada tahun 2005 dan telah berkhidmat di dalam pelbagai peranan kepimpinan. Di samping memimpin organisasi kewangan antarabangsa itu, beliau berkhidmat sebagai pengerusi bersama bagi Majlis Kepimpinan Integrasi FedEx, di mana beliau memainkan satu peranan utama di dalam mengemudi usaha penyatuan TNT kita di seluruh dunia.

"Dalam sepanjang kerjaya David yang menakjubkan selama 35 tahun di FedEx, beliau telah menyumbang kepada pertumbuhan syarikat kami di seluruh dunia," kata David L. Cunningham, presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, FedEx Express. "Kami mendoakan yang terbaik untuk beliau di dalam persaraan beliau, dan berharap untuk meneruskan kejayaan di Eropah apabila Bert mengambil alih peranan penting ini."

Helena Jansson, seorang veteran dengan lebih 20 tahun pengalaman dengan FedEx dan anak jati Sweden, akan menggantikan Nappier sebagai naib presiden kanan FedEx Express bagi kewangan – antarabangsa.

Maklumat mengenai FedEx

FedEx Corp. (NYSE: FDX) menyediakan kepada pelanggan dan perniagaan di seluruh dunia dengan satu portfolio pengangkutan, e-dagang dan perkhidmatan perniagaan yang luas. Dengan pendapatan tahunan sebanyak $62 bilion, syarikat itu menawarkan aplikasi perniagaan bersepadu melalui syarikat-syarikat kendalian yang bersaing secara kolektif dan dikendalikan secara bersama, di bawah jenama FedEx yang dihormati. Disenaraikan secara konsisten di kalangan majikan yang paling dikagumi dan dipercayai di dunia, FedEx memberi inspirasi kepada lebih 400,000 anggota pasukan mereka untuk kekal "benar-benar positif" dengan memberi tumpuan kepada keselamatan, standard etika dan profesional yang paling tinggi dan keperluan bagi pelanggan mereka dan komuniti. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bagaimana FedEx menghubungkan orang ramai dan segala kemungkinan di seluruh dunia, sila layari http://about.fedex.com.

Hubungi
Perhubungan Media Global FedEx
Katie Wassmer, + 1 901-434-5593
atau
Perhubungan Media Eropah FedEx
Eline Dermaut, + 32 2 752 77 25
atau
Perhubungan Media TNT
Cyrille Gibot, + 31 65 113 31 04
 
Sumber: FedEx Corporation

Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20180126005169/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.